23 March 2009

!@#$%^&*(!!!!!

Tolong lah............!!
Tolong berhenti buat aku macam KULI BATAK kau.
Dari sebesar2 hal, sampai sekecil2 kerja.
Ingat aku makan gaji, kau yang bagi???!!!
Pegi MAM.....

19 March 2009

Bila semua orang di pejabat berlumba-lumba ambil cuti ketika musim cuti sekolah.

Bila baca blog Sab pagi2, aku rasa nak menganjing dia bila dia kata dia takde kerja hari ni.
Siapa sangka aku pun keras kebuntuan hari ni.
Office sangat sunyi dan bosan.
Nak tunjuk rajin pun takde semangat.
Hadoilah!

Apa nak buat sekarang neh?!





Aku sungguh takde kerja ni.......... :(

190309 - 1602 pm

Boyzone - Everyday I Love You

Cyberjaya

Kempen mari selamatkan bumi.


Kesannya mungkin tak sebesar mana, tapi aku harap ia memberi makna.



* Kalau ikut kalendar Islam, 28 March 2009 adalah bersamaan 1 Rabiulakhir 1430H. Ini bermakna malam itu bulan tiada. Kalau betul semua orang 'peduli', malam itu Malaysia akan jadi SANGAT gelap...........

17 March 2009

Bangun wey...Bangun!! Nak tidoo balik rumah laaa!!

Aku ada seorang staff yang SANGAT KUAT TIDUR di pejabat.
Maksud aku bukan yang tidur bila kau rasa letih bekerja. Bukan tidur yang melelapkan mata seminit dua.
Maksud aku orang yang TIDURRRRRRZZZZZzzzz hari2 di pejabat.
Sambil pegang mouse pun dia akan tidur.
Pagi, tengahari atau pun petang.
Ia tiada had waktu untuk dia tidur.
Kadang2 aku sengaja lalu lalang di meja dia untuk kejutkan dia dengan bunyi langkah aku.
Kadang2 aku sengaja telefon dari meja aku untuk minta itu ini. Padahal aku boleh email atau terus saja ke mejanya. Semata2 tak nak dia terus lelap. Salah ke?

Atau kau ada idea lain?

16 March 2009

Bila nenek kata...... Uiissshh, kau jangan berani2 tegur!

Kalau kau jumpa aku, jangan terkejut kalau aku kelihatan lebih gelap dari biasa.
Ia adalah akibat rutin kerja yang tak menentu sekarang. Tepi jalan dah jadi pejabat kedua aku.
Kau boleh tegur kalau kau mahu. Aku tak pernah kisah dengan warna kulit aku. Sebab tahu, aku tetap hot dalam apa jua warna... Muahahaha!
Asal tak berwarna pelik macam warna ungu, biru, magenta, turquoise atau warna pelangi sudahlah. Lagi pula aku tahu, lambat laun aku akan kembali ke warna asal.
Tapi tolong jangan kata aku semakin kurus lagi. Sebab aku tak mampu transform ke bentuk yang lain.
Tau tak aku benci gila perkataan tu?
Aku dengar perkataan kurus sejak aku faham apa yang orang cakap lagi. Zaman gigi susu tak habis tumbuh lagi.

Aku bukan kurus. Aku cuma kecil.
Tahu apa maksud kurus?
Orang yang punya berat badan kurang dari yang sepatutnya.
Tahu tak ada orang kurus yang punya tapak kaki yang menjalar?
Itu maksudnya orang tinggi yang tak cukup berat dan ya, dia kurus.
Aku bukan kurus. Aku cuma kecil. Kepala aku kecil, jari2 aku kecil.
Dan tapak kaki aku juga kecil. Cuma saiz budak.
Jadi kalau kau kata aku kurus, itu salah.
Sebab katakan berat aku lebih dari keadaan aku sekarang, kaki aku mesti menangis sebab tak mampu tampung berat badan aku. Kesian kat dia.... Dah lah sangat susah nak cari kasut yang sesuai untuk dia.
Atau kau boleh tengok aku jadi perempuan yang macam spongebob, badan kembang tapi tangan dan jari kecil.
Jadi berat yang aku ada ini seadanya yang patut ada.
Aku sampai pergi timbang kat penimbang yang bunyi2 di pasaraya tu. Dia cakap.... "U r normal".
Kalau dia cakap aku tak normal, aku sepak2 mesin tu. Betul2 jadi tak normal aku nanti.
Okay, mungkin cuma perlu tambah 2-3 kilogram lagi untuk nampak ideal. Kasi nampak chubby sikit. Dan percayalah, aku berusaha sebolehnya untuk itu.

Apsal aku tiba2 tulis entry pasal kurus ni?
Sebab ada membe aku tegur aku kurus.
Waaaahhh, rasa nak melenting je!
Dah berminggu tiada orang tegur hal yang aku tak berapa nak gemar tu.
Tambahan pula kebelakangan ni nafsu makan mencanak2.
Siang malam mengunyah saja.
Perut pun dah nampak tanda macam dah naik2 lemak.
Untuk orang kurus, opps.... kecil macam aku memang kau tak nampak. Tapi percayalah, ia jua boleh ada.
Owhh, nak kena buat sit up lepas ni. Barulah boleh maintain perut Fergie macam ni....Pergh, ayat tak nak kalah dowh!


160309 : 2340 pm
Flogging Molly - If I Ever Leave This World Alive
Sri Kembangan

Kau ambil dia dari aku, aku ambil ini dari kau!

Kebelakangan ni rambut aku macam tak bermaya je.
Rosak, dan selalu gugur.
Kalau pandang bawah lampu, warnanya keperang-perangan, macam aku inai rambut saja.
Tak cantik untuk kulit pucat aku dan aku tak suka.
Aku selalu impikan rambut yang hitam pekat. Warna rambut orang Asia.
Aku bercadang mahu potong saja rambut.
Aku tak pernah berambut panjang pun. Paling panjang pun lebih sikit dari paras bahu.
Rambut pendek lebih mudah diurus.
Tambahan rambut aku halus dan nipis. Mudah putus.
Lagipun ia lebih sesuai dengan muka aku yang kecil comel ni.... Owh!
Walaupun bertudung, aku juga impikan punya rambut yang cantik bak selebriti.
Semua orang mahu cantik kan? :)
Aku belek2 majalah. Aku surf2 internet. Nak fesyen macam mana ya?
Okay, akhirnya aku jumpa potongan yang aku mahu.

Walaupun aku masih benci dia kerana mengambil jejaka pendek pujaan hati aku satu ketika dulu, aku harus akui dia kelihatan hot dengan fesyen rambut ini. Kau ambil dia dari aku, aku ambil ini dari kau...... Dan mungkin aku akan nampak lebih hot dari kau! ;p



160309 : 2227 pm

Estranged - Aurora

Sri Kembangan

Kisah misteri di surau pejabat aku.

Hal ni baru saja terjadi.
Masa tu aku sedang ambil wuduk untuk Solat Asar.
Aku kumur2.
Aku terbau sesuatu yang wangi.
Aku angkat kepala, pandang sekeliling. Tiada siapa dengan aku di tempat wuduk.
Mencari sabun, pencuci muka atau apa saja yang mungkin menyumbang pada bau tersebut.
Takde apa pun.
Aku kumur2 sekali lagi.
Masih aku terbau wangi.
Aku toleh belakang, manalah tahu ada gadis yang berbau harum masuk tanpa aku perasan.
Aku berkumur buat kali ketiga. Masih berbau walaupun tak seharum yang pertama.
Eh, tak boleh jadi ni!
Dalam surau bersama aku ada lagi 2 orang rakan pejabat. Tak siapa pun menegur apa2.
Aku buangkan saja fikiran jahat dalam kepala. Bertenang.....Bertenang.....
Aku basuh muka. Bau tadi masih ada.
Hmmm, macam aku kenal aja bau ni..... Tapi di mana ya?
Ohh ya, baru aku ingat. Akibat dari kecuaian sendiri aku terlebih picit botol krim tangan. Biasanya aku hanya sapu pada tapak dan belakang tangan. Tapi hari ini aku sapu sampai ke siku.
Padanlah aku terbau wangi tadi.
Rupanya datang dari krim tangan sendiri.
Hapedah!

10 March 2009

Bersama kita merungkai permasalahan ini....... Cewah!!

Kebelakangan ni, aku asyik terbaca tentang pendatang tanpa izin.
Pekerja mati di tempat kerja, kes pembunuhan, isu permit dan pelbagai.
Minggu lepas, Mazidul Akmal buat pendedahan dalam 360 tentang pendatang Bangladesh yang terkandas bawah jambatan berdekatan LRT Damai. Haha, aku dah macam peminat setia Mazidul pulak kebelakangan ni.
Aku tak sempat tengok sebab masa tu aku sedang berbahagia ke bulan. Terlalu penat.
Sayang sekali aku terlepas.
Beberapa hari selepas pendedahan di buat, pendatang2 ini diserbu dan di bawa ke pusat tahanan.
Apalah nasib mereka. Malang bertimpa2.
Kita pula berbangga, dapat tangkap begitu ramai pendatang asing. Betapa bersungguh2nya kita dalam menangani lambakan PATI ini.
Bukankah tu lambang kelemahan kita sendiri. Sibuk mencanang berjaya mengubati, sedangkan sepatutnya kita mencegah penyakit ini sebelum merebak.
Undang2 kita cukup, semua ada. Rangkum semua. Itu dan ini. Perlaksanaan zero.
Tepuk dada tanya selera.

Kita, sebagai rakyat negara yang 'aman' selalu pandang serong pada golongan ni.
Tak kira lah Bangladesh, Indon, Nepal, Myanmar, India, China atau dari mana saja.
Kes bunuh, kes samun, kes pelacuran, kes curi, kes seludup dadah, kes pecah rumah, kes rogol dan banyak lagi.
Tu semua kerja depa.
Tapi tak bermaksud rakyat kita sendiri tak buat perkara2 jenayah atau masalah2 sosial lain.
Aku tak pernah dengar kes mat rempit yang langgar lari polis di buat oleh pendatang asing.
Kes2 buli di sekolah sehingga maut juga bukan orang lain yang buat.
Kes sumbang mahram, kes amuk, kes gantung diri bila frust bercinta....
Itu juga kelakuan anak Malaysia kita. Bangsa yang kita bangga2 kan sangat.

Bila ada kemalangan, pembunuhan atau kejadian2 yang tak diingini... Pernah tak ayat ni terkeluar dari mulut kita?
"Nasib baik yang mati tu Bangla..... Indon mati, mesti Indon jugak yang bunuh.... bla..bla..bla..."
Apa ada bezakah nilai nyawa kita dengan mereka?
Aku tak kata orang lain. Aku cuma ingatkan diri sendiri.

Tipu lah kalau aku kata aku suka tengok mereka ramai2 di sini.
Sejak mereka berduyun2 datang ke sini, berapa banyak kes jenayah yang berlaku?
Sesetengahnya samseng. Buat kacau. Tunjuk bangsat. Kita rasa tak selamat dengan kehadiran mereka.
Asal hujung minggu, di KLCC, pasar seni, masjid jamek malah dalam LRT pun bersepah muka2 asing ni. Pelbagai rupa, pelbagai gaya, pelbagai bahasa dan pelbagai bau........
Seolah2 kitalah yang asing sebenarnya.
Melepak beramai2, buat kita rasa terganggu. Tak tenteram. Rasa curiga.
Di stesen minyak mereka, di Mekdi dan Ke-ef-ci mereka, di kilang2 juga mereka.
Patutlah ramai rakyat kita yang menganggur.

Kadang2, bila lalu tapak pembinaan pernah tak kita terfikir...
Tanpa mereka yang berpanas terik memerah keringat sambil berdepan 1001 risiko, mampukah kita berbangga pada dunia luar dengan bangunan2 pencakar langit yang kita ada?
Kita terlupa jasa mereka.
Rakyat kita tak mampu buat semua tu. Sebab status kita terlalu tinggi. Apa kelas kerja sebegitu? Ye tak?
Macam tengahari tadi, dalam perjalanan aku dari tempat testing ke pejabat aku nampak seorang lelaki.
Muka ala2 Bangla. Tengah potong hujung2 pokok di tepi jalan.
Bayangkanlah bawah panas terik yang menyengat kulit.
Drive dalam kereta berhawa dingin pun tak mampu nak bagi rasa nyaman.
Entah macam mana lah mereka ni bekerja. Hari2.
Tepi jalan. Berhabuk. Malah bahaya juga.
Panas. Kadangkala hujan. Jerebu sesekali.
Dengan gaji yang tak seberapa.
Aduhai.

Kita memang tak pernah menghargai apa yang kita ada kan?
Kita punya gaji besar, rumah besar, kereta mewah, pejabat yang cantik, kerja yang bagus, keluarga yang bahagia. Tapi selalu saja merungut kekurangan.
Ada orang sangat susah mengejar kesenangan.
Bersusah payah menyorok meredah laut dan hutan. Tinggal di rumah kotak. Bawah jambatan. Di rumah tinggal.
Di bumi asing.
Berhempas pulas mencari rezeki yang tak sebanyak mana.
Untuk menampung diri sendiri entah lepas entah tidak.
Berkongsi pula hasil dengan anak isteri yang jauh.

Abah aku cakap, tak semua yang datang ke sini tiada pelajaran.
Ada Bangla di kawasan kejiranan kami yang punya ijazah dalam bidang perubatan.
Sepatutnya tempatnya di hospital, di klinik. Dengan kerja yang bergaya. Beruniform putih. Berdamping dengan cik2 misi yang manis2. Gaji yang berbukit tingginya. Malangnya di negara asal tak dapat menjanjikan semua tu. Merempatlah menumpang senang di bumi bertuah kita.
Ya, kita 'bertuah' kan?
Tapi Bangla ni baik. Takde rumah. Tinggal menetap di masjid sahaja. Di luar masjid.
Tak ganggu orang. Malah selalu turut serta dalam aktiviti keagamaan yang masjid anjurkan.
Ringan tulang dan ramah berbahasa melayu pelat.

Masa kami renovate rumah dulu pun, pekerja Indon yang buat. Dua beradik.
Kerjanya elok. Hasilnya bagus. Takde curi2 tulang. Tak pernah ganggu kami anak beranak.
Bila ada kebocoran atau tertanggal sana sini, kami panggil dia betulkan.
Tak pernah letak upah, katanya ikut seikhlas hati nak beri berapa.
Padanya, mengupah sudah cukup baik. Bermaksud ada rezeki lebih.
Orang susah lebih menghargai biarpun pada perkara2 yang kecil.

Aku tak kata kita harus menyokong kedatangan mereka. Aku tak suruh kau sambut dengan kompang dan kalungan bunga di leher.
Andai mereka salah, hukumlah selayaknya.
Tapi kalu tidak, berilah mereka kesempatan untuk memperbaiki hidup yang menghimpit.
Beri mereka sedikit ruang. Lihat dari sudut pandangan kemanusiaan kita. Andai begitulah nasib kita, bagaimana rasanya?

Kita sama2 menumpang di bumi Tuhan.
Rezeki juga Tuhan yang beri. Berbagilah.


110309 : 0012 am
VE - Tak Mengapa
Sri Kembangan

G.U.A

Tuhan,
Dunia di luar itu rupanya tidak cukup besar untuk menyembunyikan aku dari pandangan matanya.
Berilah aku satu gua yang sempit untuk aku lari dari padanya.
Kerana gua itu dingin, sepi, gelap dan sendiri.
Kerana itu lah aku.

-End-

07 March 2009

You Belong With Me

You're on the phone
With your girlfriend
She's upset
She's going off about something that you said
She doesn't get your humor
Like I do

I'm in my room
It's a typical tuesday night
I'm listening to the kind of music she doesn't like
She'll never know your story
Like I do

But she wears short skirts
I wear t-shirts
She's cheer captain
And i'm on the bleachers
Dreaming about the day
When you wake up and find
That what you're looking for
Has been here the whole time

If you could see
That i'm the one
Who understands you
Been here all along
So why can't you see
You belong with me
You belong with me.

Walking the streets
With you and your worn out jeans
I can't help thinking
This is how it ought to be
Laughing on a park bench
Thinking to myself
Hey, isn't this easy?

And you've got a smile
That could light up this whole town
I haven't seen it in awhile
Since she brought you down
You say you're fine
I know you better than that
Hey what ya doing
With a girl like that

She wears high heels
I wear sneakers
She's cheer captain
I'm on the bleachers
Dreaming about the day
When you wake up and find
That what you're looking for
Has been here the whole time

If you could see
That i'm the one
Who understands you
Been here all along
So why can't you see
You belong with me
Standing by and waiting at your backdoor
All this time
How could you not know
Baby, You belong with me
You belong with me.

Oh, I remember
You driving to my house
In the middle of the night
I'm the one who makes you laugh
When you know you're about to cry
And I know your favorite songs
And you tell me about your dreams
Think I know where you belong
Think I know it's with me

Can't you see
That i'm the one
Who understands
Been here all along
So why can't you see?
You belong with me.

Have you ever thought
Just maybe
You belong with me?
0703009 : 1221 am
Taylor Swift