28 May 2008

Bulan LIMA yang penuh ritma tentang karma, dogma dan atma. Hidup bagai sebuah drama!

Saya masih mencari masa untuk menyimpulkan segala yang terjadi bagi bulan ini.
Tetapi masa tidak mengizinkan.
Sementelahan itu, saya akan berpergian sehingga pertengahan minggu hadapan.
Jangan hubungi saya jika tiada hal yang mendesak.
Saya mahu mencari damai yang hilang.
-End-

27 May 2008

Mencari orang baru

Saya sedang mencari pengganti
Kerana yang lama ingin meninggalkan saya
Makanya saya letakkan syarat2nya supaya kamu tahu di mana level kamu
Pertamanya, kamu haruslah seorang lelaki
Rupa tak begitu penting
Apalah yang ada pada rupa
Saya mengharapkan kamu tidak muda dari saya mahu pun yang sebaya dengan saya
Pun begitu saya tidak mahu yang terlalu tua
Bujang atau sudah berumahtangga tiada masalah
Saya menerima dengan hati terbuka
Cukup sekadar 5-10 tahun tua dari saya
Mereka lebih berpengalaman dan matang dalam membuat keputusan
Pada saya pengalaman yang penting
Saya khuatir jika yang muda saya susah berkompromi
Juga terasa tercabar jika saya memberi arahan
kerana yang muda egonya sering di letak pada tempat yang salah
Juga haruslah kuat bekerja serta gagah perkasa orangnya
Jujur itu penting
Maka saya akan rasa selamat dan percaya pada kamu
Sesekali saya mahukan kamu bersifat agresif
Nah, syarat yang ini anak muda pasti sukar melaksanakannya
Kerana ada keadaan saya mahukan orang yang bisa menyokong tindak tanduk saya disaat saya perlukan
Saya juga mahukan kamu yang boleh berdikari
Jadi senanglah hati saya melepaskan kamu pergi bersendirian
Kamu juga haruslah seorang yang mampu menyimpan rahsia
Kerana saya seorang yang suka berkongsi cerita
Saya mahukan kamu di pihak saya
Maka jadilah seorang yang setia
Saya masih mencari
Saya dahulukan pada mereka yang bersifat fleksibel, santai, penuh ciri2 humor tapi boleh bekerja dengan serius dan yang paling penting, saya pilih yang tahu batas2 agama
Jika kamu berminat hubungi lah saya
Saya akan berbincang bersama 'ayah' saya
Ya, 'ayah'.....
Kerana 'ayah' sudah meletakkan syarat tidak lagi mahukan yang perempuan
Dia mahukan yang lelaki sekarang
Kamu fikir saya sedang bicara tentang apa?
Tidak, saya bukan mencari yang itu
Saya mencari pembantu di pejabat saya yang baru
Kerana pembantu lama saya akan pergi meninggalkan saya

26 May 2008

Selamat hari pertunangan teman............

Aku tahu banyak pihak yang kecewa.
Sungguh....... aku tahu.
Aku tahu mak ayah kita terkilan kerananya.
Sungguh........ aku juga tak menginginkannya.
Maaf.... aku tak berniat mencalar hati semua orang.
Sungguh....... aku tak berniat.
Cumanya, hubungan itu memang bukan untuk kita.
Sungguh......

23 May 2008

Kamek sayang kitak! :)

Tahu kenapa aku sukakan bulan Mei?
Bulan di mana aku mengimbau semula apa yang sudah berlaku setahun yang lalu.
Bulan di mana aku merencana pelbagai sehingga Mei yang akan datang.

Kau tahu kenapa aku sukakan Mei kan? :) :)

22 May 2008

kisah uniform

ooohh, aku teringin sangat menyambung kisah uniform tapi masa tidak mengizinkan buat masa ini.......

0_0

Apsal dengan aku neh???
Dari tadi nervous semacam.....
Bahana kiriman salam dari seseorang tadi kah??
Arrrgghhh.... aku benci perasaan nie!

21 May 2008

Ilmu nujum aku makin hilang sekarang.
Kononlah sekarang musim panas.
Aku dengan penuh machonya tinggal kan seluar kat ampaian pagi tadi.
Dengan harapan akan kering garing lah ia.
Mana tahu rupanya hujan lebat petang ni.
Arrrggghhhhh.......!!!

korang perasan tak?..... agak2 ada buat benda yang sama ker?

Kadang2 kan tanpa sedar, kita ada terbuat penyalahgunaan barang2 di sekeliling kita.
Ni adalah senarai barang2an yang selalu aku salahgunakan tanpa sengaja.
Selain penyalahgunaan, ada juga barangan yang digunakan ketika saat2 kritikal juga sebagai barangan recycle dalam erti kata lain dapat penjimatan berganda! ;P

*Pensil - Selain suka menulis, di masa senggang aku slalu main sudoku. Jadinya selalulah bawa pensil ke mana2. Tanpa sengaja pensil kat tangan tetiba je ader kat kepala. Dah jadi susuk sanggul. Alah, yang orang slalu buat sanggul guna batang chopstick..... Ha, gitulah lebih kurang ghupenya.

*Kipas meja - Yang ni selalu jadi tempat letak tudung yang baru digosok.

*Tombol pintu - Selain jadi tempat sangkut plastik sampah (bagi bilik yang takde bakul sampah!) selalunya aku akan buat penyangkut tudung yang sudah dipakai tapi belum ada hati nak basuh lagi.

* Kad ahli - Untuk kejadian2 yang tak diingini seperti tertinggal kunci di dalam bilik. Saat2 genting macam tu, aku akan gunakan kad ahli untuk menjolok celah pintu. Haha, macam Mc Gyver aku terer bab2 menceroboh ni! ;p Amaran: jangan sesekali guna kad atm, kad pengenalan mahu pun kad kredit anda. Itu pun mau ajar juga ker?

*Penutup pen - Sebagai 'kaki ke-3' untuk plug 2 mata. Walaupun aku minah karen, sesekali aku abaikan aspek keselamatan demi kepentingan bersama.....;p

*Bekas gulungan tisu - Bukan tisu toilet key! Aku gunakan tisu dapur (hok gedabak besar saiz A4 tu!) Bila tisu habis, akan tinggal bekas gulungan yang keras. Aku gunakan untuk menyusun koleksi gelang2 kegemaran aku. Kredit untuk aku bilamana Fatin memuji hasil kreativiti aku. Hahaha!

* Kerusi - Sebagai tempat sangkut tuala mandi bila aku sangat malas mahu ke ampaian. Tolong jgn tiru aksi ini. Burok! ;p

*Katil - Tempat paling ideal untuk humban segala baju2 bersih tapi malas nak lipat. Semua member tahu aku sangat rajin basuh baju, tapi sungguh malas bab2 melipat ni! Satu lagi aksi burok!

* Pasu bunga - Aku dapat satu vase masa kenduri kakak aku. Oleh kerana vase tu kaler2 dia pas kat aku. Mmg buta seni akak aku ni! Aku x letak bunga, aku buat tabung untuk simpanan masa depan....ewah! Tapi vase tu baru je pecah sebab aku terlanggar masa vakum bilik haritu.... Baru betul2 pecah tabung ni! tapi aku masih gunakannya lepas aku tampal part yang pecah2 dan retak2.... Tambah seni lagi! ;p

*Sepit baju - Kadang2 lepas makan beskot atau cikedis tapi pastu tak abes, then cari2 bekas kosong plak tak jumpa. Gelang getah pun x jumpa masa tu, aku lipat2 muncung plastik pembalut beskot pastu sepit guna penyepit baju. Hmmm, praktikal!

*Kotak kasut - Tempat paling ideal untuk sumbat segala mak nenek surat cinta, surat saman, bil2, kad2 ucapan peminat, gambar2 zaman tok kadok mahu pun slip2 peksa zaman pak pandir dulu! ;p

Banyak lagi sebenarnya, tapi tak tersinggah plak dalam otak aku sekarang ni.... ;p

20 May 2008

Tiba2 aku teringin menonton teater.
Kali terakhir aku menontonnya masa sambutan hari merdeka tahun lalu.
Itu pun kerana tiketnya percuma.
Ramli Sarip dan Dato' Rahim Razali juga antara sebab kenapa aku pergi menontonnya.

Hmmmmmm, aku betul2 teringin sekarang!

dan tiada lagi mendung di wajahnya.........

"U, Azhar propose I..." Katanya sambil menayang cincin di jari.
"Hah, ye ker?..." Jawab Ros dengan nada paling tidak percaya.
"What?" Jawabku dengan wajah penuh sinis.
Kami bertiga tergelak besar kemudiannya.
Kebohongan yang menggelitik hati.
Syukur lah, kesakitan itu sudah tiada lagi.
Tangisnya kini sudah reda......

16 May 2008

doa untuk mu teman...... jangan menangis lagi!

Aku menjadi saksi.
Aku kaget.
Sayu.
Teman ini menangis semahu-mahunya.
Sesungguh2nya.
Tidak, adengan ini tidak ingin aku lihat buat sekian kalinya dalam hidup.
Kerana aku menyaksikannya dalam relaiti.
Sakitnya itu benar belaka.
Aku mahu menangis bersama.
Biar lah malam ini segala dukanya hilang.
Malangnya hati aku terlalu kuat menahan.
Kerasnya hati ini.
Aku tak bijak dalam mengekspresikan rasa.
Tidak, aku kaku orangnya.
Aku tidak tahu memeluk sahabat sambil memujuk.
Atau menggenggan erat tangannya sambil berkata... "Aku sentiasa ada untuk kau"
Atau menumpangkan bahu aku untuk dicurahkan segala air mata.
Makanya aku hanya mampu mengusap2 belakangnya seketika.
Itu pun setelah tangisannya kuat dan tersedu sedan.
Suaranya hilang saat berkata2.
Aku cuma mampu berharap aku punya tangan penyembuh.
Tangan penenang biar pun untuk sentuhan yang seketika cuma.
Kalaulah aku mampu, Tuhan!

13 May 2008

anak kambeng saya.......

Aku hantar pada bos email lepas geram hari ni.
Bukan... bukan geram pada bos.
Pada pihak2 tertentu yang cuba mempergunakan dan meletakkan aku dan team member sebagai kambing hitam.
Maka aku isukan hal ini pada bos supaya dia tahu masalah kami.
Ooo, mentang2 kami tiada bos selama ini.
Kami dipijak2 dan asyik jadi pengikut.
Nah, sekarang kami sudah ada bos.
Walaupun selama ini kami tersisih umpama anak yatim yang tiada pengawasan 'ibubapa' tapi kami bukan 'anak liar'.
Maka hormati kami kerana kerja kami dan jangan pandang rendah hanya kerana kami tiada 'ibubapa'.
Syukurlah akhirnya ada yang sudi menjadi bapa angkat kami.
Sekarang kami sudah ada bapa untuk kami adukan masalah2, kami sudah ada tempat rujukan.
Jadi jangan permainkan kami.
Kerana ayah kami garang!

12 May 2008

hiburan aku di kala malam minggu......

Rasanya lama dah aku tak tengok rancangan realiti.
Aku rasa sampai satu tahap aku nak muntah tengok budak2 yang desperate nak glamour tapi bakat tak besar mana.
Malam tadi, tanpa paksaan dari sesiapa aku dengan senang hati melayan Gangstarz.
Musim pertama dulu kami serumah jarang miss.
Makcik pun join jadi pengkritik tambahan (Rindu plak kat makcik....)
Sebab compare to AF, makcik lebih suka Gangstarz.
Entah kenapa, aku tak pasti.

Serba sedikit fakta tentang Gangstarz

* Faizal
- Lagu opening, takde nak komen banyak. Pada aku Faizal memang rocker sejati. Satakat lagu Dewa, bukan masalah besar pada Faizal.
- Pada aku tak perlu lah ajuk2 dialek Indonesia. Depa datang sini kita plak sibuk2 blaja cakap depa. Depa tu bertahun dok sini, sikit pun tak mau belajar bahasa kiter!

*Fara Fauzana
- Fara seperti mana semua orang tahu, hanya boleh 'menyumbang' lagu. Tapi cubaan yang baik untuk Fara sebab muka dia yang poyo2 selamba menutup kekurangan suara dia.
- Berbanding Faizal yang asyik tanya soalan2 provokasi dan mengundang kontoversi, Fara lebih natural dan santai. Siap boleh melawak2 dengan peserta.
- Aku tak berkenan seluar Fara malam tu. Drumstick tak boleh cover!

* Ajai
- Aku tahu dia komposer terkenal. Tapi sebagai penyanyi, aku tak rasa suara dia bagus sangat. Tak payah kata orang pekak kalau pun tak suka persembahan group dari Thailand yang memang sumbang dari awal sampai abes lagu. Cubaan pertama, adatlah kalau ada yang nervous nyanyi sambil gigil2. (Boleh plak juri yang kena komen??....;p)

* Lagu
- Sebagaimana Datuk Ti kite selalu diberi mandat untuk buat persembahan sama ada di awal atau akhir majlis, lagu Tok Ti juga dipertandingkan sebagai lagu pertama malam tu. Punya lah besar pengaruh Tok Ti........
- Starting rancangan, FF dan FT dan buka dengan lagu Indon. Okey, tolak tepi kerana semangat serumpun. Nanti kata kita tak sporting plak. Tapi peserta Malaysia dah tak cukup banyak ke lagu kita sampai kena nyanyi lagu luar?
- Atas masalah bahasa, peserta Filipina dan Thailand harus nyanyi lagu Inggeris. Rasa cam tak adil gak sebab macam lah depa paham aper yang kiter nyanyi.

*Pakaian
- Aku perasan ada satu group dari Indonesia yang ahlinya chomel2 pakai baju warna ceria. Warna tivi-tiga. Mujur tak pakai warna lampu trafik....;p
- Mata aku sakit tengok mini skirt peserta dari negara seberang tembok.
- Kenapa aku rasa semua orang pun pakai macam boria?

*Pentas
- Peserta dok berkumpul di pentas 'atas' ramai2. Sungguh tak menarik pemandangan sebab ada peserta dari Singapura yang pakai mini skirt then penonton plak kat bawah. Free show!

*Performance
- Kalau disuruh undi, aku undi kumpulan dari Filipina. Indonesia pun ada yang rasa nak undi keluar. Yang lain everage (selain group 'model' dari Thailand- mmg hampeh!)
- Dalam banyak2 rasanya lagu pembukaan dari double F dan lagu Chantek sebagai lagu penutup je yang best. (Nama pun penyanyi, mestilah sedap!)

08 May 2008

secawan hot chocolate yang menggoda dan sekeping coklat cloud 9 yang menghairahkan....

Aku buntu, keras kebosanan hari ni.
Patutnya ada training untuk 2 hari.
Tapi dalam kegembiraan aku meninggalkan pejabat untuk kesekian kalinya minggu ini, tiba2 pulak training batal!
Trainer buat hal, tak muncul pada masa kemunculannya di tunggu2 bak Faizal Tahir yang di'gam' beberapa bulan lepas.
Trainer tu patut di'gam' saja!!! Arrghhh....
Akhirnya balik juga lah aku ke pejabat terchenta...
Itu pun setelah aku singgah sebentar ke KL Sentral.
Haha, sempat lagi melencong!
Jangan risau, oleh kerana aku pekerja yang dedikasi lagi bertanggungjawab serta skima tak bertempat maka aku khabarkan kepoya-poyaan aku pada bos.
'Training sy cancelled. Sy ke kl central sekejap before blik ke ofis.'
'ok'
Tengok... bila dah bagitau takde lah susah hati kot lah terserempak dengan bos tengah jalan kat mana2.
Risau kot kalau eksident kan dah kantoi terang2an.
Makanya dengan senang hati aku park kereta kat Setiawangsa, naik LRT ke KL Sentral, pastu balik semula... pergi office.
Oleh kerana mood sangat elok hari ini, maka aku pun bancuh lah hot chocolate kegemaran aku...
Hmmm, nikmat! Ala2 iklan gitu!
Then lepas lunch teringin pulak mengunyah coklat.
Dengan penuh rajinnya aku turun ke Celcom sebelah.
Lepas membeli-belah coklat dengan lahapnya aku ke mesin bayaran untuk bayar bil telefon Fatin.
Settle satu lagi kerja.
Maka aku dengan penuh riang ria kenari menghadap PC sambil mengunyah coklat cloud 9, sedang PC aku menayangkan yahoomail sebagai page utamanya serta aroma baki hot chocolate dalam cawan di atas meja........ bos datang menerjah...
Baeekk punya timing boss!!!
Dengan terkial2 menghabiskan gigitan terakhir, aku cuba mengontrol cun depan bos dengan harapan agar tak keterlaluan aku kelihatan seperti melepak2 sahaja hari ini.
Mentang2 training batal!
Dah lah tu, bos minta slide yang entah kat ceruk mana aku save pun aku tak ingat.
Tu lah, banyak sangat file dalam PC saya ni... saya pun naik confius bos....!
Sudahnya bos aku blah je ke meja kakak2 sebelah.
Kakak2, terima kasih lah jadi penyelamat saya ..... ;p
Sungguh... saya tiada mood bekerja keras hari ini!
Sudahnya, ku buang masa berYM hari ini.
Ini baru betul2 lepak..... kata orang, makan gaji buat saja...........
:)

03 May 2008

testing..testing... one two three.....!

Adik aku persembahkan cerita lawak hari ini.
"Cikgu orang cakap dulu dia bercita2 nak jadi sound engineer. Dia kata sekarang cita2 dia dah tercapai....."
"Apsal?"
"Dia kata hari2 dia 'sound' budak dekat depan perhimpunan!"
Duhhh!!!