Kerja ini membunuhku.
Ibarat sepasang kasut tinggi yang mewah.
Glamour dan menarik.
Dan kau memakainya hanya kerana ia terlalu indah berada di kaki pada pandangan mata.
Padahal ia begitu menyakitkan.
Melukakan jari2.
Memusnahkan diri sendiri.
Sedang kau tahu akibat jangka panjangnya.
Dan satu saat kau sedar.
Kau hanya perlukan sepasang sepatu.
Sepatu yang sempurna di kaki.
Tak perlu mewah.
Tak perlu indah.
Kau hanya perlukan rasa selesa.
Kau akan rasa ianya adalah sepasang kasut yang sempurna.
Bisa membawa kau bergerak ke seluruh pelosok dengan bebas tanpa kesakitan.
Dan kau menjalani hari2 dengan gembira.
Ya, dan aku rasa aku perlukannya sekarang.
Kerana kerja ini membunuhku!
07 April 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment