08 September 2009

USB punya cerita

Ini bukan cerita tentang USB 2G, atau 4G atau 8G sekali pun.

Hari ni, aku datang pejabat dengan serabut.
Dah lah bangun lewat, baju kerja pulak tak gosok lagi.
Sampai opis buntu tak tahu nak buat aper dulu. Rasa macam banyak sangat kerja.
Aku dan staff2 duduk berbincang. Itu dan ini.
Mula2 hal kerja, lama2 dah melencong ke lainnya.
Banyaakkk sungguh kerja kanz!

Seorang staff aku buka cerita. Tentang USB. Itu cuma istilah halus yang kami guna.
Ceritanya bermula dari kisah seorang selebriti terkenal satu masa dulu. Kalau sebut namanya, masih ramai yang kenal. Selebriti ni ada satu gym.
Bila sebut gym, staff aku yang sorang lagi dah senyum2. Katanya, macam dah tau je aper cerita yang nak disampaikan.
Isu gay adalah topik paling hot bila kau bercerita tentang gym. Itu hakikat kata diorang.

Menurut mereka lagi, hati2 kalau ke sana. Baik lelaki mahupun wanita.
Staff2 aku pernah kena perkara yang sama. Di gym yang sama. Tapi orang yang berlainan katanya. Sedang kau berpeluh2 buat aktiviti fizikal, nanti akan ada seorang hamba Allah ni datang pura2 bertanya khabar. Berkenal2. Dan sambil tangan mengusap2 bahu dan belakang dengan err, gaya yang tak berapa biasa. Kata mereka, itulah kali pertama dan terakhir diorang ke sana.

Kemudian staff aku yang sorang tu sambung lagi ceritanya.
Itu bukan satu2nya pengalaman 'ngeri'nya. Ada yang lagi dahsyat.
Katanya, rumah sewa lamanya ada 4 orang. Selainnya, ketiga2 teman serumahnya lebih suka tidur di ruang tamu. Hanya dia yang suka duduk di bilik. Berhias kemas dan berkunci. Satu hari dia pulang kerja. Oleh sebab kepenatan sebab habis shift malam, dia biarkan pintunya tidak berkunci. Salah seorang teman serumah, yang disyaki baru pulang dari kelab malam terus saja masuk dalam bilik, naik ke katilnya dan masuk dalam selimutnya. Sebab dahh tahu tabii songsang membe serumah ni, melenting lah kawan ni bila dibuat macam tu. Siap keluar parang halau membe serumah. Siap buat sumpah. "Sekali lagi kau buat macam tu.... paham2 je lah....." Katanya, mujurlah masa tu dia masih boleh pikir panjang, kalau tak maybe kawan tu dah selamat dikebumikan sekarang. Sebab tak nak di harass macam tu lagi, brother ni keluar dari rumah tak lama lepas tu.

Satu lagi kes, ketika dia temankan adiknya yang berkerja sebagai penari di Istana Budaya.
Katanya, di belakang pentas ada bilik persalinan dan tempat untuk penari2 melepak. Habis latihan, diorang ramai2 berehat kat ruangan melepak.
Ada dibentangkan tilam toto (sesetengah orang panggil tilam narita) depan TV.
Staff aku ni sambil tunggu adiknya, dia pun baringlah kat tilam tu sambil tgk TV. Dua2 tangannya disilang belakang kepala.
Katanya, "punyalah besar toto tu kau tahu..... Tiba2 boleh ader sorang mamat ni, dah lah dari awal dia asyik ngekor aku.... Boleh bawah ketiak aku dia dok baring. Perrggghh, meloncat aku kau tau! Dah bukak langkah semua! Last2 adik aku bagitau kat mamat tu, aku bukan spesies tu."
Last2 adiknya pun berhenti menari, masuk polis. Mungkin dia pun dapat gangguan2 yang semacam itu. He3....

Aku, sampai sakit2 perut dengar cerita brother ni. "Ape lah malang nasib, selalu je jadik mangsa spesies2 tu". Staff aku sorang lagi pun sama.

Kata aku, "nasib baik lah korang ni bukan jenis melayan kalau tidak......"

"Kalau tak....Ting ting, new hardware found lah kat 'belakang' kitorang! ....Hahahahah......"

No comments: