13 August 2013

Eid Mubarak

Sejujur-jujurnya
Aku sangat banyak cerita mahu dikongsikan di sini
Terlalu lama memeram dalam kepala otak
Juga sebab tiada teman gosip2 tingkap lagi sekarang

Tapi
Tapi
Asal aku nak menulis time tu la kerja lain datang menuntut perhatian

Nanti la
Sambung peram
Biar sampai busuk.
:(

Salam Aidilfitri Semua!

17 June 2013

scale.

Amik masa 9 bulan nak sampai 54.
Belom sampai 2 bulan dah balik semula ke 39.


Haiihhh~~

14 June 2013

Kisah benar hari ini.

Tengahari tadi, masa nak menuju ke toilet.....
Sampai je depan pintu tandas aku nampak ada seorang pompuan (of coz la kan) masuk ke salah satu pintu jamban
Tergesa-gesa. Kemudian aku dengar bunyi air dibuka dari dalam
Aku basuh tangan di sinki sementara menunggu giliran.

"aaahhhhhhh....." bunyi kelegaan yang jelas dan panjang dari bilik air itu.



**Awkward**


Cepat2 aku buat2 hembus hingus di sinki bila makhluk itu keluar dari jamban tersebut.

Konon tak peduli.




18 May 2013

Tahun #1

May datang lagi.

Bulan yang paling banyak sambutan aku rasa.

Hari Buruh
Hari Jururawat
Hari Ibu
Hari Guru
Hari apa lagi ntah
...
...
...
Hari Lahir Husband
Hari Lahir Sendiri jugak
Hari jatuh cinta....
...
...
Tak lupa,
Hari Ulangtahun Perkahwinan.....



:)


-Moga dipanjangkan usia dan jodoh kami-

14 May 2013

Inilah sebab kau nak berhenti kerja dan jadi surirumah sepenuh masa sahaja.....

Hai semua!

Nama Saya Nur Ameera.

Hari ini umur saya genap 44 hari.

Chomel tak Kak Ton??



















:)  :)  :)

18 March 2013

37weeks 3days.....

6 bulan tidak meng-update blog.
Aku tak mahu katakan aku kekeringan idea.
Atau kemalasan melanda.
Cuma,
sudah tiada ghairah berkongsi cerita sejak punya pendengar dan pencerita - si dia.
Padahal menulis adalah minat aku sejak sekolah2 dulu.

Tunggu la masa yg sesuai.
Sekarang ni ada hal yang lebih besar untuk aku.
Menghitung hari yang satu.
Lebih debar dari masa menikah dahulu.

Doakan aku kawan.

20 September 2012

a for apple, b for ball ye murid-murid....

Dah tiga minggu tak masuk office.
Sekarang jadik tenaga pengajar mengajar orang2 site satu malaysia.
Memandangkan keadaan tak berapa mengizinkan sekarang, Senah cuma kaver mengajar area Selatan dan Central sahaja.
Bulan depan kena ke Sabah Sarawak, kemudian ke utara dan akhirnya ke pantai timur.
Semua tu Senah minta tolong staff2 yang kaverkan.
Jenuhla Senah nak ke sana ke mari pulak.

Bila dah jadi chekgu ni.....
Paham lah Senah kan perasaan cikgu macam mana.





Memori momen cikgu Senah dulu baling kapur / pemadam papan hitam bila budak2 dalam kelas bercakap time cikgu tengah mengajar kat depan muncul sekarang.



Faham lah Senah kenapa.


-End-



ehem....

Aku pon dah tak sure nak start dari mana.
Lama benoo rasanya bercuti menulis ni.
Haiihh, malas bebenoo...

Alasan, konon May sibuk dengan persiapan majlis nikah bagai.
So, boleh terima lah kalau aku tak menulis banyak.
Kang kalo menulis pon ayat semua nak jiwang berbunga2 kang, sendiri yang geli-geli nak baca.

Masuk June konon banyak pulak testing nya.
Boleh kata hari2 bizi.
Balik keje, pitam sudah.
Allah... over benoo Senah ni.
Keje ngalahkan buat bangunan rumah je kan.

July pulak, konon awal bulan Senah sakan berhoneymoon.
Ke Kedah, ke Perlis, bawak ke Cameron Highlands kemudian dapat pula ke Penang.
Fuhhh, sakan kau!
Senah bukan honeymoon benar pon.
Senah menumpang sekaki honeymoon.
Padahal agendanya adik bertunang, kemudian buat family day family Senah, kemudian family day office hasben pulak.
Sementara masih dalam mood berkasih sayang kanz....
Tengah bulan, Ramadhan.
Perghh, lagi la kukuh alasan untuk Senah tak menulis.
Jari menggigil kanz nak menaip time lapo.
Adohai masyarakat! Banyak benoo alasan kanz!!
Maju lah kau.. maju.....!

Masuk August...
Hmmm, perlu ke Senah beritahu lagi?
Selain bizi berpuasa dengan tekun dan berhari raya dengan meriahnya, apa lagi la kanz alasan paling munasabah Senah nak beri....
:) :) :) :) :)

Jadinya....
Hmmm, sekarang ni masih berusaha mengumpul kekuatan untuk mula menulis semula.

Gigih Senah... gigih la kamu!


28 June 2012

Hari terakhir kerja untuk bulan ini, entri pertama bagi bulan ini

Senah nak bercuti.
Nak kembara beragenda berat dengan famili ke utara.

Kemudian Senah nak pi bercinta atas bukit dengan membe sekelas dulu.
Senah syak dia berhajat ajak Senah dating berdua-duaan sejak tingkatan dua dulu.

Ye lah ye lah... Senah tunaikan hajat dia.

Sape lagi Senah nak teman dating kalo bukan hasben sendiri...
:)
:)
:)

08 May 2012

May

Bulan ini, bulan chenta...


Selamat malam semua~