April kali ini sungguh kejam. Aku dapat rasakan betapa pergelangan tangan aku kini lebih kecil dari leher anak kucing. Aku sudah jadi seperti lagu M. Nasir...."yang halus, yang tulus....."
- 1 April 2008-
Memang penangan April fool yang paling dahsyat pernah aku dapat.
Aku plan lama dengan Khad untuk buat seprais pada Zack.
Biar terharu semek tu melihat kesungguhan kami, sampai ke Terengganu jauhnya
Hasilnya, kami berdua yang disepraiskan dengan cuti yang ditarik balik.
Ini kali kedua.
Kali pertama dulu aku dihukum mandatori supaya attend meeting, pada hari berlangsungnya majlis pernikahan Zack.....
Sori Zack, aku dah cuba sedaya upaya... Malangnya...... :(
- 10 April 2008-
Pertama kali ke Exchange Puchong.
Aku excited lebih.
Aku dah jemu duduk di pejabat.
Tiba masa aku lihat dunia luar.... ewah!
Tambahan pula aku buat plan untuk bertemu Jejaka PeTunjuk.
Perancangan tinggal perancangan bila mana akhirnya tersadai sudah kami semua di tepi kabinet akibat terhenti sebentar dek hujan yang menggila masa tengahari.
Tapi, sejujurnya....... ini lah saat2 terbest untuk tahun ini.
Dedikasi khas aku tujukan buat Kak Lin atas tunjuk ajarnya.
Akak lah makhluk yang paling banyak ajar saya sepanjang kite kenal.... Takde lagi yang sebaik akak~~
Duh, syahdu dowh!
- 11 April 2008-
2nd day di Puchong.
Memang dah jadi muka tepi jalan.
Oleh kerana hari Jumaat, aktiviti cuma separuh hari.
Fahamlah, vendor semuanya lelaki. Perlu ke masjid menunaikan rukun.
Aku? Well, bila dah kuar ngan Kak Lin aku jadi kurang munasabah sikit.
Sempat singgah ke Sunway Piramid, teman Kak Lin beli hard disk untuk transfer segala mak nenek dalam PC dia.
Sedey nyer rasa bile kami dah takkan seoffice lagi.
Apapun, tahniah lah..... Tawaran jadi manager tu, u deserve it sis!!
Habis merewang aku terus drive balik.
Jeng jeng jeng....... ada panggilan dari opis.
"Suhada, U kat mana?" Oooo boss!!
"Saya on da way balik dari Puchong bos....."
Ya, on da way bos... on da way......
Itu pun setelah puas berpoya2 di Subang, dan saya sekarang sebenarnya ada di traffic light depan office je ni bos!!!
Duh..... Sori bos, saya tak tipu saya cuma tak bercakap jujur je bos.... (ada bezakan??)
- 16 April 2008-
Aku paling benci meeeting di Cygal.
Dengan parking yang terhad dan mahal nak m*mp*s...... aku prefer naik lrt sahaja.
Malangnya.....oleh kerana meetingnya start 2.30 petang, maka terpaksa relalah aku drive ke sana.
Tahniah untuk diri sendiri bila mana aku membuat keputusan kengkununnya bijak dengan tidak mengikuti Federal Highway.
Kerana menurut firasat yang jarang salah, Federal Highway akan jammed setiap kali hujan.
Maka, dengan penuh yakin dan tanpa was2... aku terjah ke Jalan Bangsar ketika pulang.
Akibatnya, aku tersadai di jalanan dari 5.20 petang sehinggalah 7.40 malam....
Dan aku terpaksa singgah kembali ke opis untuk solat Maghrib sebelum aku meneruskan perjalanan ke rumah kerana di khuatiri solat Maghrib aku bakal dijamak 'TakDan' kan oleh diri sendiri.
Akhirnya, pukul 9.00 malam barulah aku berjaya tiba ke destinasi aku.
Dan aku moody malam tu atas beb*d*han diri sendiri.
-17 April 2008-
Meeting di Cyberjaya.
Please lah..... untuk masa sekarang, aku sangat benci dengar nama Cyberjaya!
-23 April 2008-
1st time drive ke Sg Buloh.
Duh, direction Kak Ros memang jelas dah.
Tapi agaknya memang sindrom aku yang suka sangat terlepas simpang.
Makanya, dengan macho sekali aku redah saja teruskan memandu.
Bila nampak tol, mulalah kepala otak memikir...... Tol ke manakah ini?
Mana pula aku nak keluar patah balik?
Lalu dengan tanpa segan silu aku tanyakan kepada tol gate girl
"Sis, kalau nak ke Sg Buloh ikut jalan mana?"
Aku tahu soklan aku agak bodoh sebab aku di Highway, bukan di Jalan Tun Razak atau di jalan2 tengah bandar.
Tapi, tu lah kan orang kata.... kalau tak bertanya nanti sesat jalan!
"Akak jalan straight je...." See, takde ruginya bertanya kanz? at least aku rasa lega.
Aku ingat settle sudah masalah aku, tak sangka pula tiba2 nampak signboard Sg Buloh sama Sg Buloh(U).
Duh! Ada dua exit plak ker???
Lalu dengan berteraskan gerak hati, aku keluar je pada exit Sg Buloh.
Sab, Amir, Zati...... Tak rugilah jurney kita ke Sg Buloh itu hari biarpun aku terpaksa berlapar.
Kalu tidak, sesungguhnya tidaklah aku tahu bahawa aku sudah sampai ke Sg Buloh, Sg Besi atau Sg Siput!
Keluar Highway, aku dah tak tahu nak hala ke mana.
Tapi, abah selalu pesan...."masa drive tak boleh panik"
Maka dengan perasaan seperti sedang melancong ke negara asing, aku pun ikutkan sahaja kaki yang menekan pedal serta tangan yang mengawal stering ini.
Ada pula simpang yang tak bertanda menghala ke mana, aku ikut kan saja arah yang aku suka.
Masuk simpang, jumpa satu lagi simpang....juga tak bertanda hala ke mana!
Duh, hidup kalau takde pilihan bukanlah hidup namanya.... memang harus memilih!
Aku dah tak tahu signboard ke arah mana aku mahu ikut, sudahnya pasrah saja memandu.
Alih2 je nampak building TM!
Kiranya, aku tak sesat lah.... cumanya aku mungkin ikut jalan jauh saja!
:) :)
Cuaca di Sg Buloh memang daring amat sampai aku naik garing!
Tengah2 keje Along telefon
"oitt... ko kat mana?"
Memang, akak aku yang tunggal ini memang tak tahu bagi salam bila telefon.
"Tengah jaga kabinet... Kat Sg Buloh"
"Apsal, kabinet bersidang ke?"
Duh.....kakak sapa kah ini???!
"Orang jaga kabinet tepi jalanlah..... bukan kabinet yang Parlimen tu!"
"Ooo.... abis tu kat mana ni?"
"Tepi jalanlah, mana lagi......"
"Apsal lah duk tepi jalan, cari lah tempat best2 sket..."
Hadoi lah, rasanya patut kah aku buat sesi briefing tentang kerja aku kepadanya?
"Pernah tengok ke kabinet dalam bilik hotel?"
Aku rasa cukup jelas kot ayat aku.
"Ko dok tepi jalan ni pakai seluar ke baju kurung...."
"Agak2 lah, takkan nak pakai kebaya kot?"
"Takpe lah, saja je call..... Ingat ko kat opis....nak minta tolong something. Len kali lah..."
Untunglah kakak, bila mana kakak cuma kerja di pejabat tanpa perlu berpanas di tepi jalan.
Juga tanpa pening kepala mahu memikirkan mahu pakai baju apa ke tempat kerja setiap hari....... Kerana kakak sudah punya uniform kerja yang cantik!
-24 April 2008-
Aku memandu ke Cyberjaya.
Dalam hujan lebat..... dalam keterpaksaan........
Ok, aku tak mahu cerita panjang tentang Cyberjaya.
-25 April 2008-
Akhirnya badan aku mengalah pada keadaan.
Tak sanggup lagi bila mana aku pandang skrin nampak segalanya berganda.
Dan bila berdiri aku rasa sekeliling aku bergerak.
Doktor, terima kasih kerana beri saya MC.
Saya memang perlukannya sekarang!
-26 April 2008-
Aku ke Gombak, jumpa Amad.
Aku bawa En Bintang Tiga bersama.
Petang itu, aku ke gerai makanan.
Seorang diri, jalan kaki..... Akibat kereta aku diblock kereta makcik.
Malas nak minta makcik alihkan, sebab aku tahu dia penat.
Aku order makanan untuk 5 orang.
Aku order jus epas sementara tempahan aku siap sebab aku agak mesti akan lama menunggu.
Brother kat gerai buka rancangan tomoi, aku layan kan aje.
Aku syak brother yang amik order asyik lalu pandang aku.
Then aku tengok tukang masak bergilir2 keluar menjengah.
Come on lah bro..... tak pernah tengok awek pergi gerai makan sorang2 sambil layan tomoi??
Makanan sampai awal dari yang aku jangkakan.
Tak sangka sampai 3 orang tukang masak memandangkan aku sahaja customer yang ada masa tu.
Lepas dapat bungkusan, aku tak terus balik. Sebab air aku banyak lagi.
Makanya aku teruskan melayan tomoi sementara menunggu air habis.
Bila aku bangun nak balik, seorang brother tukang masak menegur aku.
"Terima kasih, datang lagi!" Dan aku tengok, sorang2 pandang aku macam tak pernah tengok orang!
Aku tak rasa diorang pandang aku sebab aku chomel (;p)..... Aku rasa sebab aku nampak kewl....!
Ahaks!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
yeahhh!!!! akku suka! at least ada jugak update! tak de la asal akku jengah, xde pape... kena anta komen baru ade respon rupenye! :P :P
hahahahhaha....
kabinet tu di sg buloh rupanya! ishh! akku yg dok sana juga, tak penanh masuk! :( ko dh langgar undang2 org sg buloh wehh! tak kira! ko kena cari jodoh, n kawen ngan org sg buloh jugak sbagai balasan! :P :P
jalan yg ko masuk tu, mmg jalan yg benar... xde yg salah... :) tahniah! itu mmg jalan nk menuju ke situ... tak de jalan lain kot dari tol tu! :) kot masuk sg buloh U juga boleh... tp, itu exit ke hospital sg buloh... :) kot jalan situ, amek flyover, turun, baru amek jalan yg sama jugak. tak de masalah, cuma agak kompius! :P kot dh tau nk pi tanah jajahan akku, ape la salah kot call tya jalan... bukan nk rugi pon! sminit seploh sen je! kot nk jimat, simpn duit utk kawen, pakai je line opis! :P :P ko msih blom expert terapkan nilai2 kristal sbagai pekerja TM rupenye! :P cara2 gunakan harta opis, tanpa perasaan... *haizz* akku kecewa! :P :P
Post a Comment