28 March 2008

Hargai kehidupan

26 March 2008
22:22 pm
Rumah sewa

Aku belajar sesuatu hari ini.
Matlamat dan tujuan kita akan berubah mengikut penigkatan usia tak kira lah matlamat dalam hidup, kerjaya, percintaan atau keluarga.
Masa kecil, kita selalu fikir mahu cepat dewasa.
Bila remaja kita selalu inginkan kebebasan maksimum.
Bila menganjak dewasa kita mahukan kesenangan melimpah.
Dan bila berganjak usia emas, kita mahukan keluarga dan orang tersayang sentiasa di sisi kita.

Lalu begitu lah hidup.
Manusia memang tak akan puas dengan apa yang ada.
Aku percaya semua orang begitu sebenarnya.

Dan hari ini aku berdepan sekali lagi dengan isu matlamat dan tujuan ni.
Dulu, masa sekolah rendah.... aku selalu berharap agar dapat sampai sekolah sebelum loceng pagi berdenting (sebab sekolah aku awal2 dahulu masih guna loceng manual, pakcik tukang kebun akan goncangkan loceng).
Meningkat tahun, aku tak peduli loceng. Aku cuma berharap aku boleh terlepas dari pandangan guru disiplin (sebab pengawas bertugas di pagar biasanya kawan2 sekelas, aku bisa lolos!)
Ketika belajar di matrikulasi, aku akan pastikan aku sampai di kelas sebelum pensyarah tiba. Jadinya untuk pensyarah yang datang lambat, maka lambatlah aku ke kelas.
Bila di U, aku pastikan aku datang awal untuk pilih tempat yang paling strategik.
Barisan paling tepi tapi tidak terlalu belakang. Tempat yang aku kira 'blind spot' untuk pensyarah.
Bergelar pekerja, aku keluar awal untuk mengelak jam yang menyesakkan jiwa raga serta merah2 di punch card yang menyakitkan mata.

Hari ini aku drive ke tempat kursus.
Tak jauh, cuma di PJ. Masalah utama warga kota ialah isu di jalan raya. Sesak dan merbahaya.
Nyaris aku dihimpit laju dengan kereta hok gedabak nak mampuih. Jantung dah macam tinggal sebelah, sebelah lagi dah berhenti berdenyut!
Lalu aku sedar, matlamat aku sekarang bukan lagi nak sampai ke satu tempat on time....... Tapi aku nak sampai ke satu tempat dengan selamat!

Ya Allah, terima kasih untuk hayat yang masih ada ini.
Syukur dengan Nikmat dan RahmatMu segalanya

No comments: