Malam semalam,
saya berchatting sebentar dengan Cik Ian.
Kami tak sempat bercerita tentang hal ehwal gosip tingkap kami seperti biasanya akibat kekangan masa dan peluang.
Cik Ian tinggalkan saya dengan petua supaya saya cuba tidur dengan beralas bantal di kaki bagi mengurangkan bengkak dan rasa sakit yang belum berkurang.
Saya cuba untuk menurut nasihat Cik Ian.
Malangnya,
malam tadi juga saya mengalami hidung tersumbat.
Abah pesan, jika hidung tersumbat tidurlah dengan bantal di kepala lebih tinggi dari biasa.
Untuk memudahkan bernafas ketika lena.
Saya serba salah.
Bantal sudah jadi taruhan antara kaki dan kepala.
Akhirnya kaki menang.
Saya tak mahu terus-terusan berjalan dengan langkah yang tempang yang sungguh tidak cool dan chomel itu.
Saya harus kurangkan bengkak di kaki.
Tambahan kepala asyik menikmati empuknya bantal.
Sesekali, kaki juga mahu beralaskan bantal itu.
Jadinya tidur saya tidak begitu nyenyak gara2 hidung yang tersumbat.
Juga disebabkan kedudukan kaki yang lebih bongkak dari biasanya.
Pagi ini saya terjaga dari tidur bukan disebabkan azan Suboh mahupun alarm yang berbunyi.
Saya terjaga gara2 hidung yang tersumbat serta bersin yang tidak henti2.
Saya ke pejabat juga hari ini.
Cukuplah bercuti sakit selama dua hari ini.
Sudahlah baru pulih dari kecacatan kaki
Hari ini saya datang membawa penyakit lain pula.
Bila asyik dilanda sakit begini, barulah sedar betapa nikmatnya sihat itu.
Hu3.....
Dan untuk Cik Ian,
Terima kasih atas nasihat kamu itu.
Bengkak di kaki berkurang dengan jayanya hari ini...
Yeay! :)
08 July 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
alhamdullilah..kdng2 kaki pon nk manje2 tdo atas bantal.selamat kembali jalan dgn cool+machonye yer..semoga cpt sembuh selsema plak..
hak.. hebat cik ian dengan petua2nya.. sudah menjadi makcik2..
yeah...aura makcik2 tu dah makin menular dlm diri..
owh aku mcm x pecaya...cik ian ada petua2 plak dah la ni...
di sini pun masih nak gegey ke geng2 Hexa.. nasib baik takder munie.. Ahaks!
Post a Comment