Showing posts with label sakit. Show all posts
Showing posts with label sakit. Show all posts

29 December 2011

Bongsu

Aku sakit mulut sejak semalam.
Badan rasa macam nak demam2.
Gara2 gigi bongsu yang pertama.
Sumpah macam baby.

Asal aku cerita, ramai dok gelakkan.
Dalam umo nak masuk 3 series, masih nak sakit2 gigi bongsu.
Apa boleh buat.
Bukan aku nak macam ni.

Kawan2 keliling rata2 da habis tumbuh gigi bongsu.
Aku pulak baru sibuk2 sakit gigi.
Gigi bongsu yang sulong.
Pertama kali aku perasan gigi ni keluar masa matriks dulu.
Start2 gusi asyik rasa sakit.
Asyik rasa berdarah.
Mulut pulak rasa tak selesa.
Sesekali rasa busuk.
Sebab rasa telah darah.
Sikit2 sakit.
Laamaaaa ok.
Pastu sakit smula.
Pastu lamaaaaaa ok smula.
Dan sampai sekarang aku tengok gigi tu masih cinonet je kat ujung mulut.
Ni kalau esok lusa ok, lagi 3-4 bulan mesti sakit smula.

Baru satu.
Macam mana lagi 3 nanti?

17 October 2011

Doktor.

Bila pergi hospital lawat orang sakit,
Rasa sangat bersyukur sebab masih sihat.


Insoff.....






-End-

08 July 2011

Gerimis

Malam semalam,
saya berchatting sebentar dengan Cik Ian.
Kami tak sempat bercerita tentang hal ehwal gosip tingkap kami seperti biasanya akibat kekangan masa dan peluang.
Cik Ian tinggalkan saya dengan petua supaya saya cuba tidur dengan beralas bantal di kaki bagi mengurangkan bengkak dan rasa sakit yang belum berkurang.
Saya cuba untuk menurut nasihat Cik Ian.

Malangnya,
malam tadi juga saya mengalami hidung tersumbat.
Abah pesan, jika hidung tersumbat tidurlah dengan bantal di kepala lebih tinggi dari biasa.
Untuk memudahkan bernafas ketika lena.
Saya serba salah.
Bantal sudah jadi taruhan antara kaki dan kepala.

Akhirnya kaki menang.
Saya tak mahu terus-terusan berjalan dengan langkah yang tempang yang sungguh tidak cool dan chomel itu.
Saya harus kurangkan bengkak di kaki.
Tambahan kepala asyik menikmati empuknya bantal.
Sesekali, kaki juga mahu beralaskan bantal itu.

Jadinya tidur saya tidak begitu nyenyak gara2 hidung yang tersumbat.
Juga disebabkan kedudukan kaki yang lebih bongkak dari biasanya.
Pagi ini saya terjaga dari tidur bukan disebabkan azan Suboh mahupun alarm yang berbunyi.
Saya terjaga gara2 hidung yang tersumbat serta bersin yang tidak henti2.

Saya ke pejabat juga hari ini.
Cukuplah bercuti sakit selama dua hari ini.
Sudahlah baru pulih dari kecacatan kaki
Hari ini saya datang membawa penyakit lain pula.
Bila asyik dilanda sakit begini, barulah sedar betapa nikmatnya sihat itu.
Hu3.....

Dan untuk Cik Ian,
Terima kasih atas nasihat kamu itu.
Bengkak di kaki berkurang dengan jayanya hari ini...
Yeay! :)

07 July 2011

Doctor Love

Dah dua hari asyik hadap makan ubat.
Tekak naik mual2 dan selera makan bagaikan tersekat.
Yang bencinya, makan ubat selalu buat perut selalu je kelaparan...
Asyik nak melantak je walau selera tak berapa bagus....
Hu3... Macam ni pon ada orang dalam dunia ni kan??
Perut lembu~

Tapi mujurlah masih ada ubat tambahan lain.
Ia dari doctor love-doctor love yang saya sayang.
Dan saya sangat sukakan ubat2 ini.
:) :)




Hati saya, ada doktor2 yang menjaganya.... Awww~~

06 July 2011

*Magik!*

Arini doktor buat silap mata kat saya...
Walaupun merah dan bengkak pada kaki saya langsung tak surut,
tapi rasa sakit sudah hilang dalam masa yang singkat.
Terel sungguh!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
(sebab telah tido a.ka. pengsan separuh hari dengan jayanya~)

Tsk3..... (-_-')