14 December 2008

#109 Teman Pengirim Lagu Cinta

Okay...
Sebab aku rasa dah lama tak tengok wayang, aku teringin pergi hujung2 minggu mcm ni
Aku pilih filem terbaru arahan Afdlin
Sebab dia genius
Juga spastik
Aku cuma perlukan membe buat peneman
Dalam otak aku dah terbayang siapa

Sebab aku berhujung minggu kat KL aku tukar plan
Ajak Ros boleh jugak
Tapi, aku tengok Ros serabut
2 malam aku cuma stay kat umah je
Layan TV
Sebab Ros sebok
Banyak keje, sejak jadi lecturer tambahan
Aku saja tak mau kacau dia

Aku ajak En Bintang Tiga dengan tanpa berperasaan
Sebab aku teringat kata2 membe aku, Salimi
Dia kata aku ni keras sgt
Seskali aku patut mulakan dulu
*Hokkay... i'm trying.......*

Petang Sabtu sorang membe aku sms
Ya, dia pengirim lagu cinta aku
Ajak ke Alamanda layan movie
Padahal asal2nya dia yg aku terpikir nk ajak
Aku tolak sebab aku dah janji dgn En Bintang Tiga
Juga sebab aku stay kat KL mlm tu
Aku rasa hidup aku sangat spastik
Aku teringin nak ajak dia
Dan dia pun ajak aku
Tapi last2 aku pegi dengan org lain dengan hanya separuh hati
Aku mendera hati semua pihak.

Tuhan memang nak duga aku
Masa nak masuk panggung kami berselisih membe aku ni
Ah, sialan!
Aku tak sure dia nampak aku ke tak
Yang aku tau jantung aku macam nak pecah masa nampak muka dia
Sepanjang menunggu nak masuk wayang, aku cuma sembunyi blakang tiang
Sebab aku takut Teman Pengirim Lagu Cinta aku akan nampak
Paranoid!
Dem! Aku benci diri aku sendiri!

Semenjak akhir2 ni aku mmg x jumpa dia
Aku siap yakin kan diri sendiri yang aku dah lupa macam mana muka dia
Padahal aku tahu sampai mati pun aku takkan lupa
Bodoh.

Aku tak pernah mengelak dari bertembung, apatah lagi berjumpa
Cuma setiap kali dia ajak keluar, aku rasa dunia keliling aku ancamkan 1001 alasan untuk aku
Tak tahulah apa yang Tuhan rancang untuk aku

Aku tak kisah bertembung dengan dia
Kat mana skali pun
Dengan siapa pun
Tapi bukan masa En Bintang Tiga ada bersama
Bukan yang itu.

Yang aku ingat, aku pandang je muka Teman Pengirim Lagu Cinta waktu berselisih yang tak sampai 5 minit tu

Tapi aku sikit pun tak pandang muka En Bintang Tiga sepanjang aku keluar dengan dia hari ni


Aku tak pernah kisah pun kalau En Bintang Tiga nampak aku keluar dengan Teman Pengirim Lagu Cinta
Tapi tak taulah kenapa aku sangat kisah dia akan nampak biler aku keluar dengan En Bintang Tiga
.
.
.
.
Ironinya aku.


Ya, aku tahu
Aku mungkin masih sayang kan dia
Sikit.

Okay......
Aku tak pernah sayang pada En Bintang Tiga
Mungkin.


-End-

#108 Keramat, Caci Maki dan Rumah Sepi

12 dec 2008 - 1922 pm

Aku buat onar mencemar keberkatan jumaat
Meeting kat KL pukul 3 tapi kol 11 lebey aku dah cabut tinggalkan opis
Tapi aku dah maklumkan berita pencabutan aku pada boss masa dia call aku mintak update bagai2 projek
Hokkay, aku mungkin nakal sbb suka tuang keje... tp aku skema! ;p
Sebelum ke KL aku singgah Subang Jaya
Pegi opis pakcik aku,
Pastu pegi umah makcik aku
Hantar kek yg mak pesan soh bagi kat diorang
Slambe je buat aktiviti terlarang time keje

Dekat kol doblas stengah sampai KL
Sebab semata2 nk makan ikan bakar,
Aku dengan Sab penuh relanya menapak dalam tengah2 panas tu
Actually sebab jarak perjalanan yang agak boleh membakar lemak aku yg x seberapa ni.....
Aku rasa macam tak brape nk cukup aper yg aku makan tadi
Aku mcm nk cakap kat Sab aku masih lapo.......
Tapi aku rasa dia mesti tuduh aku makan x baca doa
Sbb aku dah makan bnyk tadi
Nk buat cam mana....

Tengahari ke surau masa lepas solat aku gatal2 menimbang berat
Aku panggil sab untuk tunjuk angka kat penimbang tu
Jadi saksi yg akhirnya aku dah cecah berat piawai aku
Aku syak penimbang kat umah rosak
Sebab selama aku timbang hari2 angka nya tak pernah bertambah
Statik je sejak hari terakhir puasa hari tu
Bukan men suka lagi aku
Tapi kalo tgk pergelangan tangan aku skrg ni.....
Jam tu dah boleh aku pusing2kan
Sangat kecik dah tgn aku skrg
Suar jeans yg aku pakai pun dah rasa mcm suar pinjam
Longgar.
Besar.
So mana yg aku nk percaya?
Penimbang rumah atau penimbang surau?

Drive balik, aku rasa lama dah aku tak tempuh jalan KL ni
Terlalu banyak benda yang ' rasa-dah-lama-tak' lately ni
Rasa dah lama tak singgah umah keramat
Rasa dah lama tak tengok wayang
Rasa dah lama tak tido sampai tengahari buta
Rasa dah lama tak shopping baju baru
Rasa dah lama tak main layang2
Rasa dah lama tak melepak ramai2 dgn membe
Rasa dah lama dah tak makan ABC......

Masa on da way balik lalu kat area pasar keramat
Tau2 je lah jalan sempit
Kete parking tepi2 jalan
Bebudak men basikal lalu lalang sesukati
Orang plak melintas ikut tahap berani mati masing2
Ader lah plak sorang makcik ni
Slambe je aku tgk dia pakai tshirt dgn kain batik
Kalo mak aku pakai cenggini kuar umah, sangat patut kena ceramah panjang ngan aku!
Dah la tshirt tu dia pakai dalam kain batik tu......!
Kalo org naik moto lalu sambil tarik kain batik....Lu pikirlah sendri!! >.<
Okay... mungkin aku je yg berpikiran jahat
Tp aku rasa cam nk sangat turun kan tingkap masa lalu seblah dia
Pastu jerit kuat2
Makcik! Dah xde baju len ke?
Yg pi pakai baju tido apehal?!
Pi balik tukar skrang!
Tp.... tu lah kanz........
Dah mmg bukan mak aku
Mak aku kat umah pun x pakai tshirt ngan ken batik ni
Ape kelas katernya......
Emak aku kat umah pakai baju kurung kay!!
Tak caya?
Sila datang umah secara mengejut, korg boleh tgk kod pakaian mak aku di rumah

Lepas makcik tu pegi jauh dari mata kepala aku
Muncul lak sorg pakcik ni
Actually dia x muncul, dia mmg dah ader kat situ
Tgh betulkan moto tepi umah yg sgt dekat dgn jalan yg sempit ni
Hokkay, aku bukan nk sgt tgk pakcik tu
Tapi sbb dah ko dok umah yg sgt dekat dgn jalan
Jalan tu plak sentiasa sebok.......
Boleh tak ko pakai baju demi menutup perot ko yg sangat boroi dan hudoh tu?!
Ye, dan sekali lagi aku rasa nk menjerit
Pakcik! Musim2 hujan ni sume baju pakcik dah abis basuh ker?
Sampai xde baju nk pakai?!
*Bengang!!*

Kemudian ader seorang anak dara (anak dara ker?)
Dengan sorang mamat melintas depan aku
Ko patut tau biler badan ko saiz XXL,
Ko tak layak pakai tshirt saiz S
Dengan babat berlapis yg x mampu ditutup kat perut
Selamba je dia pakai tshirt saiz adik aku!
Warna putih plak tu!! >.<
Siap padan dgn jeans low cut yg tak mampu tutup alur *tuut* kat blakang!
*Dem!!*
Selain mengundang caci maki orang sekeliling.........
Aku rasa minah ni sangat merbahaya
Boleh mengundang eksiden biler mana mat2 moto tak agak2 menoleh 2 kali untuk nk pastikan aper yg diorang nmpk!

Ye aku rasa ketagih nk maki orng sekeliling aku hari ni!!

Aku tarik napas dalam2 masa sampai dlm kawasan perumahan
Baru rasa longgar semua urat aku
Sepanjang memandu aku rasa seluruh badan aku krem. Stress.
Tu lah, biler hati tak bersih badan pun x sehat
Len kali maki2 lagi orang
Konon buat terapi puaskan diri sendiri

Rumah lama sangat sunyi
Bunyi langkah sendri pun sangat lantang pada telinga aku
Rumput dan lalang dah meninggi diri sekarang
Masa aku sampai cuaca dah gelap
Aku rasa rumah tak ubah macam rumah2 misteri dlm movie
Rumah besar yg tak berpenghuni
Sunyi
Gelap
Menakutkan

Lama aku berdiri pandang kawasan keliling rumah
Sayu betul rasanya
Dulu, masa aku masih penghuni kat sini
Tak macam ni pun perasaannya
Meriah, ceria, rumah ni 'hidup'
Mungkin sekarang makcik dah takde
Fatin pun dah takde
Aku juga takde
Rumah takkan berseri andai penghuninya sepi
Aku cuma boleh berharap
Satu hari, sebelum rumah ni bertukar tuan......
Rumah ni boleh kemabali 'hidup'
Macam rumah yang dulu.

12 December 2008

#107 Hati

Orang selalu kata
keras seperti batu
Benarkah batu yang paling keras?

Tahu kah engkau bahawa hati adalah lebih keras dari batu
andai ianya sepi, dingin dan beku?

Engkau hanya perlu biarkan ia terus begitu
Hingga satu saat yang tepat

Jika engkau menggenggamnya terlalu kuat
Ia akan retak atau pecah

Jangan pernah berniat mahu mengukir nya ke bentuk yang lain
Ia mungkin berderai
dan takkan bercantum ke bentuk asal kembali

Kalau engkau berniat untuk memegang hati itu
Engkau perlu lakukan dengan perlahan
Berhati-hati
Dan sabar

Ia akan hangat
Lembut
Dan berwarna cinta
Merah jingga, merah hati, juga merah jambu

Tapi
Engkau harus berhati2
Kerana apabila dinginnya hilang
Hati menjadi sangat lembut

Ia mudah terluka
Mudah robek
Dan berwarna merah
Warna darah, warna air mata, dan warna derita

Tahu kah engkau bahawa hati adalah lebih keras dari batu
andai ianya sepi, dingin dan beku?

10 December 2008

#106 Innocent

Ko boleh klik pada gambar atau pergi saja ke http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Mutakhir/20081210122634/Article/index_html

Ya, salah kan saja hujan yang selalu membawa rahmat itu.
Kami, manusia..... adalah makhluk2 yang x pernah berdosa.

Hakikatnya,
Lambat atau cepat ia memang salah manusia
Kalau bukan kita yang mengusik, alam takkan mengamuk tak tentu pasal


-End-

#105 Marcapada

"Setiap kali hujan turun x berhenti, pakcik dan anak2 x lena nak tido malam. Takut air naik, sedar2 dah paras bumbung rumah je...."

Rumah kampung.
Selalu.
Dulu-dulu.


"Setiap kali hujan lebat, saya dan keluarga tak lena tido malam. Takut tanah runtuh, sedar2 bumbung rumah dah kena timbus...."

Rumah banglo.
Kadangkala.
Sekarang.

Ironinya hidup bila bumbung rumah menjadi piawai keselamatan dan harga nyawa manusia.....

04 December 2008

#104 Freaky!!

Aku chat sama membe keje
Dun wori....kami guna IM yang company buat khas untuk kami
Soh bagi lebey produktif.... Ahaks!!

Aku bgtau dia, aku nak balik JB lagi esok
Nak sambut aidiladha kat sana
Dia kata aku johorean freak
Sebab asyik nak balik jer
Sukati lah nk kater aper....
Hahahhaha

Cakap pasal freak ni
Dulu ader sorang budak praktikal kat tempat aku keje
Dia buat something kat opismet aku, niat bergurau
Ntah mende aku x ingat lak
Tapi yang aku tau lepas brother ni terkena gurauan adik praktikal tu dia cakap
"Ni mesti idea ..........(Nama aku) ni"
Aku jawab...... "Apsal lak tetiba aku kena neh?"
"Sebab kalo idea2 mcm ni org freak cam ko je buat"

Chet! Tuduhan! Fitnah!
Aku x tau pun maksud freak tu aper!! >.<
Yang aku tau innocent jer..... ;p ;p

#103 Tolong pergi jauh dari saya......

Dalam hidup ni, memang kita akan jumpa dengan orang yang menjengkelkan.
Selalu.
Dan bukan seorang.

-End-


*Nota: Seorang membe pernah tny, jengkel tu aper?
Yang aku mampu jawab....Ya ampun......Ko neh!!!

03 December 2008

#102 Bangun wey......bangun!!!

Opismet2 aku yg lelaki
Kalo diorang tido masa lunch
Aku sket punya baik hati
Jalan kaver, x mau bunyik kelepek2 slipar
Volume kat PC pun aku low kan
Kalo tgh cakap kat phone, aku control suara
Tak mau kasik diorang terjaga


Tapi kan....
Time aku plak tido
Depa pakat bising kat 'pantry' blakang meja aku
Gelak kuat2
Makan sakan
Lebih best lagik
Siap setkan alarm untuk aku 'bangun'
Tenenenet...tenenenet...tenenenet....... Memekak!!

korang memang keji!!

#101 Sekarang ni 0830 lah plak!!!

Pagi tadi, breakfast sebijik burger sama milo panas
Bunyik mcm breakfast McD je kanz??
Hahahaha....... McDapur aja!
Takde mimpi aper, cuma rasa nak buat aja.....
Sebab terlalu banyyyaaaakkk masa pagi tadi......
Kononnyer lah!!!
Lepas suboh nekad x mau tido semula
Iron seluar, kemeja dan tudung sambil layan 8TV
Lepas tu rasa cam gatal2 nk buat breakfast lak
Masak burger sebab terasa nak menjadik mat saleh sekejap...Ahaks!
Sambil tu masak air....
Siap masak, bancuh milo panas
Pastu mandi ala2 santai
Kengkunun lambat lagik nak kol 8
Lepas mandi sambung ngadap TV, sambil makan burger
Rilek-rilek ayam.....
Alih2 tgk jam dah 0815!
Demn!! Lambat lagik lah ni!! >.<
*Kelam kabut spastik!!*
Cepat2 basuh pinggan cawan
Bersiap ala kadar je
Tak pe, x make up pun mmg dah cun
Natural beauty kater orang.... ;p ;p
*Sempat perasan!......;p*
Beep - SMS dari sorg membe
Jalan jammed teruk
Demn!! Dah la mmg lambat........!
Rilek....Rilek....... Tenang, tenang
Sambung tgk tv
Sambung rilek2 ayam
Dah alang2 lambat, x yah lah terkejar2
Kuar umah kol 0830
Giler macho
Redah jammed dengan mulut yang menyumpah2 kereta yang mencelah
Berkat pagi hilang sudah!
0853 punch card
Opismet semua dah turun breakfast

Agak2 kalo kuar 0815 pun sangkut gak kan?
Kalo x gatal2 buat breakfast still sangkut dalam jammed kan?
Still lambat gak kan?
.
.
.
Kadang2 Sixth Sense pun berguna tau!
*Ayat kaver aja!...;p *

01 December 2008

#100 - Bulan bintang ku bertemu

Berita kata malam ni pemandangan malam sangat menarik
Bulan dan bintang kelihatan berdekatan
Bulan sabit umpama senyuman yang terang dan 2 bintang yang berdekatan umpama mata yang bersinar
Menyerupai rupa org sedang tersenyum

Cepat2 aku message sorang membe yg percaya roket pernah diparkir blkg umah dia serta batu meteor pernah jatuh di situ yang juga sangat minat dalam kancah fotografi

- Kalo kamera ko cukup canggih snap kan la bulan bintang mlm ni. Nnt send kat aku k! tq!

Beep.
-Kalo la kamera aku tu aku xpinjamkan kat org yg membuatkan aku terasa thutang budi sgt, pasti dh aku snapkan utk ko dan aku persembahkan dlm format kalender

- Huargh.... Kalo lah xde 'kalau' dlm donia neh! Ko kijam! :(

Beep.
-Haha.. Kalo mcm tu kite ckp 'jika' jek lah.................*bla....bla...bla......pnjg lagik*

*Aku kuciwa*