09 June 2008

paranoia

Untuk kali yang ke berapa saya tinggal seorang diri di rumah pada hujung minggu.
Saya sudah biasa.
Maka tiada apa yang perlu saya takutkan di rumah banglo yang besar ini.
Malam semalam selepas menonton siaran berita saya terdengar lagu Negaraku di mainkan.
Saya syak sekolah yang berhampiran belakang rumah baru selesai camping agaknya.
Biasalah, cuti sekolah.
Tapi saya fikir biasanya aktiviti seperti ini dibuat pada awal minggu cuti sekolah.
Bukan pada waktu2 akhir begini.
Kemudian saya terdengar pula orang memberi ucapan dengan penuh semangat.
Boleh jadi memang ada kem motivasi.
Saya abaikan kerana saya tiada kena mengena dengan itu semua.
Saya melayan siaran tivi sahaja.
Saat mata saya mengantuk, saya terdengar lagu wind of change dimainkan kuat.
Baru nak layan lagu, tiba2 ia dimatikan dan bergemalah ....
"REFORMASI....REFORMASI.....!!!"
Bulu roma saya berdiri.
Saya membayangkan mungkinkah dari perjumpaan sebegitu boleh membawa kepada pertempuran, pukul memukul, kemudian membawa kepada rusuh merusuh akhirnya bom mengebom!
Cepat2 saya menyalin pakaian tidur.
Saya tidak mahu andaikata terjadi apapa malam nanti saya harus lari menyelamatkan diri dalam pakaian tido yang singkat senteng itu.
Saya sediakan tudung di tombol pintu.
Saya juga meletakkan handphone, kunci rumah, kunci kereta serta wallet pada satu tempat yang mana saya mudah capai jika berlaku kecemasan.

Saya tahu, saya terlalu memikir yang tidak-tidak!

No comments: