26 October 2009

Patah tumbuh hilang berganti... Tapi yang lama tetap di hati!

Di sini dengan rasmiya saya ingin memberitahu kepada semua sahabat bahawa 'si pintar' saya sudah menemui jalan buntunya. :( :(

Entah kenapa dia mogok, tak boleh charge langsung. Puas saya 'troubleshoot' masalah nya. Staff2 saya yang berdua tu pun join sekali. Yang bukan staff saya pun menawar diri membantu menyelesaikan 'brekdown ' yang satu itu. Tapi tidak berjaya menemui 'root cause'nya. Sampai flat habis phone tu..... Patah kaki saya sepanjang jumaat lepas xde phone. 'Action plannya', carilah si pintar yang baru.

Makanya, ingin saya maklumkan kepada sahabat2 (terutama geng Heksasianoferat!) yang pernah menukar no telefon baru sepanjang tempoh setahun setengah saya bersama si pintar saya itu, maka harap dapat sms saya semula kerana nombor2 telefon berikut confirm saya save kan dalam si pintar itu dan tiada dalam sim kad simpanan saya. Walau bagaimanapun, saya dengan sukacita ingin memberitahu bahawa saya masih setia pada nombor telefon saya yang satu itu. Tiada dua, tiada tiga. Kalian tahu apa magic numbernya kanz? So, hubungi saya kay? :)

Lepas ni kalau saya tak menghubungi sahabat2, tahulah bahawa nombor sahabat telah tersenarai dalam golongan nombor yang tak dapat diselamatkan itu.

Saya sedih, tapi saya pasrah...

Walaupun punya 'Cherry' yang baru, saya tetap hargai jasa si pintar yang dulu. Kerana dia si pintar pertama yang saya ada. Cinta pertama kanz... tak semudah tu saya lupakan kamu!



Saya tak akan buang kamu sayang. Saya akan cari sen lebey untuk spare part baru... Tunggu!



Si Cherry yang super hawt! ;p

3 minggu yang melelahkan

2 minggu ni rasa bizi giler. Dalam seminggu ada sehari je kot yang aku duduk buat keje kat opis. Masuk ni, minggu yang ketiga.
Hari kerja takyah cakap lah... dah sah2 tak menyempat nak rehat. Wiken pulak, ada je aktivitinya.
Last week, time deepavali ke Rembau. Opismet buat open house raya. Deepa-raya lah katakan.
Ahad tu pulak ke Sungai Buloh. Open house Dina. Tak boleh jauh lagi aku nak beraya kan? Dah lah last raya masa tu.

Isnin esoknya, tup-tup ada breakdown kat Sg Buloh.
Aku syak badi Sg Buloh Dina melekat pada aku. Kena mandi air dari 7 sungai macam ni.
Pastu, makcik aku jemput datang ke rumah wiken lepas.
Dalam kata janji nak pergi rumah dia, boleh lah pulak aku join meroyan pergi bermandi-manda ke Lata Kinjang dengan opismet2. Well, nak mandi 7 sungai tak sempat kan...
So, mandi air terjun pun cukup lah agaknyer...;p

Memang lah enjoy pergi bercuti, setelah lama tak bercuti ke tempat macam tu kanz...
Tapi, dek kerana perjalanan agak lama, dan aku macam biasa lepas mandi manda tu mestilah rasa letih + ngantuk aku dah start sakit2 kepala.
Dalam perjalanan balik dari sana dapat call. Makcik minta datang secepat mungkin.
Plan asal aku nak bermandi manda sekejap je, dalam kol 3 dah sampai semula kat rumah.
Pastu bolehlah balik tido sat... Rileks2 pastu baru gerak ke rumah makcik.
Tapi sebab sampai KL pun dah pukul 5, jadiknya aku dengan baju2 basah dalam kereta tu terus je ke sana.
Petang tu terus kitorang set-up alat2 BBQ dan makanan2 yang lain sebelum maghrib.
Lepas solat jemaah Maghrib dan Isyak, terus aku balun makanan puas2. Biasanya akulah yang jadik tukang bakar sampai habis.
Tapi malam tu sebab dah tak larat, aku buat sekejap je.
Pastu dah ke bulan kat ruang tamu time orang2 lain masih melahap kat luar.
Pukul 1230 makam baru gerak balik. Itu pun gerak ke rumah pakcik yang lain. Bermalam kat sana jer.

Huhu.... Alih2 hari ni selsema pulak. Tambah rasa nak demam. Pakej tu...pakej.
Tanda2 dah nampak.
Cuti? MC?
Mungkin tidak....
Kerja tengah ligat beratur tunggu masa untuk di buat.
Minggu ni aku berkerja ke Pahang.
Kuantan, Jerantut dan kemudian Taman Negara. InsyaAllah...
Macam aku bagitau, seminggu sehari je dok opis... minggu ni hari ni je dok opis.
Tu pun sekerat hari je. Sebab separuh hari tadi aku ke KL. Ada handover equipment baru.
Makin 'langsing' lah aku macam ni....
Apaper pun doakan kesihatan aku.
Badan ni rasa macam nak give up dah ni.... pening, letih dan sakit2 sana sini.
Haiihhh........

17 October 2009

MC bidan terjun.... Ngeh3...

Ingat lagi kes aku kena jadi MC dulu?
Well, tiba2 hari ni pulak aku dengan rela hatinya mengoffer diri menjadi MC dalam majlis kecil2an.
Dah la majlis anjuran orang, aku boleh pulak menggila kuasa buat macam majlis sendiri.
Dah diorang saling tolak menolak saper nak mulakan majlis.
Dek kerana panggilan perut yang sungguh lapor, maka aku saja yang memulakan majlis.
Perut lapar? Tiada lagi......
;p
;p

16 October 2009

Tadaa.... Kacak kanz? ;p ;p

Semalam, tengah membuang masa menunggu hasil testing di Damansara aku tanya soalan cepumas pada staff2 aku.
Aku tanya pada brother yang berdua, kenapa aku tak pernah nampak mereka2 ini berbaju melayu. Well, secara dasarnya baju melayu bukanlah pakaian rasmi diorang.

Untuk makluman, salah satu staff aku berbangsa India. Tapi dah lama convert Islam. Dalam family, dia sorang je yang convert. So secara logiknya mestilah ada sekurang2 sepasang baju melayu untuk dipakai di pagi raya walaupun terpaksa pakai baju yang sama setiap tahun pun. Raya setahun sekali je kan?

Yang seorang lagi China-Iban. Neneknya dan semua adik beradik ayahnya convert Islam beberapa tahun dulu. Hanya ayahnya saja yang tidak. Jadi mereka sekeluarga saja yang masih kekal dalam agama asal. Walau pun macam tu, mereka sekeluarga besar sambut raya setiap tahun. Dan semua orang di pejabat pelik dan tanya aku kenapa masa raya hari tu yang Islam tak cuti raya tapi yang bukan Islam pula bercuti panjang. Kata aku, sebab yang Islam tu beraya seorang, dia tak kisah pun kalau tak cuti. Yang tidak Islam itu, punya keluarga besar yang berkumpul dan meraikan hari raya. Kita hormati hak orang lain. Kitakan rakyat muhibah. Penuh semangat satu Malaysia.

Jadi, masa aku tanya soalan tak berfaedah untuk kali yang ke berapa itu dua2nya menyegih je.
Yang seorang kater, dia kalau pakai hanya untuk acara tertentu. Sebab dia akan pakai lengkap satu set dengan sampin, songkok dan kasut yang maha glamor. Sebab baju2 melayunya ditempah dari butik. So, haruslah ader manik, kilau2 kerawang segala bagai fesyen yang ala2 selebriti selalu pakai. Aku cebik je. Ye lah tu!
Yang seorang lagi pula cakap, dia ada juga baju melayu. Pernah pakai masa zaman belajar di Poli dulu. Hilang muka Iban, dah memang nampak macam orang melayu nanti katernya. Aku kater, tak pe lah... Selama ni pun ramai orang dah confius.

Jadinya, aku buat special request semalam. Mahu kedua2nya datang pejabat hari ini dengan berbaju melayu. Kalau pun tak mahu lengkap satu set, cukuplah dengan berbaju melayu dengan seluar slack atau jeans. Aku kater lagi, ni bukan arahan dari aku sebagai boss. Tapi sebagai permintaan besar dari seorang rakan sekerja. Psikologi sungguh.

Aku datang pejabat awal kebelakangan ni. Banyak perkara dalam kepala setiap kali bangun tidur. Jadi tak mahu serabut, aku pergi kerja awal untuk elak kesesakan, elak parking jauh, elak punch card merah, elak tak sempat sarapan dan elak hal2 remeh yang boleh mencacatkan permulaan hari aku.

Tau aper jadi pagi tadi?
Jeng..jeng..jeng....

Sedang aku khusyuk membaca email aku dengar suara... "Tadaa... amacam? Jangan terkejut...."
Pergh, permulaan pagi yang hmmm.... bonus lah kater orang! Staff aku betul2 pakai baju melayu hari ni. Warna purple lembut. Siap dengan sampin songket dan capal. Ahhh! Rasa nak jerit dowh! Walaupun bukan lah kacak bagai Fahrin Ahmad, tapi sebab tak pernah hayat aku selama ni tengok dia berpakaian macam tu rasa nampak segak benar lah. Ahh! Nak jerit lagi...! Opismet semua dok tanya. Boss kitorang sampai terkejut tengok. Orang lain semua berT-shirt dan jeans je hari ni. Boleh ke mamat yang ni pulak sesat gaya?

Aku menyengih sepanjang pagi. Mujur aja aku tak pakai baju raya aku yang sama warna dengan bajunya. Kalau tak dah 'bersanding' kitorang. Katernya, aku bertuah. Sepanjang dia bekerja, tak pernah lagi opismet kami dapat tengok. Kalau bukan atas permintaan aku tak de lah dia bersungguh pinjam sampin dan capal dari membenya yang melayu. Ah..! Jerit lagi dan lagi! Tambahnya, dia hampir nak pinjam songkok sekali, tapi tak jadi sebab kalau bersongkok dia akan kelihatan lain. Hilang terus muka Iban. Tapi pada aku, songkok tak jadi hal. Sebab mungkin ada orang akan buat isu hal songkok ni. Takut jadi sensitif. Aku kater pada dia, semua dah elok. Cuma kalau tanggalkan 2-2 subang lebih sempurna gayanya.

Yang tak best nya, pagi tu jugak dapat sms dari brother sorang lagi. Katernya tak sihat. Ke klinik dan mintak mc. Huhuhu, dapat tengok seorang je lah jawabnya. Kitorang syak dia nak escape dari 'task' yang aku beri ni. Tapi, demi bersangka baik aku percaya lah dia tak sihat. Sebab tahap kesihatan dia memang sedikit kurang memuaskan.

Hammm, jadi lah dapat tengok sorang je... Dari takde kan? Okay lah tu.

Alamak!

Sejak akhir2 ni,
Rasa macam dah gila pulak


Gila bayang.

Muahahaha!

-End-

14 October 2009

C? I told u bebeh!

Tadi Dina call. Tanya aku apsal tak jawab SMS dia. Saja mahu kasik panas sket.

Oooohh! (Nada mami jarum sambil cekak pinggang!) Dah la tukar nombor phone tak inform orang, pastu jemput datang open house macam ajak2 main guli jek.
Jemput dah lah dengan tak bagi alamat umah, pastu expect aku jawab SMS yang dah berkurun tak muncul tuh.


Dina Sayang..... orang kan....kalau betul2 nak jemput, masa SMS tu dah siap bagi alamat rumah. Kalau nak nampak lagi ikhlasnya menjemput tu siap ajar direction g umah. Memula kau amik highway ni ye, pastu keluar tol ko belok kiri, nampak anjing elak kay jangan langgar, najis berat tuh... lepas roundabaout blah..blah..blah... Nak nampak lagi bersungguh siap email kan peta lokasi ke tempat kejadian. Barulah true kater orang! Tak gitu??

Aku bukan sengaja tak mau balas, time2 nak berSMS panjang2 aku terlupa. Time ingat bizi lak. Orang keje gaji kecik memang cenggini. Kena lah kerja keras nak jadik kaya raya kejar harta doniawi yang sungguh fana ini kanz.... InsyaAllah, akan aku usahakan untuk pergi. Tak janji. Tapi akan mencuba.

Lepas je Dina abis call, boss plak call. Blom pun sempat nak tarik napas kerinduan ngan Dina. See? Dah aku bagitau. Idup aku gini lah hari2... Ader masa sungguh bagai makan gaji buta saja. Ada hari aku sampai naik buta nak mengejar gaji. Donia oh donia!

Ada satu hal yang aku tak faham tentang kerja aku. Well, secara amnya, aku bekerja di bawah satu syarikat komunikasi yang terbesar (cewah, nak gak status terbesar tuh!). Tapi sejak aku masuk kerja sampailah sekarang kenapa masih ada masalah komunikasi antara kakitangan? Kenapa boss besar bila tak puas hati kat boss kecik mesti jadikan kami kulikutif sebagai orang tengah? Then bila boss kecik tak setuju dengan cadangan boss besar kulikutif ni jugak yang kena jadik channel untuk menyalurkan pendapat. Kenapa bila boss nak suruh mamat sorang tu buat something2 Senah ni jugak yang di suruh jadik posmen kirim pesan? Dan kenapa bila seseorang tu nak buat something2 sebelum mendapat restu boss, haku ni jugaklah yang di harap untuk menghadap bagi pihak? Hellooo.... communicate plez... COMMUNICATE! Susah sangat ker?? Cam bangang kanz?

A'ah.... haku bab ngata orang memang terer. Pakar segala lah neh! Haku pun aper kurangnya... Communicate kunun! Kawan baik sendiri pun lama tak contact.... Dem! Dem!


141009 : 2336
Micheal Jackson - Black Or White
Seri Kembangan

sniff...snifff.....

Tengahari tadi, sedang buat kerja dengan kedua2 staff aku tiba2 aku tergerak nak tegur pasal haruman salah seorang staff aku ni. Aku tanya dia, tukar perfume baru ker? Terus brother yang sorang lagi buat muka syak wasangka. Macam mana lak aku boleh tau kan??

Hmmm, aku nak tegur dari minggu lepas lagi. Hari Rabu. Masa tu kitorang beramai2 melepak tepi kabinet sebab ada equipment yang down. Pagi tu kitorang semua pergi training. Separuh hari cabut pergi troubleshoot pulak. Dah lah kabinet tu tepi jalan, sebelah tempat pengumpulan sampah.... pastu boleh plak tangki air atas tempat sampah tu bocor, mengalir lah air bersama2 air sampah sepanjang2 kabinet tu. So, dengan peluh2 petang hari yang panas denting, sebelah tempat sampah yang mengalir air penuh aroma tu..... manalah aku boleh cam sangat bau siapakah yang sungguh berlainan tu kan? Masa tu walaupun ada 4 orang mamat, tapi kalau ko dah hari2 dok menepek haruslah kau dah cam kan bau sorang2.... cumanya masa tu dah berbaur dengan bau sampah......

Aku pernah terdengar Dr Fadzillah Kamsah cakap (kalau aku tak silap lah eh!) yang perempuan ni sensitif dengan bau dan penglihatannya. Aper yang sensitif sangat tu kan?
Hokkay, contoh:
Seorang isteri boleh tau ader bau perfume perempuan lain pada baju suami even masa tu suami balik dengan baju yang lencun peluh dan hapak.
Lepas tu perempuan boleh langgar pintu pagar yang sebesar2 gabak tu pastu boleh kater, oppss tak nampak tapi boleh plak nampak rambut perempuan lain yang maha halus tu kat baju suami dia. Sungguh kan? Perempuan dari jauh boleh kater lipstik orang tak matching dengan baju sedang kan lelaki namapk merah jambu dan merah hati di bibir xde beza mana pun!

Untuk lelaki pulak katernya lebih sensitif pada rasa dan bunyi.
Contoh: Lelaki kalau makanan tu masin ke, tawar ke cepat je compliantnyer. Bukan dia yang masak pun kan? Nak sedap masak sendri lah kan? Sebab tu katernya lagi chef2 yang berjaya lebih ramai lelaki. Bukan sebab perempuan tak pandai masak macam diorang. Tapi sebab deria rasa lelaki lebih baik.
Kemudian kalau dengar muzik pula lelaki lebih menghayati bunyi yang ada. Telinga mereka peka dari serendah2 bunyi hingga lah tahan pada sebingit2 bunyi (Muzik heavy metal misalnya atau bebelan isteri yang sungguh duh itu!) Dia boleh perasan bunyi dalam frekuensi yang berbeza. Sebab tu kebanyakan kumpulan okestra konduktornya adalah lelaki. Hmm, make sense kan?

Hokkay, jauh menyimpang sudah.... Bila dah sesat di hujung kenalah kembali ke pangkal jalan kanz? Berbalik pada isu bau tadi. Even kalau bau rokok yang sangat busuk tu pun kalau hari2 kau kena bau, sampai satu hari sang perokok tukar jenama rokoknya pun kau boleh perasan tau, inikan pula bau perfume!

So masa duduk buat kerja tengahari tadi, sedang aku mudar mandir antara 2 brother ni aku terbau semula perfume yang sungguh asing tu. Owh, rupanya staff aku punya bau. Terjawab lah segala teka teki di kabinet sebelah tempat pembuangan sampah hari tu kan? Atas perasaan yang membuak2 nak tau terkeluar lah juaga soklan yang tak berpekdah tu. Memula brother ni tak jawab. Diam je. Yang brother sorang lagi dok menyakat. Menyengih2. Katernya aku 'sungguh prihatin' kat bro tu sampai boleh perasan semua tu.

Petang lepas lunch, time mata masing2 dah start melayu-layuan brother berdua ni soal-siasat aku pulak. Macam sesi confession kau tau tak! So, terpaksalah aku keluarkan teori di atas tadi dengan penerangan yang pnjg lebar. Kot lepas puas hati barulah brother ni keluarkan perfume dari beg dia. Sah! Memang dia tukar perfume pun. Sebab bau yang baru ni lebih light, bau oceanus n citrus sket. Dulu macam ala2 maskulin sket. Tapi bau lama ke, baru ke still sweet untuk kau curi2 hidu. Muahahaha! Dasar Senah kanz! Well, Senah kerja keliling Mamat2, itu je lah hiburan Senah kala kebusanan dan kebuntuan. Mengambil kesempatan dan menggedik dalam diam kay! ;p ;p


141009 : 2047
Britney Spears - I'm Not A Girl, Not Yet A Woman
Sri Kembangan

13 October 2009

Aku yang sungguh.....alahai!

Aku, selalu berhajat nak jadi seorang wanita yang berjiwa sofistikated. Konon ala2 golongan atasan sungguh. Kalau bercakap kat phone kedengaran sungguh cool dan teratur ayatnya. Tapi bila aku buat satu call tadi petang, lain pula jadinya.

Mamat: Heloo Pusat Servis Perodua boleh saya bantu?
Haku: Err, saya nak booking kereta lah. (Wah... ayat yang sungguh jutawan kau!)
Mamat: Hmm???
Haku: Erkk, salah2!.... Nak booking servis kereta (Arghhh, permulaan je dah kasik cemar cool aku!)
Mamat: Ah, tu lah. Kami tak jual kereta kat sini. Servis untuk aper Cik?
Haku: Untuk 40,000 km.
Mamat: Nak buat bila tu Cik?
Haku: Mmmm, kalau Ahad buka tak?
Mamat: Ahad ni tak buka Cik, kita cuti. Deepavali kan...
Haku: Owh, okay..... biasanya buka sampai pukul berapa yer?
Mamat: Kami buka sampai pukul 540 Cik.
Haku: 0540? Sempat lagi ni saya nak pergi. Tapi, kena rempit lah.... Huhuhu
Mamat: Jangan Cik, rempit tak bawak kete. Rempit untuk moto je. Kami tak servis motor...
Haku: Kalau saya nak hantar kereta pukul 540 terima? (Wah, bagi soklan sengal plak haku!)
Mamat: Owh. kami terima Cik, tapi terima kasih jer lah. Sebab dah lewat sangat tu. He3...
Haku: Hmm, Sabtu ada free lagi tak?
Mamat: Sabtu lagi tak boleh Cik, kita pergi pecah kelapa... (Ahh, macam mana boleh lupa lagik! Dem! Dem!)
Haku: Sori2.... Kalau macam tu saya booking Jumaat lah kot.
Mamat: Pukul berapa tu Cik?
Haku: Antara 0430 ke pukul 0500...
Mamat: Kenapa lambat sgt Cik.
Haku: Dah kita abis keje kol 0500....
Mamat: Kita? Ramai ker?
Haku: Oppss, saya...saayaaa (Sambil buat slang mat saleh)
Mamat: Saya booking kan pukul 0430 ye Cik. Boleh berikan nama, no kereta dan no telefon?
Haku: tut...tuuuttt.....tuuuttt... (dirahsiakan atas sbb keselamatan)
Mamat: Ok, saya ulang ye Cik. Nama tut, no kete tuuuuttt, no phone tuuuttt. Kete ada apaper masalah?
Haku: Tak tau lah masalah ke tak. Tau bawak je. Tu yg hantar servis mintak check bagi pihak.
Mamat: Tau bawak je eh? Bagus2.... He3.. Ada apaper lagi?
Haku: Takde, terima kasih yer!
Mamat: Sama2 Cik.

Ye, sofistikated eh? Sungguh kanak2!! Hadoo, rusak imej macam neh!

Letih

Aku sejak duduk dalam unit baru ni memang kerja haru biru sikit. Ada masa sungguh senang lenang. Tak produktif. Ada masa xde masa jadiknya. Breakdown sana sini. Kadang2 kerja lewat malam. Ada sampai tak balik rumah langsung. Ada dah balik kena datang kerja semula. Hujung minggu pun ada je hal2 kerja yang menyinggah.

Setelah cuti raya seminggu, kemudian sambung pula training selama seminggu sepanjang minggu lepas, hari ni aku datang opis dengan pelbagai plan nak buat dibuat. 2 minggu wey...2 minggu tak masuk opis. Dah macam cuti kawen plak haku neh!

Tengah khusyuk buat kerja, dapat call. Line phone Dato' Zam down hari ni. Warrgghh, nak meraung. Kalaupun nak bagi masalah bukan lah pada line BIG BIG BIG BOSS hokkay!! Orang nombor satu company tuh! Baik2 staff aku kena attend meeting (setelah main tarik tali saper antara kami patut pergi) akhirnya dua2 pun tersungkur attend breakdown VVIP! Bergegas ke KL, aku drop kan staff aku depan Menara. Aku pusing ke pergi letak kete kat C*gal. Parking SANGAT penuh, aku park level 6 kau!

Pastu menapak tengahari buta dengan beg seberat 5kg itu, aku berjalan dengan langkah laju kartun. Masa tgh menyusur tepi Menara sempat plak nmpk satu kete itam kecik brek munyik2 eeetttt....sebab berenti bagi 2 orang jejaka (apek kalau tak silap) melintas. Baik ati btol drebar tu. Owh ya... plat kete dia ada nombor 657 kalau tak silap. Macam kenal kan Zati? Muahaha...!! Pastu aku nampak kete itam kecik tu berenti depan pintu Menara. Aku ingat nk pi lah tegur, tp sbb beliau kelihatan sdg melakukan aktivit kesukaan beliau di waktu lapang iaitu beramah mesra dengan pak guard maka aku terus je masuk dalam.

Pukul 1400 aku bergegas patah balik ke C*gal. Untuk meeting yang kami saling tolak menolak itu. Sebab kelihatan masalah equipment yang berlaku berpunca dari PJ, maka staff aku dengan paksa rela kena ke sana. Aku balik semula menapak dalam panas denting tu, dengan beg (sekali lagi aku bgtau) seberat 5kg itu. Perut lapar yang amat, meeting start kol 1415. Sempat tak sempat aku nak makan jugak. Tak kiralah kalau kena melantak sensorang pun. Mujur Sab ada untuk menemankan. Taklah aku dok makan sorang2 di celah tiang.

Tau aper yang jadik? Meeting yang boss2 beria2 pesan aku supaya datang sampai bergaduh2 aku, boss dan staff tu rupanya habis tengahari. Aku datang bodoh je rupanya. Sebab meeting tu sepanjang hari patutnya. So, untuk sesi petang diorg minta aku join, terangkan apa yang patut. Rupanya sbb ada jamuan raya lah, sambutan bagai tu semua pakat nak habis separuh hari. Sungguh berjiwa kristal kamu semua!! Mujur lah line Dato' down. Ada jugak hasil aku dtg jauh2 dari Cyber nu! Letih tau tak.....letih haku cenggini selalu! Haiiihhh.....

-End-

Cerita raya saya.

Sebelum Syawal berakhir, baik aku post entri tentang raya kan? Kang nanti kata dah basi pulak. Deepavali pun nak muncul dah. Dah jadi raya lain pulak nanti.

Macam biasa, aku sekeluarga sambut raya kat Melaka. Sabtu pagi aku gerak balik. Selasa dah balik Sri Kembangan semula. Sebab aku tak sambung cuti. Rabu dah start keje semula.
Biasalah kalau kerja time orang lain cuti. Maha sangap ko tau! Sangat bosan dan tak produktif.

Aku bawak mak, abah ngan adik perempuan aku balik SK. Buat teman aku mengharungi hari2 sangap seorang diri kat rumah semasa hosmet2 sakan bercuti. Malam, puas lah aku angkut family aku ni beraya kat rumah adik beradik abah yang memang menetap kat sekitar Subang. Tiap2 malam. Hari2 balik lewat, pagi pergi keje ngam2 punch card sebelum 0830.

Ahad minggu tu aku hantar adik perempuan aku balik Matriks. Pastu kitorang terus balik JB. Barulah aku bercuti raya dengan sakannya selama seminggu. Hamik kau! Time orang cuti aku kerja, then balas cuti plak time orang lain dah start keje.

Seminggu tu aku memang tak amik peduli lah aper hal yang jadik kat opis. Lantak pi lah kater orang. Aku dah plan macam2 masa cuti. Isnin, aku pergi hantar kereta kat kedai cermin. Tampal cermin yang sikit retak sebab terkena batu jatuh dari lori. Selasa aku pergi buat insurans kereta, dengan road tax sekali. Khamis aku buat passport. Sebab harga passport dah murah sekarang, dan kebetulan kami sekeluarga mahu ke Singapura hujung bulan ni. He3.... Zati, mari melancong yok!

Bila jumpa Ahad semula, aku dah balik semula ke SK. Sminggu wey....sminggu! Tak luak aper pun rasa. Tak puas beb! Pagi sebelum nak balik tu, jiran sebelah panggil. Hulur satu beg penuh kuih raya dan kerepak. Katernya ni khas untuk aku, buat bekal. Alahai, macam nak balik asrama rasanya. Masa aku sibuk2 masukkan beg ke dalam kete, dia datang jenguk lagi. Seronok benar dia. Masa salam2 tu, dia siap hulur aku sampul duit raya. Mak aih... setelah bertahun aku tak dapat duit! Malulah kan...Aku bagitau tak payah makcik, tak payah...saya dah keje. Tapi dia beria2 jugak selitkan dalam tangan aku. Bujang katanya. Masih boleh dapat. Hehehe. Makcik sebelah tu baru pindah sekeluarga. Anak ada 4, lelaki semuanya. Sebab tu dia sgt suka kalau aku atau adik perempuan aku balik bercuti. Ni bukan lah kes suka sebab nak buat menantu ye! Anaknya muda belia kay... Mamat minus semuanya. Yang sulung baru habis belajar.

Raya tahun ni tak semeriah tahun2 lalu. Ada yang kurang rasanya. Tapi, bila abah kater dia sangat seronok sebab dapat berkumpul dengan adik beradik nya, luang masa bersama2, bergurau senda, (well korang belum tengok kalau mereka adik beradik berkumpul, sangat MERIAH!) so, aku puas hati jugak lah. Ade hajat yang tercapai tahun ni. Kalau pun bukan hajat aku, hajat maka abah kan....

10 October 2009

Paparazzi...

I'm your biggest fan
i'll follow u till u love me
papa, paparazzi
Baby there's no other superstar
u know that i'll be ur
papa, paparazzi


Telinga aku dua tiga hari ni asyik terngiang-ngiang lagu Lady Gaga neh....
Apasal huh??!!

05 October 2009

Terlalu malas untuk update.

Terlalu banyak cerita
Terlalu banyak peristiwa
Terlalu banyak masa

Tapi.....

(Sila rujuk tajuk di atas)

TQ


-End-