05 May 2010

(~__~)

Dalam hidup ni, kita takkan selalu dapat apa yang kita mahukan.
Manusia takde yang sempurna, maka banyaklah perkara yang dimahukan sebab manusia memang takkan puas dengan apa yang dah sedia ada.
Ada orang punya motor, selalu berharap2 satu hari akan punya kereta.
Untuk yang sudah punya kereta, selalu berharap untuk punya kereta yang lebih besar dan mewah.
Mahu itu, juga mahu ini.

Saya juga punya banyak kemahuan.
Banyak cita dan harapan.
Tapi saya percaya konsep rezeki yang Tuhan berikan.
Saya mencuba untuk tidak mengeluh.
Mencuba melihat dari sudut, rezeki bukan hanya pada wang ringgit dan materi.
Ia juga ada pada kesenangan hati, kesihatan tubuh badan, masa lapang, keluarga dan teman2 juga manusia di sekeliling saya.
Sehingga kini saya masih mencuba. Ya, mencuba.

Mungkin selama ini saya terlalu selesa dengan apa yang saya ada.
Sama ada Dia menarik nikmat atas keselesaan saya atau memang saya sedang diuji dalam situasi sekarang saya tidak tahu.
Mungkin juga sebagai ingatan buat saya bahawa selama ini saya terlalu berlapang dada dengan semua orang di sekeliling saya.
Saya tak tahu. Saya tiada pengetahuan untuk itu.

Ianya sungguh mengajar saya.
Dalam dunia, bukan semua orang jujur dengan kita.
Masih ada orang bermuka2.
Masih ada yang mahu menikam dari belakang.
Masih ada juga yang suka melihat kejatuhan orang lain.

Saya insaf.
Mungkin selama ini saya juga tak ikhlas dengan sesetengah perkara pada sesetengah orang.
Atau saya sendiri selalu berpura2 baik dihadapan orang.
Juga saya gembira melihat orang lain tak berjaya.
Lalu saat diduga sebegini saya baru tersedar.
Boleh jadi semua yang berlaku adalah sebagai ingatan, atau sebagai balasan.

Hati ini runsing, tapi tak punya kekuatan untuk berkongsi setiap perkara kepada semua orang.
Ia tak semudah yang di sangka.
Andai berkongsi cerita, ia hanyalah sekadar untuk melepaskan rasa beban di dada.
Namun ia tak membawa pergi bersama masalah. Ia tak selesai di situ.

Pinjamkan satu semangat untuk terus mengharungi hari mendatang.
Ia tak semudah menaip tulisan ini, tapi tetap cuba. Ya, akan terus mencuba.


-End-

No comments: