Pagi ni aku datang kerja dengan perasaan berbaur sebenarnya.
Aku bangun awal, macam hari2 biasa kerja.
Tapi dek kerana pagi baru terkial2 nak menggosok baju makanya lambat jugak lah aku siap.
Keluar rumah dengan perasaan
'habislah, ni mesti terkandas dalam jam teruk pagi ni' aku dikejutkan dengan jalan raya yang kurang sesak berbanding hari2 sekolah yang lain.
Owh, mak ayah ramai yang dah di sekolah barangkali.
Hantar anak2. Mesti ramai yang cuti.
Pagi tadi gerimis pula tu. Aku syak tempat parking di pejabat akan penuh.
Perasaan nak merempit membuak2. Tapi kaki tak tertekan pedal sampai tahap semaksimum boleh.
Aku drive takat2 kemaruk nak potong kereta2 depan je.
Tak cukup impak maksimanya di situ.
Sampai opis, aku sedikit kecewa sebab petak parking ada lebey sepuloh yang kosong.
Tadi kemahin nak datang awal nak rebut tempat, tapi lepas tu frust tak memasal sebab banyak lagi petak. Macam rasa tak thrill sangat lah.
Orang macam ni pun ader kan? Apedah!
Orang 1st yang aku tegur of coz lah staff aku. Masa tu cuma ada apek sorang tu je. Pakcik sorang lagi belum sampai.
Dah masing2 bercuti panjang, maka panjang jugaklah cerita merapu kami. Pertengahan tu baru muncul pakcik sorang tu.
Wah, cukup ahli neh paham2 je lah.
Tahun baru pulak tu. Keja kurang. Call tak masuk. Email sepi jer. Makanya ahli mesyuarat pun bersidang lah kanz.... Taklah terbuang waktu. Cemerlang!
Bercerita tentang azam, aku mengusik. Adakah azam tahun ni untuk mengikut jejak Azam? (seorang teman seopis bernama Azam yang baru melangsungkan majlis perkahwinan pada akhir tahun 2009).
Tapi menyakat mamat 2 orang pada topik tu ibarat menjolok sarang tebuan pada aku.
Last2 kena balik pada aku.
Dem!
Ayat kavernya, aku tak mahu langkah bendul. Kasik pakcik kawen dulu.
Baru ikut jejak langkah.
Kater brother apek, aku bukan langkah bendul...
Aku langkah pintu. Sambil merujuk pada ketinggian dan kenipisan badan pakcik sorang tu.
Ha3.....
Kami kemudian betulkan ayat bukan 'melangkah' pintu..... 'melalui' pintu.
Kena tunggu yang tua jalan dulu. Baru adik2 ni ikut jejak langkah.
Ayat kaver sebab tak mahu brother tu merajuk terjeruk ke sudut macam selalu2. ;p
Sedang menyakat2 datang pulak seorang lagi ahli mesyuarat.
Dia ni macam adik angkat dalam group kitorang.
Sebab walaupun kami lain unit, tapi kebanyakan masa dia habiskan dengan duduk lepak buat kerja di lorong muhibah kami.
Kalau ada apa2 breakdown atau troubleshoot, rajin sungguh kami mengangkut adik yang seorang ni.
Selain loghat Terengganunya yang sungguh 'dalam' dan matanya yang lebey sepet dari brother apek..... ketidakbolehannya menyebut huruf 'R' dengan betul menjadik bahan buat kami. Penceria tambahan buat kami bertiga terutama saat2 tegang dan kritikal.
Bila bertambah ahli, maka bertambah lah ceritanya. Makin kecil ruang meja aku.
Lorong muhibah aku punya 3 meja panjang.
Konsepnya, kalau semua serius bekerja masing2 duduk boleh kata seorang satu meja. Aku di tengah2.
Tapi kalau semua serius mengular semua akan duduk berhimpit kat satu meja untuk buat sesi mesyuarat tak rasmi ni.
Of coz lokasi terbaek adalah di meja aku.
Tengah rancak bercerita, terbuka pula cerita staff aku ke cyber cafe pada satu hari.
Katernya, masa tu dia bercuti. Kebetulan aku dan yang seorang lagi juga cuti panjang. Maka pakcik ni dalam paksa relanya kenalah ke cyber cafe nak check email dan buat sikit perkara.
Katernya, masa dia keluar dari tandas di cyber cafe tu ada orang....errr, raba dia.
Kebetulan tandas tu jauh dan luar tandas gelap katanya. Lampu rosak kot.
Kami yang bertiga mendengar ni buat pelbagai konklusi atas tindakan mamat berotak suku itu.
Macam2 lah idea keluar. Tapi kebanyakannya menjurus ke arah seolah2 yang salahnya staff aku tu. Bukan mamat yang meraba. Tak ke hangin pakcik tu mendengarnya??
Masa mula2 dia buka topik tu, aku tak lah rasa aper sangat.
Sebab pada aku perempuan ke lelaki, tetap punya risiko untuk dicabul.
Lebih2 lagi diorang pernah cerita
kes2 macam ni dulu.
Jadi, aku andaikan ia hanya sebagai bahan cerita untuk dikongsi.
Tapi bila dah tengah2 cerita tu aku slow2 'keluar' dari cerita. Kengkunun cam tak nak dengar detail sangatlah.
Kot kalaupun depa tak segan aku dengan hal2 macam ni, aku sendiri rasa segan sebenarnya. Sikit2 dah lah kan.... Tak yah lah cerita detail habis.
Tapi dasar otak sengal masing2, di heretnya aku sama untuk dengar.
Siap aku sound,
boo-dooo..... korang tak bleh pikir bersih sket ker???Ayat aku kadang boleh jadik lebey kasar dari tu.
Tapi.....Tak lah aku maksudkan bodo pada depa. Cuma pada lawak depa jer.
Lawak terbaik dalam membuat kesimpulan sengal adalah....
Akibat gelap, mamat tu tak nampak staff aku ni.
Selain warna kulit yang emm...... mendung sikit, mungkin mamat peraba itu sangka dia pintu. Merujuk kepada lawak awal kami.
Dan disangkanya ermm, anu.....sebagai tombol pintu.
Sebab tu dia TERraba. Tak sengaja. Hahahahaha!!
Kami gelak sampai tak cukop napas. Aku lagi lah, sampai kena amik tisu lap air mata.
Giler, hari pertama kerja otak aku dah tercemar virus2 tak senonoh.
Staff aku yang mangsa raba tu memang bangga sebab ceritanya jadik lawak terbaik untuk kami hari ni.
Sesuai dengan gelaran yang dia beri untuk dirinya sendiri.
Lucu dan lucah.
Melampau2......!
050110: 0037 am
Leona Lewis - Better in Time
Seri Kembangan