31 December 2007

Selamat Datang Tahun Baru~2008

Office aku hari ini sunyi sepi.
Macam Singapura selepas diserang todak.
Aku cuma dengar bunyi kipas (air-cond kat tempat aku rosak, aku guna kipas je.... kokak!), bunyi orang menaip (tu pun sekali-sekala saja) dan bunyi telefon yang amat sedikit frekuensi kekerapannya berbanding hari2 lain.

Suasana macam ni memang susah nak jumpa.
Aku bergaya sakan dengan kebaya hijau pucat, hehehe... sekali sekala.
Masa office kosong je aku boleh gelenyar macam ni.
Kalau tidak mesti ada suara2 sumbang yang menegur.
Aku tak sudi dengar, sumpah!

Umat yang tinggal cumalah kami yang dah kehabisan cuti tahunan.
Kalau tidak, masakan aku rela duduk di pejabat di saat penghujung tahun macam ni.
Tapi, dengan adanya orang2 macam kami inilah office tak sunyi.
Kalau tak, maunya pening bos2.
Siapa pula nak tolong 'buka kedai' hujung2 tahun macam ni.

Hujung minggu aku penuh cerita.
Mujurlah, kalau tidak mahunya aku mati kebosanan.
Sabtu, aku layan World Drums Festival 07' dekat Dataran.
Lama dah tak keluar meronggeng malam.
Saja buang masa memekakkan halwa telinga.
Ahad, aku berpoya-poya dengan Sab kat K*rinchi.
Rasanya lama dah tak naik lrt ke sana.

Esok, aku ajak geng2 rumah merayap ke zoo.
Hahahaha, dah tua2 macam ni sambut awal tahun di zoo.
Aku dah tak ingat bila kali terakhir aku pergi zoo.
Aku sangka aku sorang yang excited nak ke sana.
Tak sangka Fatin dengan Ros ikut gelenyar sekali.
Aku ajak Ika, anak makcik kat rumah tu.
Harapnya biarlah tak ramai orang ke zoo esok.
Maklumlah, cuti sekolah dah sampai penghujung.
Biarlah kami yang dah lama tinggalkan sekolah ni menikmati cuti kami sepuasnya.

Ada orang pelawa aku keluar bersama.
Aku rasa serba salah.
Nak tolak, rasanya entah buat kali keberapa.
Tapi nak terima rasanya aku tak sedia nak keluar.
Aku suka melepak di rumah.
Kalau keluar, aku suka dengan teman2 baik sahaja.
Keluar dalam istilah dating, rasanya aku makhluk yang ketinggalan.
Aku gadis konservatif.
Percaya pada adat sopan dan tatasusila gadis kampung.
Membesar di bandar tak menjamin kebebasan untuk aku.
So....... Aku tak memberi alasan.
Aku katakan dengan jujur aku tak mahu keluar.
Bukan sekarang.
Lebih mudah dan jelas rasanya dari aku cipta seribu satu alasan yang akhirnya aku sendiri terjerat.
Orang di sana menerima seadanya.
Benarkan? Lebih mudah dan jelas.

Aku mahu mulakan tahun baru tanpa tekanan.
Simple
Single
Positif
Ceria

Selamat Tahun Baru 2008!

No comments: