Showing posts with label Jejaka PeTunjuK. Show all posts
Showing posts with label Jejaka PeTunjuK. Show all posts

27 August 2009

Dear Diary.....

Dah 3 hari Senah tak nampak mamat poojaan hati kat pejabat. Hadoo, rindu lah saya.... (dengan nada paling gedik sekali!). Walaupun bukan sekali dua Senah terjebak dengan perasaan syok sendiri ini, tapi Senah tetap saja rela menjebakkan perasaan sendiri.

Sukahati Senah lah kanz.... Nak kecewa ke, makan hati ke, angau ke, jiwa Senah. Hati Senah. Senah lah yang tanggung sendiri nanti....

Senah usha. Senah curi2 pandang. Senah skodeng2 bila ada kelapangan. Haduu...hadu.... perasaannya sama macam Senah mula2 jatuh hati pada Jejaka PeTunjuK (JP) dulu.

Tahan Senah...Tahan... Nanti frust lagik... Sape pulak nak rawat duka lara, jiwa kacau tak sudah tu kanz? So, Senah letakkan dia sebagai pencuci mata dan penaik semangat untuk Senah ke pejabat pada ketika Senah rasa benci dengan keje2 Senah. Bolehkan? ;p

Tapi, dalam Senah dah bangkit ibarat kuih bangkit di pagi raya..... Dan saat Senah dah pandai melupakan mamat rambut panjang2 manja itu dengan meletakkan mamat botak misteri tu sebagai galang gantinya..... Tiba2.....

Sedang Senah duduk sorang2 kat pejabat semalam (akibat ditinggal staff Senah yang lari bertugas ke Damansara tanpa mahu mengajak Senah!) ada seorang mamat menumpang duduk di tempat duduk staff Senah. Ntah vendor, entah staff, tp Senah tak pernah nampak sebelum ni. Walaupun bukan di kerusi yang betul2 sebelah Senah, tapi ia membuat jantung Senah terpaksa bekerja dua kali ganda dari biasanya.

Dari belakang, mamat ini adalah sangat mirip kepada JP. Bezanya, rambutnya saja yang pendek dan kemas. Sumpah! Kalau bukan Senah pernah tahu yang JP adalah anak tunggal lelaki dalam keluarga, mati2 Senah akan percaya ini lah saudara kandung JP Senah itu.

Bila dia toleh.....ya, hampir mirip sekali! Tapi JP lagi kacak barangkali... Ahaks!

Senah tarik napas. Sabar hati....sabar.... Kena berfikir dan bertindak munasabah. Senah berdiri tiba2. Mamat klon tu menoleh terkejut. Senah tarik napas dalam lagik. Sambil tu Senah dok usha tempat duduk mamat botak. Kata orang, x dapat tengok orang kerusinya pun jadiklah. Ya! Senah nekad.... Mamat klon cuma sekadar klon. Hari ni Senah jumpa, esok mungkin dah xde lagi. Tapi mamat botak, hari ni tak datang esok lusa pasti akan muncul lagi. Pasti.... Senah pasti!
Chayyokk Senah!!

02 March 2009

Update lah ni..... [v2] - Jejaka PeTunjuK

Untuk subjek di atas adalah entri2 lama yang aku tulis di kertas conteng, diari kerja, taip di notepad ketika sempat, juga yang berada dalam ingatan aku. Oleh kerana tak sempat nak mengepost entri baru sepanjang Februari, jadi aku update mengikut turutan hari kejadian seperti yang pernah aku janjikan.

__________________________________________________________
7 Februari 2009
Entri ini adalah tentang seseorang.
Kali pertama perkenalan adalah pada pertengahan Ogos 2006. Perkenalan kami menghampiri tiga tahun, tapi pertemuan kami adalah kurang dari 10 kali. Agaknya.
Dalam rasional yang sentiasa menolak istilah cinta pandang pertama, kemudian ditemukan rasa gila bayang ketika itu. Hanya dengan dia, hanya kepada dia.
Saya tidak tahu apa yang saya gilakan pada dia. Rupa tidak, gaya tidak, kata2nya sedikit, guraunya tak ramah, senyumnya juga lokek.
Mungkin....kerana dia memberi perasaan cemas, debar dan getar yang melemaskan tapi sangat manis untuk dikenang. Tidak dengan orang lain.
Setahun setengah menyimpan rasa padanya tanpa punya kekuatan untuk saya luahkan dengan bicara mahupun perbuatan.
Saya tak mampu.
Saya tak berani.
Saya tak kuat.
Juga saya tak bersungguh merebut hati batunya.
Saya membenarkan diri mengenangnya sepanjang tempoh itu dan meletakkan dia sebagai yang pertama di hati saya tanpa dia tahu segala tentangnya.
Saya tahu saya bodoh.

Dengannya saya belajar erti berhenti berharap.
Lagi pula selama ini saya tidak pernah berharap setinggi itu.
Saya benar2 belajar.
Hati, kadangkala perlu kenal erti luka. Ia memang pedih tapi apabila sembuh, ia akan lebih kuat dari sebelumnya.
Juga tentang jodoh dan takdir Tuhan. Ia tak semudah yang kita harapkan. Kerana itu saya percaya, setiap yang diambil dari saya punya ganti yang lebih baik. Tambahan dia bukan milik saya juga. Dia hanya satu dari perkara yang saya ingin miliki. Terlalu.

7 Feb 2009, ia tarikh terakhir kami bertemu sehingga saya menulis entri ini.
Signifikannya, antara kami begitu erat dengan angka dua dan tujuh. Ia hanya kebetulan. Saya tahu.
Dipertemuan yang terakhir itu saya tahu, hatinya kini sudah ada puterinya.
Saya sudah bersedia sebelum itu lagi. Ia sesuatu yang saya jangkakan. Yang tak saya jangka cuma hati saya. Ia lebih kuat dari yang saya jangka. Hanya menerima luka kecil. Saya sangka ia akan rabak, berdarah dan takkan berhenti mengalir. Ternyata, masa memang merubah segalanya.
Pertemuan antara kami mungkin takkan berhenti setakat itu.
Kerana kami diikat dengan keadaan dan situasi yang sentiasa mendorong kami untuk saling bertembung.
Saya tak boleh membencinya dengan sebab saya tidak berada dalam hatinya.
Tapi saya tidak lagi berharap untuk berada di situ. Saya memilih untuk berundur. Biar perasaan saya padanya ketika dahulu kekal menjadi rahsia saya. Dia tidak perlu tahu. Kerana itu lebih baik bagi kami berdua.
Saya doakan agar dia kekal bahagia dengan puteri hatinya.
Kerana saya khuatir, apabila dia tidak lagi bersama puterinya itu, hati saya kembali goyah. Kerana saya tahu, dia mampu. Mampu membuat saya menjadi saya yang bukan lagi saya.

........mungkin salahku melewatkanmu
tak mencarimu sepenuh hati
maafkan aku
kesalahanku melewatkanmu
hingga kau kini dengan yang lain
maafkan aku...........