02 March 2009

Update lah ni..... [v2] - Jejaka PeTunjuK

Untuk subjek di atas adalah entri2 lama yang aku tulis di kertas conteng, diari kerja, taip di notepad ketika sempat, juga yang berada dalam ingatan aku. Oleh kerana tak sempat nak mengepost entri baru sepanjang Februari, jadi aku update mengikut turutan hari kejadian seperti yang pernah aku janjikan.

__________________________________________________________
7 Februari 2009
Entri ini adalah tentang seseorang.
Kali pertama perkenalan adalah pada pertengahan Ogos 2006. Perkenalan kami menghampiri tiga tahun, tapi pertemuan kami adalah kurang dari 10 kali. Agaknya.
Dalam rasional yang sentiasa menolak istilah cinta pandang pertama, kemudian ditemukan rasa gila bayang ketika itu. Hanya dengan dia, hanya kepada dia.
Saya tidak tahu apa yang saya gilakan pada dia. Rupa tidak, gaya tidak, kata2nya sedikit, guraunya tak ramah, senyumnya juga lokek.
Mungkin....kerana dia memberi perasaan cemas, debar dan getar yang melemaskan tapi sangat manis untuk dikenang. Tidak dengan orang lain.
Setahun setengah menyimpan rasa padanya tanpa punya kekuatan untuk saya luahkan dengan bicara mahupun perbuatan.
Saya tak mampu.
Saya tak berani.
Saya tak kuat.
Juga saya tak bersungguh merebut hati batunya.
Saya membenarkan diri mengenangnya sepanjang tempoh itu dan meletakkan dia sebagai yang pertama di hati saya tanpa dia tahu segala tentangnya.
Saya tahu saya bodoh.

Dengannya saya belajar erti berhenti berharap.
Lagi pula selama ini saya tidak pernah berharap setinggi itu.
Saya benar2 belajar.
Hati, kadangkala perlu kenal erti luka. Ia memang pedih tapi apabila sembuh, ia akan lebih kuat dari sebelumnya.
Juga tentang jodoh dan takdir Tuhan. Ia tak semudah yang kita harapkan. Kerana itu saya percaya, setiap yang diambil dari saya punya ganti yang lebih baik. Tambahan dia bukan milik saya juga. Dia hanya satu dari perkara yang saya ingin miliki. Terlalu.

7 Feb 2009, ia tarikh terakhir kami bertemu sehingga saya menulis entri ini.
Signifikannya, antara kami begitu erat dengan angka dua dan tujuh. Ia hanya kebetulan. Saya tahu.
Dipertemuan yang terakhir itu saya tahu, hatinya kini sudah ada puterinya.
Saya sudah bersedia sebelum itu lagi. Ia sesuatu yang saya jangkakan. Yang tak saya jangka cuma hati saya. Ia lebih kuat dari yang saya jangka. Hanya menerima luka kecil. Saya sangka ia akan rabak, berdarah dan takkan berhenti mengalir. Ternyata, masa memang merubah segalanya.
Pertemuan antara kami mungkin takkan berhenti setakat itu.
Kerana kami diikat dengan keadaan dan situasi yang sentiasa mendorong kami untuk saling bertembung.
Saya tak boleh membencinya dengan sebab saya tidak berada dalam hatinya.
Tapi saya tidak lagi berharap untuk berada di situ. Saya memilih untuk berundur. Biar perasaan saya padanya ketika dahulu kekal menjadi rahsia saya. Dia tidak perlu tahu. Kerana itu lebih baik bagi kami berdua.
Saya doakan agar dia kekal bahagia dengan puteri hatinya.
Kerana saya khuatir, apabila dia tidak lagi bersama puterinya itu, hati saya kembali goyah. Kerana saya tahu, dia mampu. Mampu membuat saya menjadi saya yang bukan lagi saya.

........mungkin salahku melewatkanmu
tak mencarimu sepenuh hati
maafkan aku
kesalahanku melewatkanmu
hingga kau kini dengan yang lain
maafkan aku...........


3 comments:

Anonymous said...

very nice entri..
tersentuh tatkala membacanya..
kdg2 mungkin ada perkara yg perlu dibiar saja tanpa perlu diucap.
kerana jika diucap,mungkin akan melukakan diri sendiri..

Jones said...

complex & complicated...

Anonymous said...

best..tersentuh la gak..