30 June 2008

Bulan Enam - Bulan penuh kelam, antara ingkar dan jahanam



Bulan ini penuh cerita kelam.
Dari cerita kambing2 keluarga kami yang dibawa lari kesemuanya
Kemudian baju mahal yang saya beli di Kelantan hilang disamun makhluk jahanam
Pencarian rumah sewa yang penuh pancaroba
Kemudian membawa kepada perpindahan pejabat dalam paksa rela
Saya mengharapkan ada cerita indah di balik semua onak ini.

20 June 2008

Mandi pagi yang menggigit tulang

Setelah beberapa minggu aku rasa seperti hidup dengan suku nafas akhirnya kini sudah jadi separuh nafas!
Selesai satu hal....

Dan aku masih menanti nafas sempurna menjadi satu
-End-

19 June 2008

Malam ini bulan mengambang

Saya disangka berumur 23
Ya, saya tahu saya nampak muda
Jiwa saya juga muda
Terima kasih kerana telah menceriakan hari saya untuk hari ini!

Cukup LAH, tiada lagi percaya di hati kami.

What?? Nak bukak email pun x tau?! Biar betul!
Tu la, orang2 tua pun perlu tahu hal2 teknologi sekarang...
Plez, up to date sket....
Takkan aku nak ajar sampai sekecil2 hal?
#_#

18 June 2008

Duhai pecinta wanita.

Orang tua-tua selalu kata, susah mengajar orang muda
Sebab suka terburu-buru
Tak fikir panjang
Gopoh

Orang muda-muda pula kata, susah mengajar orang tua
Sebab terlalu perlahan
Ajar banyak kali pun tak faham
Alahai

Tuhan, aku perlukan kesabaran!

17 June 2008

Warna-warna ceria... warna-warna cinta..... Berikanku pelangi selepas hujan!

Motivasi hari ini - Kalau tak dapat buat apa yang kita suka, cuba suka apa yang kita buat.
Yeah... i love my job bebeh!!!!

Ayat ayat cinta

Desir pasir di padang tandus
Segersang pemikiran hati
Terkisahku di antara
Cinta yang rumit
Bila keyakinan ku datang
Kasih bukan sekadar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan
Maaf kan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat2 cinta bercerita
Cinta ku padamu
Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggalkan cinta
Ketika ku bersujud

Pegi nonton filem ini yuk! :)

12 June 2008

saya punya hati yang tenang.... ketika itu.......

Pernah satu waktu, ketika masih belum punya JEJAKA yang bisa bawa saya ke mana-mana.

tengahari itu
yang panas terik
disuruh menghadiri satu mesyuarat di pejabat kedua saya
bergegas menuju ke lrt terdekat
naik semput berkejaran
sampai sebelum waktu makan tengahari bermula
perut yang berkeroncong, tetapi berpuasa pada hari itu
lalu ke surau

kebahagian orang mukmin itu terletak pada tiga perkara...
pertamanya, kenderaan yang selesa untuk ditunganggi ke mana2
keduannya, rumah yang besar untuk didiami
dan yang terakhirnya, anak2 dan isteri yang solehah



dalam sayup2 ayat itu singgah di kepala

ada manusia punya rumah besar, tapi hati tidak tenang
tidur malam juga tidak lena
tapi ada manusia punya hati tenang walau tiada rumah besar
hatta dalam surau ini pun sambil dengar ceramah boleh tidur dengan
nyenyaknya


papp!
rasa seolah ditampar
terpisat2 bangun dan menyandar pada dinding
terlihat 2 baris manusia yang sudah siap bertelekung menoleh ke arah saya
demn!
salahkah saya punya hati yang tenang lalu tertidur dengan lena dalam surau ketika mendengar ceramah?
atau.......
saya terlena sambil berdengkurkah?

blah!!

FINE!
AKU TERKENA LAGI.....
AKU BOLEH BERULANG LAH...
AKU PUN TAK IKHLAS NAK PINDAH SANA!
FINE...FINE!
UMAH AKU SEKARANG PUN BANGLO LAH..... APA AKU HERAN????!

FINE!

10 June 2008

fitnah!!

Sedang aku asyik membaca email pagi2 hari ini tiba2 telefon meja aku berdering.
Aku tahu dari bunyi deringan yang lain, ianya adalah panggilan dari teman sepejabat sahaja.
Dengan bermalas2 aku menjawab panggilan.
Harap2 bukan bos...
"Biar betul kau... nak kawen dah??!"
Aku terkejut.
Salah dail ke??
"Erk, mana ader? Saper cakap neh??"
"(Si Polan) yang cakap. Dia kata orang kat C**a* dah heboh ko nak kawen"
Adoiilah, krem otak aku pepagi cenggini!
"Mana plak (Si Polan) ni tau??"
" Iyaa...dia kata ko dah bagi2 kad pada orang kat C**a*... Sampai ati ko x bagtau akak...."
Duh!!!
"Salah orang lah ni.... Orang2 C**a* kenal saya nama Nurul, maybe sebab Nurul tgh edar kad kawen dia orang ingat saya kot...."
"Agaknye lah, so btol lah bukan ko nak kawen??"
" Sungguh neh, mana ader!!"

Abeslah saham aku pasneh.......
Huhuhuhu........

09 June 2008

paranoia

Untuk kali yang ke berapa saya tinggal seorang diri di rumah pada hujung minggu.
Saya sudah biasa.
Maka tiada apa yang perlu saya takutkan di rumah banglo yang besar ini.
Malam semalam selepas menonton siaran berita saya terdengar lagu Negaraku di mainkan.
Saya syak sekolah yang berhampiran belakang rumah baru selesai camping agaknya.
Biasalah, cuti sekolah.
Tapi saya fikir biasanya aktiviti seperti ini dibuat pada awal minggu cuti sekolah.
Bukan pada waktu2 akhir begini.
Kemudian saya terdengar pula orang memberi ucapan dengan penuh semangat.
Boleh jadi memang ada kem motivasi.
Saya abaikan kerana saya tiada kena mengena dengan itu semua.
Saya melayan siaran tivi sahaja.
Saat mata saya mengantuk, saya terdengar lagu wind of change dimainkan kuat.
Baru nak layan lagu, tiba2 ia dimatikan dan bergemalah ....
"REFORMASI....REFORMASI.....!!!"
Bulu roma saya berdiri.
Saya membayangkan mungkinkah dari perjumpaan sebegitu boleh membawa kepada pertempuran, pukul memukul, kemudian membawa kepada rusuh merusuh akhirnya bom mengebom!
Cepat2 saya menyalin pakaian tidur.
Saya tidak mahu andaikata terjadi apapa malam nanti saya harus lari menyelamatkan diri dalam pakaian tido yang singkat senteng itu.
Saya sediakan tudung di tombol pintu.
Saya juga meletakkan handphone, kunci rumah, kunci kereta serta wallet pada satu tempat yang mana saya mudah capai jika berlaku kecemasan.

Saya tahu, saya terlalu memikir yang tidak-tidak!

06 June 2008

kerana aku gadis suci yang punya otak suci....

BENCI!!!
Officemate aku buat lawak hari ini.
Soalan ditanya pada aku depan teman2 office yang lain (jantan2 yang tak berapa budiman).
Aku dengan innocentnya mengiyakan apa yang dikata.
Mana tahu rupanyer lawak double meaning, lawak lucah.... Siot argh!!
Diketawakan beramai2 (oleh jantan2 yang tak berapa nak budiman).
Naif nya aku.......
Huhu.

>.<

Akibat cuti panjang tempohari, aku masih tercari2 mood untuk bekerja.
2 hari sudah aku hanya bermalas2 sahaja.
Dan hari ini jadi sia2 bila mood aku punah sama sekali.

Penahkah kau berjanji pada seseorang dan kemudiannya kau melanggar janji tersebut tanpa rasa berdosa?
Aku fikir mungkin aku yang terlalu sensitif sekarang.

Aku janji dengan Eja, mau mengganti tempatnya bila dia pindah rumah selepas kahwin nanti.
Tak perlu aku mencari2 rumah dan dia pun tak perlu susah2 mencari pengganti.
Sama2 senang.
Tapi bila salah seorang teman pejabat mengusulkan untuk pindah bersama2 kerana tiada teman, maka aku beralah.
Menarik janji dari Eja dengan seribu kemaafan
"Takpelah", kata Eja.
"Aku pun maybe kahwin lambat lagi."
Tapi setelah tempoh perpindahan hanya tinggal kurang sebulan, tiba2 teman ini mengubah fikiran.
Tak jadi pindah.
Sudahnya, tinggal lah aku keseorangan mencari rumah baru.
Aku telefon Eja, kotlah masih ada kekosongan.
Hampa saja.
Aku fikir mahu berulang saja dari rumah yang sekarang.
Tapi mengenangkan harga minyak yang mencanak2 naiknya, ditambah tol yang sememangnya mahal plus, penat yang aku akan tanggung akibat kesesakan jalanraya..... Berbaloikah?
Aku sedang berkira2 untuk mencari bilik sewa saja.
Malangnya aku tiada mood.

Penahkah kau berjanji pada seseorang dan kemudiannya kau melanggar janji tersebut tanpa rasa berdosa?
Aku fikir mungkin aku yang terlalu sensitif sekarang.
Tapi.......Benarkah?