12 December 2010

Aku wanita biasa.

Tajuk entri terpaksa pinjam dari tajuk lagu Mbak Kris.
Sebab tak jumpa tajuk lagu artis Malaysia yang berpadanan dengan entri yang aku nak tulis ni.
________________________________________

Topik ni lama dah aku fikirkan.Berbulan yang lalu. 2-3 kali duduk dalam draft, lepas tu aku delete. Sebab apa, aku pun tak tahu. Terinspirasi dari entri ini, aku nak kongsikan perkara yang hampir sama kaitannya dengan apa yang selama ni aku teringin nak luahkan. Hakikatnya, dilahirkan sebagai perempuan bukan suatu yang mudah. Terutama saat kau duduk di alam anak gadis. Aku boleh bayangkan macam mana hati orang tua bila anak gadis jauh dari mata. Sedangkan kalau anak perempuan yang duduk di rumah pulang lewat kau dah tak keruan call dan minta pulang segera, inikan pula yang jauh dari pandangan dan kau tak tahu dengan siapa dia berpergian sepanjang hari sehingga larut malam. Ya, hati orang tua memang takkan tenang bila ada anak gadis dalam jagaan mereka.

Tak perlulah kau cute seksi macam Tiz Zakyah, atau sweet innocent macam Lisa Surihani mahu pun hot body macam Nora Danish.
Gadis marhaen macam aku ni pun rasanya dah cukup gangguan dari keliling. Tak kisah lah gangguan dalam bentuk pandangan, ucapan mahu pun perbuatan.

Bayangkan, kalau ada sekumpulan anak muda lelaki duduk melepak kat satu tempat seperti kedai makan atau depan tangga pejabat misalnya lepas tu kau lalu depan mereka seorang diri. Tak dapat tidak mesti ada seorang dua yang akan memandang bukan dengan pandangan 'sekilas pandang'. Lebih malang kalau ada yang berhati nakal dan mula mengeluarkan ayat2 usikan.

Pengalaman peribadi aku sendiri, bukan sekali dua 'kena' kejadian macam tu. Kadang2 ayat yang directly mengusik seperti "hai, sorang je ker?" sangat biasa kedengaran. Juga ada usikan yang lebih kepada provokasi seperti ayat........"hah, samseng minah nie!" saat kau melintasi sekumpulan lelaki yang mana kau tahu hanya kau seorang perempuan yang ada kat situ dan nada suara yang diguna juga adalah dengan niat untuk kau dengar dengan jelas apa yang diucapkan. Bila kau menoleh, mamat yang berkata2 itu tersenyum megah pada kau tanda dia dah berjaya menarik perhatian kau dengan ayat tersebut. Pergh, kalau ada kuku panjang dah hakku cakar muka mamat tu masa tu jugak!

Kadang2 berlaku usikan dalam bentuk indirectly yang ditujukan kepada kau seperti "shh, iklan wey......iklan...." atau "seronoknya hari ni nampak madu (honey)......" dan semua orang di situ terdiam saat kau lalu dan sebaik saja kau berlalu dari situ kau boleh dengan gelak2 nakal di belakang kau. Ya, ianya perkara yang kau tidak selesa dan sungguh, ia satu bentuk gangguan jiwa. Melihat dari sudut psikologi yang mana lelaki lebih dominan dalam hal mengurat / menggatal / mengusik kau boleh abaikan perasaan tidak selesa itu. Tapi, macam mana pula dengan gangguan yang lebih kepada fizikal mahupun serangan secara serangan sang saiko yang boleh buat perempuan meroyan akibat paranoid dan ketakutan?

Seperti bila kau di suatu tempat yang ramai orang dan kebetulan yang ramainya adalah lelaki. Mengambil contoh dalam LRT misalnya, yang mana kisah benar juga berlaku pada aku ketika masih bermastautin di Kerinchi satu masa dahulu. Ada seorang lelaki tua kutuk yang tak sedar diri asyik usha kami (aku dan Puan Sab) sebelum tu lagi. Masa dalam LRT, tua kutuk ni berdiri betul2 belakang aku dan tangannya memegang pemegang dalam LRT. Tulang belakang aku dengan jelasnya boleh rasa perut boroi beliau yang sengaja di dekatkan ke badan aku dan Puan Sab dapat menangkap perbuatan setan beliau yang sungguh seronok seolah2 mahu mencium haruman dari kepala aku. Sialan bukan?

Dari segi serangan sang saiko pula, seperti yang berlaku pada kejadian dalam LRT dulu, atau kejadian di tempat cuci kereta tempohari. Itu antaranya. Banyak lagi yang pernah berlaku.

Paling terbaru, jumaat malam yang lalu aku ada standby kat PJ. Masuk2 ibusawat macam biasa aku tinggalkan nama dan nombor telefon dalam buku pelawat. Mana tahu pagi Sabtu tu, masa on da way nak balik ke rumah dapat sms dari nombor yang tak dikenali. Mula2 aku sangka pakcik yang sama2 buat kerja dengan kami (aku, bro apek dan adik baru) yang sms. Sebab dia tanya dah sampai rumah ke belum. Aku reply lah msg dia tanpa rasa curiga. Aku kata sat lagi sampailah. Lepas tu aku dapat sms lagi tanya pulak rumah kat mana. Aik, pelik...... Sebab pakcik2 yang sama2 buat kerja dengan kami tahu mana kami semua tinggal. Bila aku sms semua tanya siapa ni? dia tak balas. Sabtu, pukul 0300 pagi, aku sampai rumah lepas solat Isya aku terus tido. Pukul 0430 pagi dapat call dari no yang sms tu. Aku angkat tanya siapa ni, dia tak jawab malah tanya kenapa aku belum tido lagi. Aku naik angin, masih bertanya siapa dia sebenarnya. Dia suruh aku jawab kenapa aku tak tido lagi. Aku jawab dengan nada marah, nak tido lah ni. Kemudian dia kata dengan nada baget caring romantik, tak pe tido lah dulu, nanti saya kejutkan bila tiba masanya. Suara memang macam orang tua. Pagi esok dia ada call dan hantar msg2 yang pelik2. Aku tak angkat call malah tak balas satu pun sms dia. Aku syak dia dapat no phone dari buku pelawat yang aku tulis. Ntah bila masa dia nampak aku, aku pun tak tahu. Sebab katanya kesian tengok aku kerja sampai awal pagi. Kesian aku kerja teruk2. Katanya dia terpikat tengok aku dalam sekali imbas dalam gelap malam. Bingai punya statement. Ingat aku ada aura ke, pesona ke aper boleh nampak dalam gelap malam???

Aku nak syak pak guard, pak guard india. Cakap melayu pun berterabur. Ntah sape lah tua kutuk yang nampak aku kat ibusawat malam tu. Sampai berani msg2 mcm tu sekali. Sialan betul! Malam tadi pun ada call aku berkali2. Lepas aku tak angkat, dia call pakai no lain pulak. Gila saiko tak jantan macam tu?? Sampai sekarang jantan kutuk tu masih call2 aku. Tolong bagitau aku apekah cara paling mudah untuk kau elakkan dari gangguan2 yang kau tak undang macam tu? Tak kiralah gangguan dari segi apa bentuk sekali pun. Padahal selama ni bukan kau jalan gedik2 pakai seksi2 buat suara manja sambil main jeling2 mata kat jantan2 kutuk semua tu pun..... tapi tetap jer ada yang sakit jiwa buat perkara2 macam tu kat kau.

Perghh, aku emo sejak pagi Sabtu tu.... Aku tak tau dah berbakul sumpah aku carutkan kat jantan2 macam ni. Bayangkan kalau mak abah tahu anak gadisnya dapat gangguan macam ni kat sini, jauh dari pengawasan diorang. Mau tak tido malam memikirkannya? Hokkay, dah boleh consider untuk carik orang jaga aku lepas ni. Walau bukan penyelesaian mutlak tapi sekurang2 tak lah kecut hati perut mak ayah bila memikirkannya kan? Hmmm, masuk azam 2011 lah nampak gayanya nie........

-End-

07 December 2010

Dedikasi.

Setinggi2 penghargaan aku tujukan kepada ahli Hexasianoferat yang sudi menceriakan hujung minggu aku setelah aku melalui minggu yang melelahkan.

Setelah 9 tahun berlalu inilah kali pertama kami dapat berkumpul semua.
Well, technically.

Sebab kalau nak cakap pasal berkumpul, masa wedding Dina dan Wani kami semua ada berkumpul.
Dan hanya Na, satu2nya ahli yang tak pernah muncul bagi mencukupkan korum.
Maybe sebab dia rasa dia sungguh ekslusif dan hanya boleh tampil di majlis yang sangat esklusif sahaja.
Mujurlah reunion berskala kecil ini memenuhi standard Na untuk turun padang mencemar duli beliau. Fuhh~~~

Ikutkan hati aku nak update entri ni pada Ahad malam yang mana perasaan gedik2 selepas sesi gosip2 murahan itu berlangsung.
Malangnya, sebagai pemandu tak berbayar sejak Jumaat lepas aku rasa mahukan tidur yang berkualiti untuk kesihatan dan kecantikan aku.
Beauty sleep kata orang. Pergh pergh pergh.....

Tambahan pula aku sungguh tak kuasa melayan karenah dua kanak2 dewasa Cek Ian dan Semek Zack yang sangat kecoh di rumah aku.
Owh kawan2..... ketahuilah bahawa bila seorang isteri yang mengedik pergi reunion tanpa membawa husband di sisi bertemu dengan seorang bujang yang sedang dalam alam bunga2 chenta, perangai gile mereka memang tak mampu kau kawal.
Berebut tak mahu tidur di tengah2?
Tak mahu ke toilet sebab tak mahu tempat tidur akan dirampas?
Golek2 guling atas badan masing2?
Owh..... 9 tahun tak cukup lama untuk berubah rupanya. Haih~~

Isnin, aku pergi kerja walau pun asalnya aku mahu bercuti menyambung sesi gedik2 di rumah.
Malangnya, akibat breakdown yang baru berlaku tempohari aku terpaksa juga datang ke pejabat bagi menghadap sesi post mortem breakdown.
Aku tinggalkan dua sahabat baik yang mereng itu di rumah.
Tak lama lepas tu Wani pula call, kata mahu ke rumah aku.
Temankan Ian dan Zack.
Lagilah tak keruan aku dibuatnya.
Mana boleh sambung sesi gelenyar tanpa kehadiran aku yang hot neh di rumah sewa aku??
Owh dem!

Malam, aku ngan Zack hantar Ian ke stesen bas.
Siap kena marah dengan pakcik bas yang sungguh emo.
Katanya, 'Kalau tak habis cerita lagi balik esok je lah!'
Uishh, marah benar bunyiknya. Dah lah kau yang sampai lambat. Marah2 plak!
Ian sms aku, dia syak pakcik tu datang bulan.
Aku reply sms Ian, "Dia bukan datang bulan, dia datang lambat!" He3....

Pagi tadi aku ke Putrajaya Sentral pula.
Hantar Zack balik Terengganu.
Pagi2 buta dah keluar rumah.
Hari keje pun aku tak keluar awal macam tu tau... Hahahah.
Ceh, hari ni pun kena sound dengan pakcik bas.
Masa sesi nak salam2 sebelum berpisah tu pakcik bas sound, "Dah naik2 cepat!"
Ha3! Zack kata bukan memang dari zaman Matriks dulu kitorang selalu kena marah depan bas sebab tak habis2 bercerita depan pintu bas padahal bas dah nak jalan sangat da.
Ya, sekali lagi aku tegaskan di sini.
Ada perkara yang memang payah nak ubah walau dah 9 tahun berlalu!

Sekali lagi, aku tujukan jutaan terima kasih untuk kalian.
Korang memang rawk!
:) :)

30 November 2010

Orang tua2 kata kalau suka jangan suka sangat.....

Belum pukul 0700 pagi aku dapat escalation pasal breakdown.
Tengokkan dari sms tu, macam dah boleh hagak je equipment hakku yang breakdown.
Memandangkan site yang down ni adalah antara site yang aku paling jaki nak pergi dan troubleshoot, aku plan nak call semua team aku.
Pakat soh off handphone. Biar mengelabah semua orang kali ni.
Pagi2 aku dah berniat keji.
Malangnya, belum sempat aku buat apa2 AGM aku dah call.
Haiseh, ni boss besar.
Mana boleh ingkar.


Nak dijadikan cerita berkampung lah kami satu team kat TTDI pagi ni.
Satu lagi team dok troubleshooting dari Ibusawat Duta.
Sejak akhir2 ni asyik berulang ke situ je kami.
Haih.....


Boss sorang demi sorang call.
Team yang update escalation pun call.
Orang site kat Duta pun call.
Dapat jugak call dari ntah sapentah tanya pasal site survey circuit baru di Cyberjaya yang mana patut team aku buat hari ni.
Dah nak site survey mendenye...... Dah terpongkes layan troubleshooting ramai2 kat TTDI.


Esok site survey equipmnet baru kat Subang HiTech pulak.
Khamis Site survey jugak link baru kat KL.
Hadoi....
Hari2 site survey.
Jangan tiap kali ada site survey kena attend breakdown sudahlah.


Tu lah, semalam seronok sangat, hari ni kan daa.........




-End-

29 November 2010

Kawan2.

Jumaat lepas tiba2 teringat nak call bestfriend masa kat U dulu, Jannah.
Tanya dia bila tarikh sebenar hari bahagia dia.
Uish, mana boleh tak pergi.... Kata BFF~~

Lepas telefon Jannah, msg pulak Cik Ian, Kawan baik masa kat Matrik dulu.
Tak lama pastu dia plak call aku.
Bagitau planning untuk hujung minggu tu nanti.
Wah2 tak sabar sungguh makcik nak menggelelenyar.....

Masa nak balik dari Duta ke rumah, sempat aku msg Kak Su.
Tanya plan pasal nak pergi ke rumah Jannah.
Wargh, bukan main seronok lagi dia.
Ayat2 tak sabar dia bagi dalam sms2 ke aku.

Pagi tadi, masa aku tengah santai2 buat testing dengan vendor, kawan aku Ruhma pulak call.
Ruhma juga adalah antara kawan baik aku masa kat U dulu.
Dia call nak tanya adakah aku akan hadiri majlis kenduri rumah Jannah nanti.
Malam, kami sambung ber-sms pula.
Wah2.... sakan betul aku lately ni.

Bulan ni tentu akan jadi bulan paling seronok untuk aku.
Hujung minggu ni aku bakal join reunion rakan2 Heksasianoferat yang dianjur dengan jayanya (harap2 lah!) di rumah Dina dengan diaturkan oleh Kapten Ian.
2 minggu lepas tu aku akan ke Melaka untuk majlis Jannah dan melepak dengan member2 U yang lain.
Terus aku sambung bercuti ke rumah dan sambung cuti sampai Krismas dengan bestfen2 terbaik. Sape lagi kalau bukan family aku~~ :) :)
Dan penutup tahun 2010, aku lengkapkan aktiviti tahunan dengan ke PD bersama opismet2 aku untuk menghabiskan cuti tahunan yang masih berbaki.
Sakan bukan?
YA! Dan aku sangat teruja sepanjang hari sampai asyik menyengih2 sorang2 lately ni.

Owh, saya sangat teruja!

27 November 2010

M.A.H.A

Orangnya.....

Hmmmm,

memang
.
.
.
.
MAHA

RAMAI!


:(

24 November 2010

Toggle.

Tengahari semalam masa kat tempat training, aku asyik bersin2 dan batuk2.
Member2 lain cadangkan aku ke klinik.
Teruk sangat gayanya. Lagi pula aku syak kosentrasi diorang terganggu disebabkan aku.
Lepas lunch aku ke klinik berdekatan.
Mujurlah Cyberjaya sekarang dah ada klinik, panel pulak tuh.
Hidung dah sumbat, suara dah sengau2 ayam, tekak dah hilang nikmat rasa, telinga pulak haih...dah pekak2 badak jadiknya.

Doktor tanya "Nak MC?" aku dengan jujurnya tanya balik pada doktor, "Kalau saya nak MC esok boleh?"
Doktor kata tak boleh.
"Kalau nak MC esok, patutnya datang esok". Kata doktor.
Aku katakan padanya, "Kalau macam tu tak payah. Saya training dah separuh hari, rugi kalau saya MC hari ni."
Dek mungkin kerana aku kelihatan sangat tulus kudus menjawab seperti itu ldengan keadaan aku macam ayam kena malaria, lalu doktor pun berkata,
"Jangan risau, doktor bagi 3 jam rest hari ni. So, doktor boleh bagi MC juga untuk esok."
Owh, takke kedengaran sweet bila doktor membahasakan dirinya sebagai doktor dan bukan saya atau I seperti yang selalu2nya? :)
Bertuah sungguh.
Asal tujuan cuma nak mintak ubat.
Last2 dapat rest dan MC sekaligus. Alhamdulillah.......

Balik dari klinik, aku terus balik pejabat.
Aku call membe yang pegi training supaya simpankan buku2 aku dan bawakan pulang ke pejabat nanti bila habis trainingnya.
Tempat training dengan pejabat tak jauh. Dekat dalam Cyberjaya jugak.


Sampai pejabat, aku terus ke pantry.
Nak makan ubat.
Tak tahan sangat dengan batuk yang terkokol-kokol itu.
Aku makan semua2 ubat.
Hah, puas hati!


Pukul 6 petang aku bergegas drive balik rumah.
Mata aku sangatlah mengantuk yang amat.
Segera aku lenakan diri lepas solat Maghrib.
Belum sempurna lelap, membe opis call. Tanya keadaan aku.
Wah, ajak borak2 segala.
Last2 mata yang mengantuk jadi segar semula.
Lepas Isya' aku cari semula bungkusan ubat2 yang aku dapat dari klinik.
Masa tu lah aku perasan ada dua botol ubat batuk.
Hmm, apsal sampai dua ek? Bukan ubat batuk ni kategori ubat kawalan ker?

Belek2 rupanya satu botol je ubat batuk.
Sebotol lagi adalah ubat.....kumur!
Ya, UBAT KUMUR! Untuk sakit tekak..
Dan aku dengan penuh bangangnya telan satu penutup penuh siang tadi masa kat opis sebab dah teruk sangat sampai tak boleh nak pikir kenapa ada sampai 2 botol ubat batuk.
Dem!

Syukurlah tak berlaku apape yang buruk siang tu~~

Oleh kerana dapat MC hari ni maka aku dengan riang ria kenari tanpa rasa bersalah keluar membeli belah sedikit keperluan di Jusco berhampiran rumah.
Masa nak keluar aku perasan aku TERpakai jam tangan di sebelah kiri manakala gelang di tangan kanan.
Masa jalan2 dalam Jusco 2 kali aku TERpandang tangan kiri aku untuk tengok jam padahal aku dah pakai semula jam di tangan kanan dan memang selama ini aku pakainya di situ.
Aku syak ini adalah sebab aku TERminum ubat kumur semalam.

Sakit, memang sungguh tak macho.
Tapi berada dalam keadaan tak sihat hanya untuk satu hari, aku rasa ok.
Sekurang2nya aku dapat tidur lebih dari hari2 yang biasa......;p

21 November 2010

Hitam.


Tiba2 hakku terlibat dalam konflik rumah tangga orang.
Huhuhu.....
Bukan...bukan...bukan hakku orang ketiganya.
Woo~~ selisih mintak jauuuuhhhhhhhh!
Tiba2 hakku dijadikan sebagai pemberi maklumat kepada isteri orang tersebut.
Kerana menurut sang isteri hanya hakku sahaja lah makluk yang dikenalinya untuk mendapatkan kebenaran.
Manakala suami nya berusaha menyuruh hakku menutup mulut dan katakan sahaja tidak tahu menahu apa2.
Yang mana sebenarnya sumpah hakku memang tak pernah tahu kes2 skandel-mendel apekah yang sedang berlaku.
Jadi pada siapa hakku harus berpihak????


Owh.
Aper patut hakku buat ni hah??
Benarkah minah yang hakku tahu itu adalah mawar berduri dalam rumahtangga si polan dan polanah??

Hakku serba salah ni wey.
Walau hakku bukan si mawar berduri itu tapi hakku tak mau jadik racun perosak yang terus bunuh semua orang dalam konflik yang hakku tak tahu menahu pokok pangkalnya.

Tolong.

Lepaskan hakku.

Putih.


Rasanya baru lagi saya bersihkan laman.


Belum sempat rumput nak tumbuh


Dah ada orang berani2 cuba tabur benih cinta di laman hati saya.



*Haih~~*

17 November 2010

Pelangi.



Cuti panjang.
Apalagi yang paling seronok untuk orang macam aku ni.
Cuti tahunan masih berbaki 20 hari sejak aku cuti panjang yang lalu.
Dengan hanya tinggal 2 bulan lagi untuk tahun ni, haruslah aku habiskan segera cuti2 yang ada.
Maksimum aku boleh bawa baki ke tahun hadapan ialah 13 hari.
Tsk..tsk..tsk..... *geleng kepala*
Rugi mak kalau tak di manfaatkan nyah!

Keriangan adalah berganda untuk cuti kali ini.
Selain pulang dengan hati yang berbunga2 bersemangat baru, agenda baru, azam baru dan kekasih baru (apekah? apekah?! ;p) kali ini aku dapat bercuti panjang kat rumah menyambut Raya Qurban di JB setelah tahun lepas kami menyambutnya di kampung.
Walaupun sedikit terkilan tahun ni masjid tempat kami tak buat sebarang acara Qurban (bukan di sebabkan tiada yang mahu memberi sumbangan tetapi masjid kami masih lagi dalam pembinaan untuk dibuat baru) namun meriah nya tetap ada.

Mak mahu buat ketupat dan soto saja untuk pagi raya.
Jadinya aku dengan semangat menganyam ketupat yang mana tiap kalinya mak harus mengulang tayang pada aku step2 menganyam untuk me'refresh' semula ingatan yang telah hilang memandangkan menganyam ketupat adalah aktiviti setahun 2 kali sahaja.
Adik bongsu mahu rendang ayam, maka mak buatkan sedikit rendang untuk memenuhi seleranya.
Aku potong buah nenas kecil2, untuk dibuat air.
Adik perempuan tolong cairkan coklat di atas dapur. Untuk buat 3 resepi dengan satu perasa.
Kek coklat, kek batik dan juga biskut almond london.
Aper ingat raya puasa je ader biskut raya??
Malam raya mak sempat masak sambal udang dan puding kastad.

Memandangkan tahun ni jemaah perempuan tidak digalakkan bersolat AidulAdha di surau sementara kerana kekangan ruang, maka kami bertiga duduk di rumah sahaja mendengar takbir di tivi.
Lepas solat sunat, acara bertukar menu pun bermula. Saat yang dinanti-nantikan~~
Tak cukup dengan ketupat, soto, rendang ayam, sambal udang, kek coklat, puding kastad dan air nenas yang sungguh memenuhi ruang perut, kami dapat lauk pauk lain dari jiran sebelah menyebelah.
Ada nasi impit, kari ayam, ada rendang daging serta sayuran kubis dan lobak, ada agar2 berbagai jenis, ada nasi beriani, dan ayam masak kurma', ada acar buah, juga sambal udang masak petai dan terung.
Pergh pergh pergh perghh.........!
Seminggu macam ni confirm naik 3 kilo!

Apalagi yang lebih seronok dari dapat makan bersama2 kelurga di hari bahagia.....
Dan ketika cuti panjang, jauh dari gangguan kerja dan deringan yang menyakitkan telinga?
Syukur padamu Ya Allah, atas nikmat rezki yang masih ada sehingga ke hari ini.
Semoga kami sentiasa menjadi hambaMu yang bersyukur dan selalu berbahagi rezki dan nikmatMu.


Amin.


08 November 2010

Ungu.

*Masih dalam draft*