31 January 2009

Januari - Tenang dalam emosi, riuh dalam sepi, bersama dalam sendiri.....

Bulan pertama untuk tahun ini menemui jalan akhirnya
Apa lagi yang boleh aku katakan
Bulan ni penuh cerita
Ada suka, ada duka
Ada tawa juga air mata

Aku lalui bulan ini dengan turun naik emosi
Awal bulan terlalu bersenang lenang
Santai
Berlengah2
Malas
Cuma buang2 waktu setiap masa

Pertengahannya menguji fizikal
Sungguh
Letih
Longlai
Kerap ditegur aku susut
Makin mengecil
Pucat
Biru

Penghujungnya aku bermain emosi
Rajuk amarah
Jatuh hati
Menyampah
Poya2 terlampau
Juga caci maki yang tak bisa aku tarik dengan kata maaf
Hingga kini

Hidup ini memang sebuah drama
Tak semua berakhir dengan happy ending
Tapi aku memilih untuk berusaha menghabiskan setiap babak dengan jalan positif

Kecuali kata maki yang tak aku iringi maaf itu
Aku belum bersedia

-End-






310109 : 2141 pm
Jamal Abdillah - Penghujung Rindu
Sri Kembangan

30 January 2009

Api

Rumah terbakar panggil bomba
Bomba datang berlumba-lumba


Tapi,


Kalau hati terbakar


Nak panggil siapa?
.
.
.
.

-End-

300109 : 1226 pm
Padi - Rapuh
Cyberjaya

Lompat Si Katak Lompat

Alah.....
Sebok benar ko dengan isu lompat parti neh
Siap nak buat undang2 bagai segala...
Yang lompat tu saper?
Sumer orang2 tua berakal
Konon harus guna konsep setia nusa bangsa
Sekali ko bersumpah, kat situ lah ko sampai mati

Abis, yang isu lompat agama?
Isu murtad?
Ader ko kesah?!
Tak nak pulak ko buat undang2?
Kalo yang murtad tu budak 18 tahun, ko kater dah bebas...
Boleh pikir sendiri
Tak pulak ko guna konsep setia agama.....

Ko memang lucu
Berani letakkan agama bawah kaki politik ko

-End-

29 January 2009

#09_12 !!!!!!

Aku nak maki, kau tua dah
Patut tak perlu aku ulang2 remind, nasihat, guide dan tolong papah tiap kali ko nak jalan
Tolong.......Tolong gerak sendiri kali ini
Aku dah penat pimpin ko jalan
Aku dah letih... letih sangat
Aku muak berwajah manis
Aku dah menyampah
Untuk senyum aku tak mampu lagi
Ikhlas aku dah susut kering
Emosi aku dah kontang sekarang
Tolong.... Tolong tadah telinga untuk setiap butir kata yang aku pesan
Tolong simpan rapat tiap wasiat yang berharga
Kau akan guna sampai akhir hayat kau kat sini
Takkan aku perlu ulang untuk kau hari2??!
Kalau kau rasa nak aku bantu untuk setiap inci
Lebih baik aku buat sendiri
Lebih baik ko blah dari sini
Tak lah hari2 bernanah hati ni
Jangan cuba rodok akar kesabaran aku
Jangan renjis2 minyak dalam bara amarah aku
Kau tak kan tahu apa yang boleh aku buat
Sebab aku manusia biasa
Tak mampu berhati malaikat
Jiwa aku tetap ada titik hitam
Jangan kau besar2 ia
Tolong..... Tolong...... Sekali lagi tolong!!!

Sungguh....
Aku
letih
sekarang.............



-End-

28 January 2009

#09_11 (EMPTY)

Hidup aku sekarang....

Di dunia tak berdimensi,
Di bumi tak berpaksi,
Tanpa graviti....

Aku terapung tanpa hala dan ruang tuju

-End-

19 January 2009

#09_10 Ucapan untukmu..... Ewah, poyo!

Aku bizi, tapi perasaan membuak2 nk hapdet blog....
Makanya aku simpulkan saja disini.

Untuk:

Dina - Aku rindu kau! Aku tau kau kontrol ketakmunasabahan depan laki kau. Kalau dia takde ritu dah aku ajak kau poya2 sakan.

Boss kecik - Saya tak pandai menebak hati kamu. Andai kamu marah, katakan saja. Andai kamu bangga, puji saja. Ekspresi kamu buat saya tertanya2.

Teman Pengirim Lagu Cinta - Jangan tanya kenapa aku tak pernah pelawa kau keluar. Itu lah bezanya antara orang yang 'single and available' dengan orang yang errr.... 'double and disable?'....... Ha3!

Brother2 - Minggu lepas emosi saya sangat kritikal. Terima kasih atas 'kasih sayang' korang semua. Sesekali korang buat aku terasa macam adik bongsu yang manja dan mengada2.

En Bintang Tiga - Saya mencuba, tapi tak bermakna saya harus memaksa diri. Saya gembira seadanya.

Mat No - Ayat gadis kau buat hati aku seakan di bawak lari. Mujur aku kuat iman, tau kembali ke pangkal jalan. Haha.

Bade - Filem Maut kamu membuat saya rasa bosan nak maut. Ini bukan hasil terbaik kamu.

Sab - Walau Pejal menang 3 anugerah, dia tetap bukan juara! Muahahaha!! *Puas hati Senah!*

Estraged - Muzik kamu yang paling hebat malam tu. Walau tak menang, kamu tak kalah di hati saya.... Awww! ;p

Meet Uncle Hussein -
.
.
*pitam*
.
.
I LUV UOLS!!
.
.
*tepuk...tepuk...tepuk!!*


-End-


190109 : 2043 pm
Dewa - Sedang ingin bercinta
Sri Kembangan

15 January 2009

#09_09 Pagi yang gelap.... Kini sudah terang...Lalalala....

Aku tido dekat kol 1 semalam.
Untuk aku lewat sangat dah tu.
Sebab aku tak bleh tido akibat kekenyangan.
Ni semua gara2, erm... aku bagi nama Mat No je lah yer, membe kat U dulu
Ajak aku dinner, tapi lewat dari rutin harian aku.
Okey, len kali aku citer saper lak si Mat No ni hah.

Yang aku tak paham sekarang ialah apsal aku kemaruk bangun pagi2 hari ni.
Selalunya time 'cuti2 Msia' aku tak rajin nak bangun awal2 pun.
Kalau belum pukul 7 jangan harap nak tinggalkan selimut bantal aku.
Tapi tetiba pagi ni blom kol 0630 aku dah bangun, siap2 mandi sume.
Baju tudung sume dah gosok lak dari malam tadi
*yek arr dah tido lewat aku syak aku bakal bangun lambat pagi neh!*
Jadiknya melangok je lah haku sensorang dalam bilik.
Nak hapdet blog bagai pun mood pagi xde.
Otak blom panas, kena warm up dulu.

Anyway, sminggu dua ini sangat padat untuk aku.
Mungkin aku akan abaikan blog ni sementara waktu.
Kang nanti ader lak tuduhan yang aku ni xde keje, hapdet blog jer kejenye....
*Macam pernah dengar je kan ayat neh? ;p*
So, akhir kata
Selamat pagi
Selamat bekerja
dan....
Selamat beramal! Ahaks!

150109 : 0726 am
Padi - Kasih Tak Sampai
Sri Kembangan

14 January 2009

#09_08 Saya sehat2 aja... Terima kasih!

Aku dah nak balik dah yg sebenarnya ni.
Dok opis lama2 pun menambah pening kepala je.
Sepanjang hari mabuk.
Banyak sangat benda nak setel.
Meeting bertindih2.
Kerja melambak2.
Rasa nak muntah.
Tetiba je henpon aku berbunyik.
Petang2 macam ni patutnya dah xde saper nak carik aku lagi.

Seseorang memperkenalkan diri dengan mesranya.
Ya, dari f*tnes f**t tu.....
Katanya dapat nombor dari teman serumah aku.
Tanya aku punya masa senang atau tak esok petang.
Minta datang untuk sesi percuma kat tempat diorang.
Aku kata, saya tak free petang
Dia tanya lagi, keje dari kol baper sampai kol baper?
Aku jawab 0830 sampai 1730.
Tapi aku selalu balik lewat.
Dia tanya lagi, paling lewat pukul brape.
Aku jawab, biasa kol 1900.
Owh, tak mengapa katanya.
Kami buka sampai pukul 2300 malam.
Aku kata lagi, aku tak free. Keje bnyk.
Dia kata lagi, tak pe..... Apaper hari dalam minggu ni pun boleh.
Aku kata lagi, sepanjang minggu sebok.
Last2 dia tanya, sebenarnya aku berminat atau tidak dengan offer yg ditawarkan.
Aku jawab saja TAK!
Suara mamat ni terus berubah.
Mahap lah yer, saya memang tak berminat bersenam bagai ni di tempat begitu rupa.
Kalau saya mau beriadah, saya memilih beriadah bersama alam.
Berjalan2 di tepi tasik misalnya.
Atau bermain layang2 di bukit tinggi.
Atau berbasikal di tempat lapang.
Atau naik turun tangga di rumah saya saja.
Saya masih langsing, sihat dan ceria seadanya.
Sekian terima kasih.

140109 : 1801
Mariah Carey - Hero
Cyberjaya

11 January 2009

#09_07 Teman Kepoh-kepohan

Disebabkan aku takde keje rini dan tak kemana2, maka aku layan internet saja
Boleh kata separuh hari habis ngadap pc je
Aku layan movie lama, Meteor Garden
Saja dok ilangkan boring2
Aku tak mau citer panjang pasal citer tu
Cumanya aku nak share apa yang ada dalam citer tu

Dalam citer ni, heroin nye Shancai yang pada mulanya suka pada 2nd hero, Huazei Lei
Depa ni selalu lepak atas bumbung sekolah, share cerita terutama Shancai
Separuh cerita Shancai ni couple sama sang hero, Daoming Si
Tapi....... walau dalam hati heroin dah terikat sama sang hero, tapi ada hal2 tertentu si heroin lebih suka berkongsi cerita dengan 2nd hero, berbanding sang hero sendiri.
Pelik? Bukan patutnya kite share watever dengan orang yang kiter suka ker?
Nope!
Aku rasa perkara macam ni berlaku.
Sebab kadang2 kita takkan share sesetengah perkara dengan orang yang sama.

Contoh,
Aku ada kawan A....
Aku share dengan dia tentang cita2 aku, impian aku, tentang kerja dan rancangan masa depan aku.
Sebab A lebih realistik, matang dan pandang ke hadapan.
Tapi aku tak share dengan dia tentang family, kawan2 dan cinta aku dengan dia.
Aku share dengan B....
Sebab B lebih bersifat empati, jiwa halus, sedia mendengar dan berpengertian.
Kemudian ada si C.....
Aku kongsi segala cerita bodoh, lawak2 sengal, gosip2 murahan dan perkara2 mengarut bersamanya.
Sebab C lebih bebas jiwanya, percaya diri, gila2 dan santai orangnya.

Ini cuma contoh.

Tapi dalam berteman, aku mahu jadi sang A, B dan C
Aku mahu teman2 berkongsi segala dengan aku walau hakikatnya aku sendiri tak buat macam tu
Aku manusia biasa
Ada perasaan diperlukan
Berperasaan seperti seorang yang penting pada seseorang
Dalam masa yang sama aku berperasaan kurang selamat berkongsi segala dengan seseorang
Ya, itu tanda aku manusia lemah
Punya rasa sangsi, rasa ragu, rasa tak percaya.
Tapi dalam masa yang sama punya keinginan untuk bergantung pada yang lainnya.
Perlu orang untuk berkongsi, hatta sekadar mendengar.

Kamu pula bagaimana?


******************************
Is your favourite colour blue?
Do you always tell the truth?
Do you believe in outerspace?
And I'm learning you
Is your skin as tanned as mine?
Does your hair flow sideways?
Did someone took a portion of your heart?
And I'm learning you
And if you don't mind
Can you tell me
All your hopes and fears
And everything that you believe in
Would you make a difference in the world
I'd love for you to take me to a deeper conversation
Only you can make me
I let my guard down for you
And in time you will too
If you don't mind
Can you tell me
All your hopes and fears
And everything that you believe in
Would you make a difference in the world
I'd love for you to take me to a deeper conversation
Only you can make me
If you don't mind
Can you tell me
All your hopes and fears
And everything that you believe in
Would you make a difference in the world
I'd love for you to take me to a deeper conversation
Only you can make me
Deeper Conversation
Let me
******************************
110109 : 2309 pm
Yuna - Deeper conversation

10 January 2009

#09_06 Tragedi

Ada sorang mamat kat area umah aku ni gile
Gile berkaraoke
Boleh kate hari2 gak lah aku dengar suara sumbang dia dari rumah aku
Ntah lah dari block aku, entah dari block mana lah datang suara
Ni tengah sakan layan lagu Tragedi Oktober

Halloooo, ko tau x... Dengar suara ko tu pun satu tragedi?

Duh!


100109 : 1740 pm
Five - We will rock you
Rumah

07 January 2009

#09_05 Lari-lari anak v3

Hari ni ada training kat opis sampai petang
Kununnya plan nak elak2 bertembung dengan boss
Sebab sebal masih bersisa kanz...
Time dia ada kat opis, aku nak lari pegi meeting
Time meeting bersama aku nak cabut pegi training

Tapi kan,

Alih2 training hari ni 'ter'sama2 plak, alahai!
.
.
.
.

Chaiyook Senahh!!
-070109:0750 am-
music: 6th sense - tanpa
lokasi: rumah

06 January 2009

#09_04 ~ I wonder if she's not thinking of me too.... ~

Kalo korang boring2 boleh lah layan nie......

http://www.youtube.com/watch?v=C1X2l7jgAx8&feature=related


Masa ni si kembar Olsen tu kecik lagik.....
Cute giler masa budak kecik tu cakap, Oh no no no no way!

;p ;p


-060109: 2230-
music: ella - layar impian
lokasi: rumah

#09_03 B.A.N.G.S.A.T


~Aku berehat tengok berita malam ni. Tak mahu lagi dengar cerita2 yang meluluh jiwa~



Kamu, kamu dan kamu yang menatap depan mata kamu...

Apa yang kamu tonton tidak memberi kesan barang sedikit di hati manusia kamu?

Malang kamu punya mata yang tidak dapat melihat

Anak2 kecil yang tak berdosa teraniaya, dek bedilan rakus kamu





Andai kamu tidak punya hati, paling tidak kamu harus punya akal....


Ia bukan sekadar otak!





-End-

-060109: 2012 pm-
music: dixie chicks - not ready to make nice
lokasi: rumah

05 January 2009

#09_02 Pagi yang Penuh Liar

Pagi2 lagi kitorang dah bangun
Berlari2 menuju ke pantai
Masing2 terpekik riang macam orang hilang akal, memecahkan kesunyian pagi
Aku lipat hujung kaki seluar pijama sampai betis
Yang lain juga...... ada yang cuma berseluar pendek
Kami bergurau senda sambil bermain air di gigi pantai
Takde orang lain, hanya kami
Menunggu terbitnya matahari sambil menjerit "Selamat Pagi Dunia!!" pada alam tanpa waras.

Kitorang kemudiannya berlari mendaki bukit
Mengejar kawan yang berlari ke depan dengan layang2 di tangan
Udara segar pagi mencium pipi pada muka yang belum dicuci
Rambut dibuai2 angin merdu, boleh buat iklan syampoo
Daun2 luruh menambah suasana
Anak2 dara bergelak manja..... saling menggeletek dan berkejaran
Buang jauh segala masalah yang menjadi duri, persetankan saja mereka yang menjadi toksik dalam diri
Kitorang hanya mahu bebas, hanya mahukan kehidupan, mahu dunia kami
Dunia ini kami yang punya!!

Tiba2 langit mendung
Anak2 dara tersenyum puas
Rintik2 hujan mengiring pagi yang liar
Penambah rasa, penambah sensual
Rambut kitorang mulai basah, pakaian kitorang juga
Daun semakin galak meluruh. Rontok bersama air mata langit.
Kitorang bergedik2 dalam kebasahan
Sambil menyanyi lagu Kitalah Bintang beramai2 tanpa mengira sumbang merdu suara
Indah kan?

Bunyi ketukan yang bertalu2.....
Belum habis keriuk pintu kedengaran, aku terdengar suara hosmet aku
"Dah 0730, ko tak nak pegi keje ker?"
Dalam terkebil2 aku tengok dia dah lengkap berpakaian kerja
Shift pagi hari ni, masuk pukul 0800.

~~Baru aku sedar~~

Hilang pantai, hilang bukit, hilang layang2, hilang hujan, malah lagu latar juga hilang..........

Inilah akibatnya bila tido lepas Suboh!
Sempat lagi mimpi berpoya2...... Haramjadah!!
Hadoilah! >.<
Ini bukan pagi yang liar, ini pagi yang jahanam namanyer!




-050109: 1542 pm-
music: pearl jam - last kiss
lokasi : pejabat

04 January 2009

#09_01_132 Kecoh kancah

"Ko tau aper maksud kancah tak?" tanya brother kecik pada satu petang ketika masa bekerja kami hanya tingga kira2 satu jam lagi sebelum kami bercuti pada hujung minggu.

"Aku macam tau, tapi x tau nk ckp maksudnye mcm mana" *ceh....ayat aku tu diguna untuk cube blagak pandai jer....... ;p*

"Maksud dia macam terjebak ker?"

"Lebey kuang macam tu lah" jawab aku sambil kepala hotak aku merujuk kepada perkataan kancah maksiat dan kancah jenayah. *Btol lah agaknye tu kot.......*

"Ader maksud lain x kancah tu?" tanya brother kecik lagi

"Apsal tetiba ko tanye ni?" Aku.

" Tadi membe aku tny, ko ader kancah x? nk buat dodol lah.... Aku jwb nnt aku tny mak aku ader ke x...tp sbnrnye aku x tau pun kancah tu aper. Aku terpikir kancah tu maksud dia kawah ke, aper... Tp aku x tny lah dia aper maksud kancah. takut aku sorang je yg x tau aper maksud kancah tu. tu yg aku tny ko"

"Ooo, ntah2 dia nk ckp kawah kot.... tp tercakap kancah" Hah, aku memandai2 buat kesimpulan sendri.......

" Tu lah, tp aku takut mmg ader benda nama kancah... sbb tu aku x tny dia, aku tny korang dulu... kot lah korang tau" Brother kecik.

"Tak pun kancah tu maksudnye batang yang buat kacau dodol yg bentuk cam dayung sampan tu kot" Aku tunjuk pandai lagik sekali

"A'ah... mungkin lah" sampuk brother partner...

"Ko tau?" tny brother pada brother jiran pulak.

"Tak tau...." jawab brother jiran dan brother partner.

"Boss tau boss?" tanya aku pada seorg manager.

"Kancah tu maksudnyer medan...." konfiden sungguh.

"Ye ker?" jawab kami penuh percaya.

"Ye lah, kancah peperangan...medan pertempuran... sama lah tu...."

"Chaaiittt, abes aper kenangena kancah perang dgn dodol lak neh???" Aku.

Abis kitorg bergelak sakan, brother partner plak bersuara...

"Kancah tu maksudnye kuali besar yang tidak mempunyai telinga, biasanya dibuat masak dodol,bla..bla..bla"

"Mana ko dapat?" Aku buat muka kepoh mak senah terus melulu ke meja dia. *Hahahaha, dlm google pun bleh jumpe eh perkataan mcm nie? Canggihnyer manusia zaman skrg!*

Lalu bro kecik pun bergegas angkat telefon.....

"Hello, hah.. yg pasal kancah tadi ko tny... ....." *dan-dan lah bro kecik call membe dia* Kitorg gelak sakan kt blkng.... td bukan men lagik dok menanya satu opis...

Bro jiran pulak sedang menjawab telefon... siap tny sekali pd si pemanggil

"Ko tau x kancah tu aper?" *huh, masing2 nk tunjuk pandai ptg ni...* "Aper?? nama org?? paler otak ko..... kancah tu maksudnye...bla..bla..bla..."

Dan aku x faham macam mana perkataan keramat tu buleh jadi topik utama kami di pejabat pada hari terakhir bekerja dalam bulan oktober itu.

-040109: 2323 pm-
music: marcell- semusim
lokasi : rumah