04 September 2008

LUCU!

Manager aku (boss kecil) jadi lucu kebelakangan ini
Hari pertama kerja di bulan puasa, dia datang dengan dehem2 tekak gatal yang tak berhenti
Bila ditanya adakah tak sempat minum air masa sahur, selamba dia jawab sahur dalam masa kecemasan, masa kecederaan
Berdekah kitorang bantai gelak

Pagi tadi, boss-kecil-jiran-kami panggil aku
Oleh kerana aku duduk di hujung sudut kanan depan dan dia pula duduk dihujung sudut kiri belakang makanya pendengaran aku jadi terbatas
Tambahan pula aku selalu pakai headset
Makanya aku dengar sayup2 je
Tiba2 manager aku yang duduk sebelah cubicle selamba menjawab, "dia tgh drive helikopter..... tu yg x dengar sbb pakai tutup telinga..."
Pagi aku yang musnah akibat terperangkap dalam jammed kembali ceria
Cayalah Boss!!

No comments: