Aku letih bercerita.
Biarlah aku memberi situasi saja di sini.
Baiklah, andaikan saja kau menurut nasihat teman2 yang mana konsep cinta adalah ibarat menunggu bas (dan aku tak ingin bercerita panjang mengenai konsep ini!).
Dek kerana takutkan tiada bas yang akan datang lagi setelah kau abaikan bas2 yang datang mahu menjemput, kau naiki sahaja bas yang kau kira paling elok ketika ini.
Lalu kau terima sahaja cinta yang datang.
Lelaki budiman lagi berhemah.
Penuh kesabaran dan perhatian.
Tanpa rasa sayang.
Dengan harapan, satu masa akan berputik jua cinta di hati kau.
Dan, sedang kau belajar menerima lelaki budiman itu muncul pula jejaka yang selama ini engkau idam-idamkan kehadirannya dalam hidup.
Lelaki yang selama ini menjadi punca mengapa kau lupakan tentang makhluk adam yang lain di muka bumi.
Yang mana selama ini kau amat yakin akan rasa hati kau terhadapnya.
Kerana menurut engkau, dia lah yang paling sempurna di mata dan hati engkau.
Malangnya dia tidak kunjung tiba saat engkau ternanti2 kannya.
Maka, menyesalkah engkau kerana engkau telah tersilap membuat perhitungan bahawa sudah tiada peluang bahawa bas yang kau tunggu akan datang suatu hari nanti?
Kau bayangkan pula situasi yang kedua.
Saat kau percaya gerak hati memang kau boleh percayai.
Kau setia menanti bas yang kau tunggu2 selama ini.
Lelaki yang menurut engkau cukuplah sekadar sempurna di hati kau seorang.
Yang bisa buat kau gembira seadanya.
Yang buat malam kau indah kerana mengenangnya.
Sedangkan sudah banyak bas yang elok lagi sempurna berhenti untuk menumpangkan kau ke destinasi seterusnya.
Lelaki budiman lagi berhemah.
Penuh kesabaran dan perhatian.
Kau abaikan semuanya kerana percaya, bas yang kau tunggu2 itu akan tiba jua, cuma mungkin terlewat dari yang lainnya.
Dan akhirnya, sampai satu saat baru kau sedar memang tiada dalam jalanan takdir bas itu akan menjemput engkau di stesen yang kau nanti kan.
Terfikirkah engkau ketika itu bahawa peluang memang tak selalu ada memberi jalan kepada kita?
04 April 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
eeemmm...
macam ni....
cinta mmg macam tunggu bas... :)
kalau tak salah, akku pon penah dengar teori ni! :P :P
macam teori pertama, dah naik bas, tiba2 bas yg kita sedia menanti dari dulu, muncul tiba... susah la mcm tu kan...tambahan bas itu pulak, ada keistimewaan lebih... bas itu, ada kasih sayang yang selama ini, kita simpan... :)
back to basic, kita kena balik pada konsep, kalau ada jodoh, takkan kemana... :)
dan, letakkan konsep itu, pada bas tadi balik...
kalau mmg salah bas, at least, kita akan jd pengajaran di masa hadapan... yang mana, bas yang jenis itu, tak perlu naik lagi, sebab, kita takkan sampai ke destinasi kita. dan, Allah itu kan, maha adil... mmg ada yang Dia berikan pada kita, adalah yang terbaik... :)
ikut plak konsep yang mana, kadang2, Allah uji kita dalam cinta, macam ini:
Allah bagi kita ujian cinta ni, dalam pelbagai bentuk. ada yg Allah ketemukan kita, dengan seseorang yg memang akan jd milik kita, pada pertemuan pertama kita. terus dapat.
ada pulak, yg kita tepaksa merasakan kehilangan tu dulu, sebelum kita mendapat yg sepatutnya. dimana Allah berikan kita ujian dulu, ambil yg sedia ada, dan kemudian menggantikan dengan yg lebih baik...
dan yg ketiganya, Allah ambil dia buat sementara dari kita, dan bila tiba masanya nanti, Dia akan pulangkan dia semula kepada kita.
setiap satu, akan ada ujiannya yg tersendiri. yg penting, cara kita untuk handle ujian2 tu...
hehehehhee.... go girl! kalau tak, xde la org slalu kata, cinta itu, mendewasakan...
cinta itu juga, mematangkan... :) :)
Panjang sungguh komennya.... Thanx!
Luahan dari pengalaman barangkali? :)
hahahhahahaa...mungkin! :P
pengalaman macam2...
dr penglaman sendiri, juga dr kawan2! :P :P
hahahahhahahaaa.....
Post a Comment