Bermula dari hari Khamis 25hb, aku dan staff2 bekerja di Duta.
Troubleshoot macam nak rak tapi bawa pulang hasil yang hampa.
Sehari suntuk kat sana, sampai gastrik, migrain segala bagai penyakit pun datang.
Jumaat, balik kerja aku terus ke Subang Jaya, umah aunty aku. Ada sambutan ulangtahun perkahwinannya yang ke -33. Aku tido sana satu malam. Aku siap bawak pakaian untuk ke Melaka.
Sabtu, pagi2 buta aku bertolak ke Melaka. Konon nak jumpa makcik dan sepupu kat kampung yang bakal ke Australia atas undangan perkahwinan sepupu kitorang kat sana.
Pagi Ahad, orang yang nak pergi jauh belum bertolak, aku dah gerak balik ke Sri Kembangan.
Aku pack baju dan alatan untuk outstation.
Lepas Zohor, aku dan adik aku gerak pula ke Penang. Atas urusan kerja.
Mujurlah adik aku tengah menghabiskan masa cuti semester. Ada juga teman nak di ajak.
3 hari di Penang, tak banyak yang dapat aku buat.
Bekerja dengan orang2 berlainan jantina, apalah sangat aktiviti yang boleh di ajak teman.
Kami bekerja di seberang, takde lah apa sangat yang menarik.
Macam Pasir Gudang je suasananya. Banyak kereta, banyak kilang, banyak habuk dan sesak.
Suami2 orang itu ajak aku dan adik aku stay kat Pulau. Banyak sikit aktiviti boleh dibuat. Lebih meriah kata mereka.
Tapi, macam yang aku kata, sebab xde teman sejantina, apalah sangat aktiviti yang boleh dibuat. Paling2 pun makan sahaja.
Depa ajak karaoke segala, aku malas. Aku bagitau aku nak stay seberang je. Dekat dengan tempat kerja, senang pagi nak gerak. Tau je lah, sesak kat jambatan Penang macam mana.
Walaupun aku sikit frust tak sempat ke Pulau, aku tetap pasang niat akan ke sana satu hari nanti.
Hari ke-2, Yan telefon aku. Katanya mahu datang jumpa. Alang2 aku dah sampai Penang katanya.
Aku tak harap dapat jumpa pun. Faham dengan masa dan keadaan yang menghalang. Lainlah kalau aku datang hujung minggu, banyak masa terluang, banyak tempat boleh kami pusing.
Tapi Yan gigih, nak jugak datang walaupun sekejap. Aku tak bagitau dia, tapi sungguh terharu aku di sanggup bersusah payah nak jumpa. Aku plan nak 'ikat' dia sampai malam. Banyaaakkkk sangat cerita nak dibualkan. Tapi mengenangkan susah dia nanti nak kena naik feri, naik bas segala tu aku cuma sempat bertukar cerita sekerat dua. Bukan aku tak nak hantar dia ke Pulau, tapi faktor kesuntukan masa menghalang. Lagi pulak, aku tak cari lagi hotel untuk stay malam tu.
3 hari kat Penang, 3 hotel aku stay......
Hari Rabu, hari last kerja kat Penang tiba2 datang arahan kena pergi ke Ipoh.Sambil jalan balik ke Sri Kembangan.
Penat memang lah penat, tapi dah alang2 satu jalan kami singgah juga lah. Kerja kan? Kena komited! Ahaks!! ;p
Berbeza dengan Penang (seberangnya sahaja sebab aku x sempat ke Pulau), Ipoh adalah tempat yang menarik untuk berjalan.
Walaupun sekejap dapat pusing bangunan2 di Pekan Ipoh, aku sangat suka senibina2 yang ada kat sana.
Aku bagitau pada adik aku, tempat macam ni lah yang akan selalu menggamit aku untuk datang lagi. Aku suka banguna lamanya. Aku suka senibinanya yang moden tapi simple. Dan aku suka suasana di situ.
Hmmmm, plan nak carik jodoh orang Ipoh boleh? ;p
Khamis aku cuti. Seminggu genap baru dapat berehat. Puas hati aku!
Jumaat aku datang dengan mood yang segar. Kerja sehari je dalam seminggu, mau tak segar kau! Maklumlah, berjalan sakan. Tengok negeri orang. Jumpa tempat dan buat perkara baru. Diri pun rasa baru.
Petang tu aku terus ke rumah uncle aku pula.
Konon nak tolong dia berkemas pindah. Ada sikit isu rumah, so kena pindah sementara untuk baik pulih keadaan rumahnya.
Sabtu, kitorang ke Bentong.
Pergi ke lokasi yang terceruk lagi rahsia dari pandangan masyarakat.
Tuan punya tempat memang sengaja tak mahu orang lain tahu tentang tempat ni.
Kitorang datang pun sebab atas undangan.
Masa sampai kat tempat rahsia ni, mak aiihh... tak terkata dah mulot neh! Cantik nya Subhanallah!!
Aku ada amik gambar tapi takkan sama lah macam yang boleh mata kepala ni tengok!
Ada chalet bertaraf 7 bintang (mlampau tak aku rate!), siap dapur macam yang kat hotel punya tuh! ada air terjun chanteekk punya... Ada dusun buah2an yang pelbagai, ko cakap je nak buah ape....durian, manggis, cempedak, dragonfruit...semua ader. Tanah tu ntah berapa ekarlah agaknya. Sanggggaaaaatttttt lah luas ko tau!!
Seronok bersantai, hari ni kitorang mulakan operasi angkat dan angkut barang2 untuk pindah.
Dalam kata tak banyak barang nak dibawa, rupanya sangatlah banyak barangnya!
Aku tolong yang mampu je. Pack pinggan mangkuk, cawan2, lipat kain baju serba sikit.
Bukan tak nak tolong bersungguh2, tapi aku ni setiap kali berkemas mesti lepas tu bersin tak berhenti.
Alergi habuk kanz!
Letih sangat ni.
Tadi pun sampai rumah nak dekat maghrib.
Makan malam pun malas. Tak larat rasa.
Tapi gigih jugak nak tepek entry yang panjang berjela ni kan? ;p
Well.....;p ;p
05072009 : 2322 pm
Miley Cyrus - The Climb
Sri Kembangan
No comments:
Post a Comment