31 October 2011

Oktober

Walaupon Awie nyanyi lagu tragedi oktober,
tapi aku menyambut oktober dengan rasa bersyukur dan gembira.
Ternyata tragedi hanya dalam lagu sahaja...
:) :)

21 October 2011

Kering

Kehabisan tenaga~






-End-

Ponteng

2 hari tidur x cukup,
Hari ni baru plan nak book off
Pagi2 Boss Besar dah call minta update breakdown.
Ni nak kena kerja lagi lah ni??

Huhuhu.


Letih Senah!

19 October 2011

Hari ini dalam sejarah......

S.A.N.G.A.T
S.A.N.G.A.T
S.A.N.G.A.T
S.A.N.G.A.T

L.E.T.I.H
L.E.L.A.H
P.E.N.A.T



*Len kali tunjuk macho lagi pegi Johor balik hari~~ :(

Jalan2 cari rejeki... :p

Destinasi hari ini: Kota Tinggi & Senai





Yeaahhh,
Ready to rempit bebeh!!

18 October 2011

Super duper super junior

Hari ni kerja di Negeri 9.
Pergi dengan Adek Baru dan sorang lagi bakal staff baru.
Haa, sekarang ni aku tinggal tunggu masa je menunggu staff baru pengganti brother apek.
Orang nya dah ada, cuma kena tunggu surat konfirm je.
Harap2 jadiklah.
Lama sangat tunggu pengganti.
Patah kaki biler kerja berdua je dengan Adek Baru 5 bulan ni.

Kalo konfirm, aku ader staff baru.
Adek Baru.
Memandangkan aku dah ader Adek Baru, maka yang lagi baru ni aku kena gelar Adek Junior.
Super junior.
Selain lebih junior, mamat ni memang muka ala2 jambu.
Kulit cerah, bibir merah, rambut stylo.
Kpop habes.

Rupa x penting.
Asal boleh buat keja, aku hepi.







Kalau takat tau jaga muka, cakap gebang2.....
Sila jadi ahli politik.


Fuuuuhhhhhhh~~~

Lepas waktu keje semalam, pegila mengalas perut kat kedai makan dengan sorang office mate.
Masa nak order, datang la satu pasangan ni.
Yang lelaki, melayu.
Yang perempuannya, muka macam cina tapi ader gak iras2 mlayu. X sure bangsa aper.
Pakai dress. Bawak handbag.
Gaya dah ladies dah...
Sambil2 menunggu order tiba, yang lelaki keluarkan ipad.
Yang perempuan keluarkan henpon canggih.
Masing2 layan surfing.
Maklumlah, kedai ada wifi free.

Tiba2 yang perempuan keluarkan kotak rokok.
Dia keluarkan rokok sebatang.
Langsung x offer kat mamat depan dia.
Hidupkan api...sedut...hembus....
Tepat2 kat muka mamat tu.
Langsung xde usaha nk elakkan asap dari terkena kawan tuh.

Aku jeling seskali.
Mamat tadi rilek je.
Tak angkat2 muka, layan hadap ipad.
Tak lama pastu makanan sampai.
Dua2 berhenti surfing.
Layan melantak

Habes2 makan mamat tadi sambung layan hadap ipad.
Minah tadi sambung carik rokok kedua!
Sambil2 layan henpon canggih, dia hidupkan api rokok....
Sedut.... Hembus.....
Perrgghh, berkepul2 asap kena kat muka mamat tuh.
Minah tarik lagi, penuh nikmat.
Aku tgk mamat td rileks lagi.
Macam x kesah langsung kena hembus.

Tak tau la haku aper status diorg berdua.
Kalo couple, da haku reject awek macam tuh.
Hilang chomey!
Diri sendiri pon x merokok alih2 dapat awek kaki kepul.

Kalo kawan biasa pon x mau aku kuar lagi dgn membe macam tuh.
Kuang ajo!
Sukati mak bapak je kasik perasap muka orang.
Ingat ni spa buat resdung ker nak asap2 muka orang??



-End-

Who?

Bangun pagi ada lebam kat tangan.
Walaupun kecik tapi sangat jelas.
Dan sakit.





Hmmmm,
Malam2 tido gadoh dengan saper neh???....



*konfius~~

17 October 2011

Doktor.

Bila pergi hospital lawat orang sakit,
Rasa sangat bersyukur sebab masih sihat.


Insoff.....






-End-

Monday blues.

Another busy week....




Huhuhu~

16 October 2011

An Apple a day.....

It made my day~~

Kapal kecil

Setelah berminggu2 karam dalam barang2 dan selerak yang tiada berpenghujung, akhirnya bilik tidur jadik kemas dan bersih!


*wink*

:D

Setahun

Ingat lagi kisah ni?
Mamat psiko tu tiba2 muncul balik bertanya khabar....
Da setahun berlaku, cepatnya tak terasa pon.

Tapi aku dah lama terlupakan dia.
Huhuhu.

Harap2 da tak psiko mcm tu lagilah.....


-End-

15 October 2011

Robot dobot

Welcome to my silly life~




-End-

13 October 2011

Murah.

Mamat Konfius: 2-3 hari ni ada orang asyik sms je. Tanya aku dah makan ke belum, keje ke tidak, sihat ke tidak.....
Aku : Hah, eloklah tuh. Apa masalahnyer.
Mamat Konfius : Kalo ko yang tanya aku nak la layan. Aku x kenal la saper yg sms2 aku tu..
Aku : Ceh, da ader orang nak amik berat ko tak mau pulak. Ko nak aku check kan no phone sape? Aku ader kaki boleh check no henpon misteri2 ni.
Mamat Konfius : Tak payah lah, aku tak minat nak tau pon.
Aku : Cehh, jual mahal pulak ko ni....
Mamat Konfius : Aku bukan jual mahal. Aku cuma tak suka yang murah.
Aku : .........



-End-