Raya tahun ni mmg meriah. Pak Lang yang biasanya berlayar ke negara matahari terbit itu dapat cuti tahun ni. Anak lelakinya, (bro gerak2 khas) juga dapat pulang beraya.
Anak pompuan tunggalnya (yang si baju hijau sedang bertugas di perbatasan) pun dapat cuti raya. Oleh kerana anak beranak pejuang negara ini dapat pulang bercuti, maka dapatlah peluang kami semua berkumpul.
Mula2 aku dapat sms dari sepupu yang berada di kota singa tue. Minta MMS kan gambo raya kami di kampung. Malangnya, MMS aku mmg weng selama ni. Aku janji akan send email kat dia je nnt. Nak jadik citer, dalam ramai2 meriah tu cuma ader seketul je kamera. Plak tu telah di bawa lari oleh makcik yang beraya ntah ke mana. Lalu, sebagai sepupu yang paling tua pada masa dan ketika kejadian maka aku cadangkan depa berposing depan kamera kat laptop adik aku. Konfirm genius aku neh! Maka, inilah akibatnye bila kameraman serta penata gaya bukan dari golongan profesional. Juga penggunaan kamera yang salah pada konsepnyer........
Okey, itu antara gambo yang ada. Kalo nak dikire btol2 amatlah bannnyyyaakkkk gambo yg kami amik masa tuh. Pastu barulah masing2 kuarkan henpon canggih memasing. Deng! dah beria haku menggangkut ke hulu ke hilir laptop tu baru nk bgtau. Aku pun lupe henpon aku canggih gak. Cumernye, MMS mmg ader problem.... Mmg smartphone yg x smart!
Malam tu kitorng serbu rumah Pak Lang yg cume sekangkang kera dari umah nek. Malam lagik meriah. Sebab anak2 dara mak uteh ader sekali. Aku paksa diorg bergambo. Sebab pagi punyer version xde minah aku kater....... macam nk runtuh gamatnye. Beria2 sume org nk posing, aku cume jadik tukang tangkap gambo. Maklumlah, muka x komersil. Lagik pun rasa dah x musim nk posing2 neh.
Tawon depan Pak Lang anak beranak pejuang negara x dapat cuti beraya. Kena tunggu len tahun baru dapat berkumpul lagik macam ni. Siap ader request dr spupu2 ni soh aku buat kan blog untuk cucucucunekteh. Akan dipertimbangkan. Senang nk tau perkembangan kan? Semua org boleh update berita terkini dan semua org boleh tau perkembangan sedara2 yg len. Apapun aku still berharap satu hari nnt, sepupu di bumi kanggaro dan kota singa boleh join kami beraya di kampung selagi nenek masih ader.
Anyway last skali, kat kampong kalo xde bunga api, bukan lah raya namenye. Sempatlah aku tangkap satu gambo bunga api atas bumbung umah nek berlatarbelakangkan pokok ceri sebelah j*mb*n luar tu.... Ngeh3............
4 comments:
So good......
im here because of few cents for you. just dropping by.
i think you add more info about it.
whhooaaa!!!!
rumah itu! akku ingat umah itu adah!!!!! :) :)
bestnya raya!!!! :)
Post a Comment