19 September 2009

Selamat Hari Raya

Mengambil ucapan tahun lalu saja.....
Selamat Hari Raya Semua
Maaf Zahir Batin

15 September 2009

1,2,3..... Cepat sungguh anak mak membesar.

Tiga tahun dah? Pergh...kejap giler masa berlalu.

Petang tadi, masa Cik Puan Sab sms aku ucapkan hepi eneveseri barulah aku perasan. Tak sangka betul.

Masa tu aku dengan Eja je bergelandangan bawak diri ke KL.

Masing2 dengan beg hok besar gedabak nak mampuih tu. Tekad je cari tempat nak stay malam tu. Aku bukan takde pakcik nak aku buat tumpang.Tapi, semuanya kat hujung2 KL. Dah masuk Selangor dah pun. Tak mau lah aku nak susahkan diorang semua.

Masa tu tawakal je kitorang menyewa hotel murah dekat area Kampung Baru. Rate satu malam 55 hengget je. Sekali tengok macam hotel2 banyak mak ayam bapak ayam guna buat bisnes. Tapi sebabkan kitorang dah survey dalam2, tu je lah tempat yang paling 'mewah' dalam kelasnya. Mujur masa tu ada lah plak rombongan sekolah duduk menyewa sekali kat hotel sebelah. So meriah yo-oh yo-oh lah area hotel tu.

Masa tu juga, Eja masih tunangan abang polis. Jadinya, bila malam sang abang polis datang jenguk2 kami. Teman makan sekali. 3 tahun berlalu, Eja dah selamat melahirkan baby boy. Hasil perkongsian hidup dengan lelaki yang sama sekali bukan abang polis. 3 tahun terasa sekejap, tapi macam2 berlaku sekeliling aku rupanya.


Kursus induksi berlangsung selama 2 minggu. Aku dan Eja pilih katil bersebelahan masa tu. Sama2 pilih katil bawah. Sebab kami sampai awal, bolehlah kami pilih2. Minggu pertama terasa janggal. Jumpa muka2 yang tak dikenali. Masa tu aku tak kenal pun Sab. Sebab dia asyik berkepit dengan Amir masa tu. ;p Zati pun lepas 2-3 hari baru muncul dalam kumpulan kami. Dengan rantai manik jurai2, kipas mami jarum dan high heels yang sungguh aduh itu! Bila diingat2, tak pernah aku jangka boleh jadi membe2 sekarang ni. Sebab aku asyik berkepit berdua dengan Eja masa tu. Setiap satu yang terjadi memang ada hikmah disebaliknya.

Dalam 3 tahun ni, aku dah berpindah 3 rumah.
Dari rumah tingkat sepuloh yang berpenghuni sploh orang (sungguh sesak, senak, padat,ketat, mampat ya tuan puan!) kepada banglo mewah kepunyaan makcik tuan rumah dan akhirnya ke flat murah yang serba ringkas ini.
Aku juga dah berpindah pejabat sebanyak 2 kali.
Dari pejabat kecil yang pintu masuknya bersebelahan dengan tempat pengumpulan sampah hinggalah ke pejabat berbentuk stadium tertutup tanpa sebarang tingkap.
Boss juga sudah bertukar 4 orang.
Staff aku bersilih ganti seramai 6 orang.
Juga merasa memegang dua post berbeza dalam tempoh 3 tahun ni.

3 tahun ek? Tak luak pun pada aku... Sekejap je rasa!

10 September 2009

Bioda-grafi Seorang Senah

Senah dengar radio, DJ kata Anita Sarawak mahu hasilkan biografi tentang dirinya.
Senah fikir Senah juga patut keluarkan biografi sendiri. Senang anak cucu Senah amik tahu tentang susur galur asal usul keturunan mereka. Legasi Senah.

Senah anak kedua dari 5 beradik. Senah lahir kat Melaka tapi masa mak lahirkan Senah, kami sekeluarga dah bermastautin di Johor. Sebab tu Senah berICkan nombor Melaka. Jadi, bila orang tanya Senah orang mana, Senah akan jawab orang Johor dan kadang2 Senah bagitahu Senah orang Melaka. Ada beza ke asal dari mana? Sebab Senah tetap Senah kan? Senah tak pernah sekolah asrama. Sebab Senah tak pandai. Tapi Senah cemerlang, gemilang dan terbilang di zaman sekolah.

Lepas tu Senah masuk matrik kat Pilah. Itu lah tempat paling jauh dari rumah yang Senah pernah menetap. Jauh lah sangat. Kat situ lah Senah jumpa kawan2 Heksasianoferat. Kami dapat nama tu kat dalam makmal Kimia. Yang Senah ingat heksa bermakna 6, tapi Senah dah tak ingat apakah Heksasianoferat tu sebenarnya. Yang pasti bukanlah nama sebatian sebiji guli. Senah rasa nama tu Senah yang bagi, maklumlah, Senah suka menggila kuasa dan berfikir diri sendiri bagus. Ha3.

Setahun lepas tu Senah patah balik ke Johor, belajar kejuruteraan kat universiti selatan selama 4 tahun. Macam zaman sekolah juga, Senah tak pandai. Tapi masih menamatkan pengajian dengan cemerlang, gemilang dan terbilang. Habis belajar Senah terus dapat kerja kat tempat kerja sekarang, sebab Senah mendapat biasiswa tajaan company yang Senah kerja sekarang ketika belajar dulu. Senah tak pandai, tapi alhamdulillah selalu ada rezki.

Senah suka warna merah. Sebab rasa seksi dan menonjol. Tapi Senah low profile orangnya. Sungguh tak kena! Senah kurus keding, pucat dan kecik. Senah suka makan walaupun tak sepadan badan. Senah gemar coklat dan aiskrim....well, mana ada perempuan tak suka kan? Zaman sekolah dulu Senah suka bersukan, berpeluh2 dan terkinja2. Sebab Senah rasa sihat, produktif dan seksi. Hingga kan Senah digelar anak k*ling oleh pakcik2 Senah kerana warna kulit Senah yang sungguh menawan akibat suka berjemur di tengahari dan tengah padang. Ironinya, masa Senah kecik2 dulu Senah selalu disangka anak C*na sebab warna kulit Senah dan rambut yang lurus halus itu. Dengan ini Senah rasa Senah boleh jadi ikon 1Malaysia.....Sungguh muhibah! .

Senah dah kata Senah tak bijak, sebab Senah selalu ponteng kelas masa belajar dulu. Sebab tu ilmu Senah selalu separuh2...... Sebab tu agaknya Senah tak dapat bezakan, antara biografi dengan biodata. Juga apa itu bioperubatan, biokimia, biodiesel dan bioteknologi. Yang Senah tahu biologi je. Itu pun Senah dapat B3 je masa SPM dulu. Sebab tu Senah tak jadi doktor. Senah duduk bidang telekomunikasi. Sebab Senah pas bab tele-tele ni.... Telefon, televisyen, teleconverter, telegraf, teledera, teletubbies, juga telepati.

Sekian saja bioda-grafi Senah untuk hari ini. Kak Nita belum sempat keluarkan, Senah dah habis cerita kisah Senah. Muda lagi Senah rupanya. Hikayat pun pendek je. Nampak sangat hidup Senah sungguh polos. Drama mendatar je, takde klimaksnya. Senah bukan tak mahu tunggu umor 50 baru nak tulis, Senah takut Senah tak sempat sampai je..... Kalau sempat insyaAllah, berjilid nanti Senah terbitkan. Hokkay!

Galak Golek Gelek

2 hari berturut2 berbuka layan kambing golek.
Esok ada lagi jemputan berbuka kat hotel.
Masuk hari ke 3..... aku rasa aku yang tergolek!

08 September 2009

Duh!!

Topik USB sebenarnya bermula dari satu insiden yang berlaku pagi tadi.

Ada seorang kakak, ex-officemate aku. Tokey maruku. Oleh sebab dah tak sepejabat, dia kirim pada aku pesanan2 maruku untuk opismet aku yang lain masa dia singgah ke rumah aku hujung minggu yang lalu.
Jadiknya, pagi tadi dalam serabut2 dan takut terlupa aku email pada 3 orang brother dan 4 orang kakak kat opis. Beritahu mereka boleh dapatkan pesanan2 maruku yang telah dikirim pada aku.
Aku tulis kat email tu, 'jangan lupa bawa pengeras dan pelembut sekali' yang membawa maksud bayaran sebab aku dah advancekan duit aku. Mana tahu lain pulak jadiknya.

1st brother reply, "aku ada pengeras je....pelembut xde"
2nd brother reply, "ada 3 orang yang ada pengeras kat sini, pelembut x dapat nak bagi"
3rd brother reply, "kau nak pengeras dan pelembut yang macam mana?"

Sebab bengang dan rasa bangang sebab dah tersilap buat lawak, aku reply pada semua brother2 tu...... "Korang cerita aper ni Labu??"

Sialan! Bulan2 puasa neh.......Aku tak maksud kan menatang tu lah Labi!

USB punya cerita

Ini bukan cerita tentang USB 2G, atau 4G atau 8G sekali pun.

Hari ni, aku datang pejabat dengan serabut.
Dah lah bangun lewat, baju kerja pulak tak gosok lagi.
Sampai opis buntu tak tahu nak buat aper dulu. Rasa macam banyak sangat kerja.
Aku dan staff2 duduk berbincang. Itu dan ini.
Mula2 hal kerja, lama2 dah melencong ke lainnya.
Banyaakkk sungguh kerja kanz!

Seorang staff aku buka cerita. Tentang USB. Itu cuma istilah halus yang kami guna.
Ceritanya bermula dari kisah seorang selebriti terkenal satu masa dulu. Kalau sebut namanya, masih ramai yang kenal. Selebriti ni ada satu gym.
Bila sebut gym, staff aku yang sorang lagi dah senyum2. Katanya, macam dah tau je aper cerita yang nak disampaikan.
Isu gay adalah topik paling hot bila kau bercerita tentang gym. Itu hakikat kata diorang.

Menurut mereka lagi, hati2 kalau ke sana. Baik lelaki mahupun wanita.
Staff2 aku pernah kena perkara yang sama. Di gym yang sama. Tapi orang yang berlainan katanya. Sedang kau berpeluh2 buat aktiviti fizikal, nanti akan ada seorang hamba Allah ni datang pura2 bertanya khabar. Berkenal2. Dan sambil tangan mengusap2 bahu dan belakang dengan err, gaya yang tak berapa biasa. Kata mereka, itulah kali pertama dan terakhir diorang ke sana.

Kemudian staff aku yang sorang tu sambung lagi ceritanya.
Itu bukan satu2nya pengalaman 'ngeri'nya. Ada yang lagi dahsyat.
Katanya, rumah sewa lamanya ada 4 orang. Selainnya, ketiga2 teman serumahnya lebih suka tidur di ruang tamu. Hanya dia yang suka duduk di bilik. Berhias kemas dan berkunci. Satu hari dia pulang kerja. Oleh sebab kepenatan sebab habis shift malam, dia biarkan pintunya tidak berkunci. Salah seorang teman serumah, yang disyaki baru pulang dari kelab malam terus saja masuk dalam bilik, naik ke katilnya dan masuk dalam selimutnya. Sebab dahh tahu tabii songsang membe serumah ni, melenting lah kawan ni bila dibuat macam tu. Siap keluar parang halau membe serumah. Siap buat sumpah. "Sekali lagi kau buat macam tu.... paham2 je lah....." Katanya, mujurlah masa tu dia masih boleh pikir panjang, kalau tak maybe kawan tu dah selamat dikebumikan sekarang. Sebab tak nak di harass macam tu lagi, brother ni keluar dari rumah tak lama lepas tu.

Satu lagi kes, ketika dia temankan adiknya yang berkerja sebagai penari di Istana Budaya.
Katanya, di belakang pentas ada bilik persalinan dan tempat untuk penari2 melepak. Habis latihan, diorang ramai2 berehat kat ruangan melepak.
Ada dibentangkan tilam toto (sesetengah orang panggil tilam narita) depan TV.
Staff aku ni sambil tunggu adiknya, dia pun baringlah kat tilam tu sambil tgk TV. Dua2 tangannya disilang belakang kepala.
Katanya, "punyalah besar toto tu kau tahu..... Tiba2 boleh ader sorang mamat ni, dah lah dari awal dia asyik ngekor aku.... Boleh bawah ketiak aku dia dok baring. Perrggghh, meloncat aku kau tau! Dah bukak langkah semua! Last2 adik aku bagitau kat mamat tu, aku bukan spesies tu."
Last2 adiknya pun berhenti menari, masuk polis. Mungkin dia pun dapat gangguan2 yang semacam itu. He3....

Aku, sampai sakit2 perut dengar cerita brother ni. "Ape lah malang nasib, selalu je jadik mangsa spesies2 tu". Staff aku sorang lagi pun sama.

Kata aku, "nasib baik lah korang ni bukan jenis melayan kalau tidak......"

"Kalau tak....Ting ting, new hardware found lah kat 'belakang' kitorang! ....Hahahahah......"

06 September 2009

Stop!

Ada jiran dekat rumah aku nie......
Bulan2 puasa pun masih sakan karaoke.
Tengahari dah start melalak2.
Cuti2 macam ni orang nak rilek2, cari damai dalam tenang.
Bukan dengar hingar macam tu.

Alahai kakak,
Cukup2 lah tu kalau suara pun takat suam2 kuku je.
Buat kering air liur je nanti!

-End-

Paham??

Aku punya teman baik.
Mak tak faham kenapa kami berteman lama tetapi akhirnya kami tidak berjodohan.

Aku punya skandal yang kacak zaman kampus.
Tapi teman2 tak faham kenapa akhirnya kami terputus hubungan.

Aku punya jejaka yang aku sangat suka satu masa dulu.
Tapi aku tak faham kenapa aku tak pernah luahkan padanya walau sekali.

Aku punya seorang kawan yang aku sayang.
Tapi aku tak faham kenapa mesti dia jatuh hati pada aku akhirnya.

Teman aku punya puteri hati yang dia sayang.
Tapi aku tak faham kenapa dia masih menagih rindu dengan aku lagi.

Aku dan seseorang saling menyayang.
Tapi aku tak faham kenapa dia masih mencari yang lain.

Aku tak faham kenapa aku asyik sukakan orang yang tak sukakan aku dan asyik disukai orang yang aku tak ingin sukai.

Setiap satu di atas adalah orang yang berlainan.
Kau faham??
Kalau tak faham jangan buat2 faham. Nanti sampai bila2 pun kau tak kan faham.

Faham?!

-End-

Hidup aku yang caca marba....... (Tapi apsal aku terbayang air kathirah plak neh?!)

Patutnya aku ke Jerantut hari ni.
Kena setelkan hal kerja yang bertangguh sejak minggu lepas.
Mana boleh! Esok cuti Nuzul Quran.... Rugi lah cuti panjang macam ni kalau kena jugak kerja.
Lagi pulak bukan dekat2 jerantut tu.
Tahulah, ada kabinet duduknya kat ceruk2 hutan....
Minggu lepas membe opis aku beritahu dia cuma berbuka chipsmore tepi kabinet tu.
Sampai lemau lah biskut tu, kerja masih tak siap.
Tu mujur jugak ada biskut.
Kalau tak, buka dengan air liur sendiri lah jawabnya.

Dalam meeting semalam, boss besar mintak aku setelkan 3 kes dan mesti present semula hasilnya dalam meeting Jumaat minggu depan.
Gila! Kata aku dalam hati.
3-3 kes besar...
Aku seorang...
Minggu depan pulak dah jadik 4 hari bekerja.
Sebab tolak cuti Isnin nanti.
Meeting dah bertindih, nak setel lagi dengan 3 kes tu...
Aku nak arrange meeting dengan boss kecik aku pun masih tercari2 masa sebab jadual kitorang clash sini sana.
Jangan kater meeting, nak pergi jemputan berbuka puasa pun boleh clash 2-3 majlis sekali.
Vendor ni best, tapi tempatnye tak berapa best.
Vendor ni tak berapa kenal, tapi berbuka tempat best.
Ada vendor best, tempat best, tapi takde geng lain pulak yang dijemput sama.
Sebab biasanya jemputan untuk executive je, membe2 exec aku kebanyakannya lelaki.
X seronoklah nak join depa kan?
Jadual aku caca marba.
Baik kerja mahupun peribadi.
Nanti lah, kena dok tenang2...
Fikir dengan waras untuk susun balik jadual harian aku.

2 minggu lepas, sebelum aku balik bercuti ke JB aku dah kena bambu dengan satu boss ni.
Walaupun bengang dengan kenyataan bangangnya pada kami, aku abaikan je dendam pada dia.
Aku anggap itu atas dasar profesional, aku tak amik sebagai serang peribadi aku.
Lagi pulak bulan2 mulia ni. Sangka baik sajalah.
Tapi Tuhan Maha Adil dan Maha Pengasih.
Lepas dia bambu aku cukup2, aku balik bercuti panjang. Mujur sungguh!
Minggu depannya, masa aku masih bercuti, kata teman2 boss ni pulak kena bambu semula dalam satu meeting besar-besaran.
Patutnya aku ada sekali dalam meeting tu.
Tapi sebab aku masih bercuti, boss kecil aku dan staff aku pergi.
Kata mereka, awal2 meeting boss yang membambu aku ni bukan main marah lagik.
Berapi2 ayatnya. Siap tuduh2 aku tak pandai buat keputusan itu ini.
Last2 ada seorang ni menyelamatkan keadaan.
Katanya, itu semua bukan keputusan aku, itu keputusan VP kami dalam mesyuarat sebelumnya.
Tapi mungkin sebab miscommunication, semua orang tak tahu keputusan tu termasuk aku.
Bila sampai kat aku, cuma perlu laksanakan je, jangan argue apaper lagi. So, jelas lah.... Aku tak salah hokkay!! Aku tak buat keputusan, aku cuma laksanakan keputusan tu jer.
Kater boss dan staff aku, terkedu terus boss yang membambu aku tu bila dengan semua tu.
Lain kali boss, jangan men serang je.... Siasat dalam2 dulu. Bulan2 puasa ni kan dah kurang markah!

Aku, jujurnya memang marah.
Saper tak marah, tak cukup maki aku depan2 siap kutuk2 aku dalam meeting depan semua orang masa aku takde. Tapi, aku pasrah je lah.
Kita nak kerja lama. Benci2 pun esok2 jumpa lagi muka dia. Kerja bawah satu bumbung. Lari2 pun masih kat situ, tak pergi jauh pun.
Baik lepaskan je rasa benci tu kan?
:)
:)

Aku nak shooping raya pun fulus takde dah ni.
Lagi pula, tak tau nak shooping mende pun. Baju dah ader... Semua baju orang hadiahkan je. Ngeh3...;p
Kasut dah terlebih cukup. Semua kaler ader. Merah, hijau, biru, kuning, hitam, gold....lengkap. Tinggal buruk ngan baru je lah kasut tu.
Kuih mak buat sendiri, tak yah beli mak aku pesan.
Bukan nya nak kena ganti langsir baru ke, cadar baru ker, tukar sofa ker kanz....
So, selamat berpuasa semua. Jangan boros berbelanja kay!
Adios.....

05 September 2009

Pesta wey...Pesta.... (Ni bukan pesta ala2 jom heboh!)

Ya,
Pesta jemputan berbuka puasa dari vendor2 sudah bermula!
Waduh....

02 September 2009

Rindu

Rupanya.....
6 hari di rumah
Masih tak cukup
Untuk surutkan
Kerinduan aku
Pada mereka

Benarlah bagai dikata
Rumah ku Syurga ku...

-End-