24 September 2008

Dia.... telah pergi dan takkan kembali.........

22 September 2008

Aku mimpi.
Masa tu aku tingkatan 5.
Dalam mimpi aku menoleh ke arah belakang kelas.
Aku tengok dia ada kat tempat duduk dia.
Jelas sekali.
Tengah menunduk, melukis seorang diri.
Memang itulah dia.
Senyap dan sendiri.

Kemudian aku terjaga.
Pelik.
Aku berada dalam kelas itu.
Ya, kelas yang tadinya aku mimpikan.
Satu suara menegur.
"Selepas ni kau takkan bertemu dia lagi..."
Masa dengar tu, aku menggigil.
Cepat2 aku menoleh.
Sumpah, dia hilang.
Cuma ada aku dalam kelas tu.

Kemudian aku terjaga lagi.
Mimpi dalam mimpi!
Aku termenung lepas tu.
Kenapa aku mimpikan dia?
Tetiba je aku rasa sebak.
Aku perasan aku menangis bangun pagi tu.

Masa kecik2 dulu, dia lah geng baik aku.
Aku kenal dia sejak pindah ke taman tu.
Sejak ummo 5 tahun.
Kuku kaki dia pernah tercabut sebab curi2 pakai kasut roda aku tanpa adjust size.
Lutut aku pernah tersiat sebab jatuh masa main baling selipar dengan dia.
Hujung bibir dia pernah berjahit gara2 terlanggar brek basikal lepas aku kejar dia sbb curik kasut roda aku dulu.
Parutnya masih ada sehingga kali terakhir aku nmpk dia.
Siku aku pernah berdarah sebab tersungkur masa main galah panjang dengan dia.
Dan dia pernah tempang sebab dia jatuh dalam longkang bersama2 beskal dia masa kitorng khusyuk berborak tepi longkang belakang umah dia dulu.
Pokok mangga dia jadi saksi skill memanjat kitorg.
Hahaha......dajal suci tol!.....

Aku sekelas ngan dia sejak darjah satu.
Dalam kelas kitorg dok sebelah2.
Aku akan tiru aper saja yang dia salin di papan hitam sebab masa tu aku rabun, x nampk sgt.
Dia salin laju, tapi tulisan maha cakar ayam.
Lepas salin nota, dia tido.
Aku lah tukang kejut kalo chekgu buat lawatan dalam kelas.
Itu citer dulu.......

Masa darjah 4, dia satu family pindah.
Pindah umah, pindah sekolah.
Tak jauh, pindah ke pekan jer.
Trus lost contact dan aku x sure aper jadik pada hubungan kitorg.

Aku jumpa dia balik bila masuk sekolah menengah.
Rupa dia x berubah, cuma kulit dia makin cerah.
Masa tu aku syak dia pakai fair & lovely.... hehe
Biler bertembung kat sekolah, kitorg sama2 buat2 mcm x kenal.
Aku rasa janggal, aku syak dia pun x tau nk buat reaksi aper.
Then dia pindah semula ke umah lama.
Umah dia yang depan umah aku.
Masuk form 4 kitorg sekelas.
Lagilah janggal sebab dah jadik jiran & membe sekelas tp x tau nk borak aper.
Aku rindu saat2 manis kitorg membesar bersama.
Tp masa dan jarak memang kejam merampas semua tu.

Mak aku gelar dia 'anak dara' sebab tak kuar2 rumah kecuali biler repair motor.
Yang aku ingat, hari2 dia akan repair motor tepi umah dia.
Memekak2 lah bunyik ekzoz motor yang tak seberapa tu.
Aku kesiankan dia sebab aku syak lepas mak dia meninggal dia berubah jadi pendiam.
Cuma motornya saja yang hari2 bising.

Abis sekolah menengah kitorg buat haluan masing2.
Aku masuk matrix, masuk U, keje...... tanpa peduli apa jadik pada dia.
Selfish nya aku..........

Ramadhan 2006,
Masa tu aku tengah kursus induksi masuk keje.
Mak aku call... bagi tau dia eksiden moto.
Aku tanya apa yang patah?
Mak kata, xde luka aper pun...
Cuma lepas dia pegi klinik check badan, dia muntah dan jatuh pengsan.
Lepas tu koma.
Beberapa hari lepas tu aku dapat call lagi dari mak.
Mak kater dia dah pergi.
Pergi selamanya.
Aku sayu.
Aku gagal hadir dalam hidup dia sebagai kawan hingga akhir hayat.
Terlambat semua.

Aku tengok kalender.
Mungkin sebab tu aku mimpikan dia.
Dia meninggal 29 September 2006.
Jumaat, bersamaan 6 ramadhan 1427.
Berbahagialah dia sebab meninggal pada hari Jumaat, di bulan Ramadhan.
Ternyata Tuhan memang sayangkan dia.
Aku mimpi kan dia seminggu sebelum tarikh pemergian dia.
Dan bulan ini masih dalam ramadhan.
Kejam nya aku kalo aku tak mengirimkan hadiah buat dia.


Al fatihah baut Allahyarham Shahrul Nizam Mustafa@Zakaria.

1 comment:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.