02 January 2010

Entri pertama di tahun baru

Aku memang tak tahu nak mulakan entri tahun baru dengan apa.
Rasa dah lama sangat tak hapdet.
Selain terlalu dihimpit kesibukan kerja (iyolah sangat kanz!), aku sibuk menghabiskan cuti tahunan yang masih melambak2 bakinya itu. (Ayat sedikit riyak di situ ya kawan2 yang sudah kehabisan cuti! ;p)
Jadinya, masih dalam mode MALAS.
Tambahan itu adalah sifat semulajadi terbaik aku.
Sejak azali lagi.
Apa boleh buat.....


Aku mulakan dengan ucapan selamat tahun baru (hijriah mahupun masihi) pada semua.
Tak sah lah kan kalau entri tahun baru takde ucapan ni.
Ibarat lagu patriotik tanpa suara Roy.....
Bak cerita Gerak Khas Usop Slam tanpa A.Galak kanz....


Awal Muharam aku dah tercalar sebenarnya. Mahunya tak...
Masa orang sibuk2 baca doa akhir-awal tahun malam tu aku sibuk menghadap Final bolasepak Sukan Sea. Kat opis pulak tu.
Kengkunun lebih feel tengok ramai2 (sebab masa Final Kelantan lawan N9 aku layan sorang2 kat rumah dan rasa giler pathetic!) dan dapat menghadap screen gabak.
Tak ke kau rasa giler lagha perbuatan tu??
Walaupun Malaysia menang malam tu, tapi apalah gunanya untuk haku kanz?? Kecundang jua kater orang....
Giler penangan sebijik bola dan seorang Zaquan!

Jadi aku tebus segala kealpaan duniawi aku dengan satu azam tahun baru.
Ya, azam2 lepas tak pula aku ingat.
Mungkin aku tak pernah berazam barang sekali pun. Mungkin.
Tahun ni, aku nak tambah satu rutin harian. Cukup sekadar cakap rutin yang baik2 aja. Penambah nilai dalam amalan.
Doakan aku supaya tak terkandas separuh jalan. Amin.


Semingggu lepas tu aku sekeluarga bercuti. Ke Langkawi.
Walaupun penat drive dari Melaka ke Kuala Perlis, tapi percutian 4 hari 3 malam itu amatlah berbaloi2 (bak kater Fahrinku sayang dalam iklan Celcomnya itu! ;p)


Well, pertama2nya of coz lah sebab dapat lari jauh (betul2 jauh kau!) dari kesibukan kerja. Puas hati aku... Muahaahahaha!!

Keduanya, setelah sekian lama tak bercuti panjang dengan family, rasanya inilah percutian keluarga yang terbaeekk buat tahun 2009.

Ketiga, orang kata tak sedar diri. Pergi ke tempat yang takde siapa kenal dan sama sekali asing pada kau, aper kau akan buat?
Well, kau boleh buat hal bongok2 tanpa rasa was2.
Sakan bergambar macam orang Nepal turun kapal buat pertama kali misalnya. Habis semua celah dan sudut.
Atau buat muka selamba tido dengan khusyuknya sorang2 (sebab yang lain pergi breakfast) di lobi hotel yang tak siap sebagai tanda protes pada reseptionis yang tak bagi check-in sebelum pukul 2 petang dengan alasan takde bilik kosong yang mana lepas tu dia give-up dan menyampah tengok muka orang yang tak tido lebey 10 jam ni menyemak dekat lobi.
Atau jerit beramai2 sekuat2 hati atas bot laju yang rally dengan bot2 lain.
Atau gelak macam nak rak dalam feri masa tengok filem Jangan Pandang Belakang Congkak yang kau rasa cam dowh tapi kau gelak jugak sebab lucu.

Dan last sekali, keempatnya, mahu tak berbaloi kalau sekali pergi berhabis duit kau keliling Langkawi tu! Ya, berbaloi SUNGGUH! Hu3....

New Year, aku cuma habiskan masa kat rumah.
Basuh baju2, cadar, selimut bagai, kemas bilik, buat serba sedikit 5S. Well, kalau sikit tak lengkaplah 5S kanz....
Maybe dua setengah S jek... Ngeh3. Jadik lah dari takde.....


Anyway, dah tengok iklan AJL tahun nie?
Huhuhu, saper yang buat iklan tu memang aku nak ucap terima kasih dan tahniah pada dia.

1st untuk iklan yang mana Cheryl dan Ally dok berborak (bercinta?) berdua then Faizal merajuk menjeruk ke sudut.

2nd, untuk iklan yang minta kasut tumit untuk Cheryl, anak2 tangga untuk Ally dan lighting untuk Faizal (dan Cheryl?)

3rd, untuk iklan depa bertiga minum teh dan berdiskusi (bertelagah?) siapa yang layak menang untuk anugerah tu nanti.

Ia benar2 mengingatkan aku pada kami bertiga kat opis.

Untuk yang pertama, memang betul2 terjadi bilamana aku dan salah seorang staff aku dok bercerita berdua then buat ayat2 menyakat staff yang seorang lagi, dia akan merajuk ke hujung meja. Sebijik! Haha, tua2 lagi kuat merajuk! ;p

Yang kedua tu pula...aper boleh buat. Kami golongan hobbit (Ni ayat staff aku kay!) Tak cukup inci. Makanya selalulah pakcik yang seorang lagik dok mengutuk2. Sebab tingginya menggalah. Counter-attack nyer? Ayat seakan2 mintak lighting lebey tu lah. Ha3.... Ni bukan racist kay!

Yang terakhir, kitorang memang suka melepak sambil minum2 (bukan mabuk2 kay!) dan mentekedarah sambil berhimpit2 bertiga berbincang2 dan kadang2 jadik bertelagah dengan pendapat masing2. Lain kepala, lain lah pendapatnya.


Hokkay, tu sekadar pencetus semangat aku ketika bercuti untuk aku pulang bekerja dengan mood yang ceria.
Cuti panjang wey... mana nak kutip mood yang dah tertinggal tercicir jauh di pulau kanz?
Jadiknya, setiap kali bila tengok iklan tu aku paksa hati melonjak2 untuk pergi kerja.
Positif beb....positif......!


So, sekali lagi Selamat Tahun Baru pada semua.
Semoga dapat apa yang diimpikan dan menjadi orang yang lebih baik dari tahun2 yang lalu.

:)


020110 : 1415 pm
Hattan - Cinta Pertama
Seri Kembangan

No comments: