06 March 2009

Lagi dan lagi....

Saya telah ditag sekali lagi oleh Cik Puan Sab.
Saya menganggap ini adalah tag yang kejam benar memandangkan saya tiada 'kaka' sepertinya untuk menjawab soalan2 berikut.
Tapi tak mengapalah, saya membayangkan saja sesiapa pun yang saya mahukan.
Silalah geli2 dengan jawapan di bawah..... Ngeh3....

5 Characteristics of your dream guy/girl
1) Hendaklah dia seorang yang Islam yang tidak pada sekadar namanya.
2) Punya sifat sense of humor, cukup walaupun cuma sedikit sikap lucu untuk buat saya tersenyum.
3) Sporty, saya suka orang yang cergas sihat apatah lagi tidak merokok.
4) Tahu membezakan bila mana dia perlu bersikap matang dan bila mana dia boleh bersikap seperti anak2 manja.
5) Lefthanded.

5 Characteristics that you have never like in a guy/girl
1) Islam hanya pada nama tidak pada tingkahnya.
2) Suka berlagak pandai. Blah lah.... Macam bagus sangat!
3) Tak setia. Well, saper nak pasangan yang curang kan??
4) Blur.... Buat ayat belit sikit dah tak paham, buat lawak dalam sket tak paham, aku sakit hati tak paham, dah bagi hint pun tak paham.... Owh please, sensitif lah sikit!
5) EMO.

5 feelings that you have when you're out with the one you admire
1) Sentiasa rasa nak curi2 pandang setiap kali dia tak perasan.
2) Gelabah Senah. Pastu mulalah ngontrol cun tak memasal.
3) Buat muka 'aku tak heran sama kau' padahal dalam hati menyengih panjang.
4) Rasa nak pegang tangan dia, tak mau lepas pergi mana2. Kalau boleh ikat, dah lama ikat.
5) Mau butakan mata semua perempuan cantik yang ada kat sekeliling. Bapak saiko ayat!

5 places that you want to travel with your loved one
1) Tanah Suci - Saya mahu dia tahu, dunia atau akhirat saya mahu kejar bersama dia.
2) Jepun - Sebab membayangkan saya date dengan Takuya, sambil pakai kimono berwarna merah hati dan terompah kayu, di bawah pohon mapel, ditemani percikan bunga api, sambil makan sushi dan diiringi lagu First Love dari Utada Hikaru..................
3) Rumah keluarga saya - Sebab saya nak dia tahu, itu lah tempat terbaik dalam dunia saya.
4) Belanda - Di kala musim bunga merimbun...........
5) Ke mana saja pun boleh, asal bersama dia!

5 special things that you would give to your loved one
1) Apa diri saya tak cukup istimewa kah?? ;p
2) Pelukan dan ciuman sayang setiap hari... Muaahhh! ;p
3) Pengertian
4) Manalah saya tahu apa lagi yang istemawa pada dia??....
5)

5 songs that you will sing to your partner
1) When you tell me that you love me (Diana Ross)
2) Tercipta untukmu (Ungu)
3) You've got a way (Shania Twain)
4) Aku dan dirimu (Bunga + Ari Lasso)
5) I want to be with you (Mandy Moore)
Kalau tak cukup jiwang jugak tak tahu lah........ Hadooo!

2 comments:

reramarama said...

owh! lupa! akku jugak harus jawab soklan2 neh! eemmm.... seb baik ko jawab! kalau tak, mmg dh lupa gilos! :)

Anonymous said...

sweet beb!!