Akhirnya, setelah 5 hari tersadai di negeri2 pantai timur dapat jugak aku jejakkan kaki ke rumah terchenta.....
Yeah, rumah ku sorga ku!
hmmmm huuuuuhhhhh
hmmmm huuuuuhhhhh
*hembus napas dalam2, pastu lepas.....*
Aku rindukan kau bilik!
Aku rindukan kau katil!
Aku rindukan kau bantal!
Walaupun dah 4 malam aku layan tido kat hotel dengan katil besar siap bercomforter bagai, sejuk nyaman aircond, mana boleh lawan layan lena dengan kalian!
*kiss kisss*
Serba sedikit tentang apa yang berlaku kat aku beberapa hari ni.
19/05/2010
Sejak dapat call dari orang Terengganu pagi semalam, aku pergi kerja hari ini dengan dah siap2 pack baju untuk ke sana.
In case kalau orang sana call, rayu kami ke sana lagi hari ni aku dah siap sedia dengan pakaian untuk dua hari dua malam.
Pukul 10 pagi aku dengan brother apek terus bergegas ke Felda Jerangau after buat pertimbangan. Sepatutnya kami bergerak dari semalam lagi, tapi sebab aku macam teragak2 so aku buat janji paling cepat kitorang boleh bertolak adalah hari ini.
Dalam buat keputusan, abah aku selalu pesan.... Kalau teragak2 baik jangan buat.
Sebab tu lah ye kawan2, kenapa aku tak kawen lagi..... *aper kaitan ntah??!!*
Kitorang sampai sana lebih kurang pukul 3-4 petang.
Dengan ditemani 3 orang di site, kitorang tak berlengah2 terus buat kerja sampai pukul 7 malam.
Kami berhenti untuk makan malam dan solat Maghrib sebelum check in di Hotel UITM Dungun untuk malam itu.
20/05/2010
Pagi, kitorang bergerak semula ke Felda Jerangau.
Sampai pukul 4 petang, circuit masih tak up.
Risau tak payah cakaplah..... Dah lah kitorang datang tak bawak spare. Ilmu di dada pun ibarat budak tadika masuk sekolah. Haram tak de basic. Ini kali pertama kitorang attend breakdown untuk system dan brand dari Isreal ni.
Dalam buntu, kitorang cari bantuan dari orang2 site lain.
Setelah susah payah mencari, akhirnya dapat tahu orang di site Bentong ada cd untuk software system ni.
Alhamdulillah....
Kebetulan yang terindah, orang Bentong sedang bermesyuarat di Kuantan hari ini.
Jadi, tak perlu susah payah ke Bentong, kitorang janji nak pinjam laptopnya dulu dan ambil hari ni jugak kat Kuantan.
6 petang, aku pecut kereta dari Jerangau ke Kuantan.
Kusss semangat!
Macam ni rupanya orang2 pantai timur travel malam2....
Dasat....dasat.....
Selamba ayam je lori potong lori kat double line, dekat selekoh maut, kat jalan yang tak berapa luas dan berlampu tu!
Korang memang tak sayang nyawa!
Sampai kat Kuantan kitorang pegi makan dulu.
Alahai, tak sangka, boleh jumpa membe2 seopis kat tengah pekan Kuantan. Siap layan makan ikan bakar ramai2!
Lepas makan kitorang teruskan misi yang belum selesai.
Kitorang ke Ibusawat Alor Akar, test software. Maklumlah, equipment lama, jarang down pulak tu..... Takut2 software dah korup.
Sampai 0100 pagi, kami masih gigih (dan gigil kesejukan!) belajar meng'access' dan meng'explore' software tersebut.
Suksess!
Kitorang check in di Seri Malaysia Kuantan pagi tu.....
*and sori Dina.... aku sangat penat malam tuh!*
21/05/2010
Pagi2 dengan mata rabak dan badan yang letih kitorang berdua bergegas balik ke Felda Jerangau.
Jalan agak lenggang memandangkan Terengganu bercuti pada hari Jumaat.
Kami call vendor untuk backup hari ini.
Lepas Jumaat vendor sampai dengan tanpa spare juga.
Alahai, kecewa bukan main lagi.
Tapi, dapatlah juga belajar serba sedikit ilmu troubleshooting yang tak habis kitorang belajar selama beberapa jam semalam.
Alhamdulillah, lebih kurang pukul 5~6 petang equipment dah up.
Kami semua bersiap bungkus balik dengan hati senang.......
Sekali lagi, sebab tak nak rushing2 (memandangkan esok Sabtu, cuti.... ) kitorang check in sekali lagi di Hotel UITM Dungun.
Siap aku belanja brother apek makan ikan bakar tepi pantai lagi.
Konon2 sempena meraikan kejayaan kami selama 3 hari ni.
22/05/2010
Pagi2, masa nak check out hotel aku dapat perkhabaran burok dari brother apek.
Katernyer, eqmt tu down semuala semalam.
Orang site pagi2 dah call dia minta jangan pulang ke KL dulu.
Alang2 dah datang jauh macam ni, takkan lah kitorang nak balik dengan misi yang tak selesai.
Dari Dungun, kitorang bergegas ke Felda Jerangau semula.
Dah macam kampung sendiri gamaknya. Ulang-alik.
Buntu dengan keadaan, kitorang call membe opis.
Minta tolong carikkan kad2 spare di opis kalau ader.
Maklumlah, masa pergi hari tu memang takde dalam pengetahuan kitorang macam manakah equipment ni punya rupa.
Kitorang guide membe, beritahu nama2 kad yang patut dicari dalam store.
Alhamdulillah... ada!
Kitorang janji bertemu di Kuantan untuk ambil spare.
Kuantan boleh dikata titik tengah antara Cyber dan Jerangau.
Kali ni, pukul 4 petang kitorang dah gerak ke Kuantan.
Serik nak drive dengan driver2 lori yang kamikaze, kitorang diuji dengan hujan lebat sepanjang jalan ke Kuantan.
Allahuakbar! Hebat dugaan kali ni....
Dengan tak lunch lagi, kami makan cikedis2 je sepanjang jalan.
Kepala otak masing2 dah mereng. Stress campur letih. Kitorang layan karaoke berdua dalam kereta.
Kami tunggu sahabat berjasa sampai hantar kad di hentian rehat Gambang.
Sebab tak mahu paksa badan bekerja diluar kemampuan, kitorang pakat untuk sekali lagi stay di Hotel Seri Malaysia Kuantan.
Huuhhh..... hari yang panjang............!
23/05/2010
Hari minggu.
Sepatutnya hari bermalas2 di rumah.
Kini kitorang sedang bergegas kembali ke Felda Jerangau dengan tekad yang bulat. Harus berjaya hari ini!
Walau letih dan rasa busuk (sebab dah pakai baju recycle!) aku gigih gagah kan hati dan diri untuk terus berjuang... Chayok!!
Dan, setelah pelbagai usaha.... Dengan kitorang berdua dah tergolek, terlentang, terlungkup, bersila, bersimpuh, menyangkung, mengiring...... Akhirnya berjaya!
Alhamdulillah..... Belum pernah Dia kecewakan dalam setiap apa yang aku minta.....
Sujud syukur ya Allah!
Lebih kurang pukul 1500 petang kitorang bergerak pulang.
Kitorang sampai di Cyber hampir pukul 2100 malam.
Lepas solat kat opis aku dengan tak berlengah2 terus balik rumah.
Lepas mandi, terus dumm!
*Shutdown~~*
23 May 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment