06 June 2008

>.<

Akibat cuti panjang tempohari, aku masih tercari2 mood untuk bekerja.
2 hari sudah aku hanya bermalas2 sahaja.
Dan hari ini jadi sia2 bila mood aku punah sama sekali.

Penahkah kau berjanji pada seseorang dan kemudiannya kau melanggar janji tersebut tanpa rasa berdosa?
Aku fikir mungkin aku yang terlalu sensitif sekarang.

Aku janji dengan Eja, mau mengganti tempatnya bila dia pindah rumah selepas kahwin nanti.
Tak perlu aku mencari2 rumah dan dia pun tak perlu susah2 mencari pengganti.
Sama2 senang.
Tapi bila salah seorang teman pejabat mengusulkan untuk pindah bersama2 kerana tiada teman, maka aku beralah.
Menarik janji dari Eja dengan seribu kemaafan
"Takpelah", kata Eja.
"Aku pun maybe kahwin lambat lagi."
Tapi setelah tempoh perpindahan hanya tinggal kurang sebulan, tiba2 teman ini mengubah fikiran.
Tak jadi pindah.
Sudahnya, tinggal lah aku keseorangan mencari rumah baru.
Aku telefon Eja, kotlah masih ada kekosongan.
Hampa saja.
Aku fikir mahu berulang saja dari rumah yang sekarang.
Tapi mengenangkan harga minyak yang mencanak2 naiknya, ditambah tol yang sememangnya mahal plus, penat yang aku akan tanggung akibat kesesakan jalanraya..... Berbaloikah?
Aku sedang berkira2 untuk mencari bilik sewa saja.
Malangnya aku tiada mood.

Penahkah kau berjanji pada seseorang dan kemudiannya kau melanggar janji tersebut tanpa rasa berdosa?
Aku fikir mungkin aku yang terlalu sensitif sekarang.
Tapi.......Benarkah?

1 comment:

reramarama said...

eeemm... bulan ni mmg kita memasing ala2 sgt sensetip kot? :P :P org kata, normal bg org pompuan.. :) :)