08 July 2009

Fwd: Re: Fwd: Re: Email2 yang tak membawa maksud!

Aku tak tau nak mula dari mana.
Sebenarnya aku bengang betul kat membe2 yang suka sangat send email2 merapu meraban kat aku.
Aku memang lama dah tak check email selain email kerja kat office. Terutama sejak masuk unit baru.
Kau tau kenapa?
Sebab ader sesetengah makhluk yang sungguh tak sensitif dengan apa yang diorang forward kepada orang lain.
Okay..... Aku, sangat berkira dengan email2 yang berunsur fitnah, politik, lucah, skandal dan 'harta segera' ni.
Tolong.... agak2 kalau nak forward semua benda2 macam ni.
Aku bukan tak pernah bagitau pada mereka2 yang tak budiman ini.
Aku dah cuba.
berkali2.
Tapi nampaknya ader orang yang tak begitu mengendahkan permintaan kecil aku itu.

Aku pernah katakan kepada mereka2, bab politik bukan minat utama aku.
Tak kisah lah hal benar atau tidak. Kalau kau forward untuk tujuan kebaikan, menunjukkan siapa yang benar atau yang salah....
Okay, aku masih boleh terima.
Tapi kadang2, aper yang aku dapat adalah email yang berunsur emosi.
Kata2 mengutuk sesetengah pihak yang kau rasakan kurang wajar. Tak perlu label orang lain sebagai bintang, syaitan atau apa saja.
Kita berhak memilih, tapi bukan menghukum.
Kalau kau pengikut setia sesuatu badan politik, cuba tonjolkan kebaikan yang ada.
Tak perlu memburukkan orang lain.
Tamat cerita.

Sama juga dengan email2 fitnah.
Contoh.....Barangan keluaran syarikat si Polan adalah tidak halal.
Terima kasih untuk makluman itu.
Tapi tolong, sertakan sekali bukti2 sahih dari badan2 yang dipercayai dan diiktiraf.
Supaya kau tidak membuat dosa menganiaya orang yang tidak bersalah.
Bayangkan email2 tersebut kau dapat dari pihak2 yang tak bertanggungjawab, dan berniat jahat.... Lalu kau canang2kan dengan membuta tuli. Dan semua orang percaya......
Apa yang kau dapat?
Share sebab rosakkan perniagaan orang?
Keuntungan besar selepas menabur pasir dalam periuk nasi orang lain?
Fikir!
Ianya adalah dosa...

Tak terlepas, email2 skandal... email2 lucah.
Artis Polan bercium dengan artis Polan....
Fesyen2 terkini bra saiz xxs
Video di bilik hotel....
Gambar minah2 saleh di tepi pantai...
Anak menteri tanpa baju.....
Heelllooo.... Tolong!
Apa kau dapat dengan forward segala benda macam ni??
Aku kalau tajuk email pon ader yang ala2 macam ni.... memang aku TERUS DELETE je.
Niat nak tolong forward kan pada orang2 lain memang TIDAK SAMA SEKALI!
Okay, mungkin gambar2 atau video2 terlampau tu betul.
Memanglah kau boleh kater, aper salah kau forward mende2 macam tu.... Pelakunya sendiri tak malu buat. Biar je lah.
Yes, memang pelakunya tak tahu malu, biarkan saja mereka. Tapi kau?
Malu kau di mana pula?
Seronok tengok gambar perempuan tak berbaju? Gambar2 lucah bagai neh??
Macam mana pula kalau semua gambar2 tu bohong belaka? Fitnah?
Atau pernah tak kau terfikir ini salah satu cara musuh2 meracun fikiran anak muda kita?
Tanpa email2 macam ni, pernah kau terfikir mungkin sebenarnya mereka tak tahu sama sekali hal2 dalam kain neh? Otak mereka tak semudah itu terangsang buat perkara2 jahat... Merogol anak dara orang misalnya.
Ye lah, takkan nak tengok je dari email yang melambak2 kan? Kenalah jamah... Tak gitu??
Memang... Kalau bukan sebab email kau pun, mende2 macam ni still boleh dapat dari mana2 laman internet. Sekarang dunia tanpa sempadan kan?
Tapi, tak ke dengan forward kan kepada mereka telah memberi salah satu jalan kepada mereka?
Tepuk dada tanya iman.

Dan..... yang last sekali, aku PALING BENCI email yang berunsurkan wang segera ni.
Aku kalau kawan2 datang nak bagi ceramah tentang MLM ni pun dah memang aku surrender awal2.... ni kan pulak EMAIL SESAT dari ntah saper2 ntah!
Memang aku hangin satu badan!
So, untuk kawan2... Plez, jangan ader hati nak cuba2 pujuk aku untuk join mende2 macam ni.
Aku tak percaya manusia boleh jadik kaya dengan hanya buang air liur meyakinkan orang tentang produk2 yang....hmmm, kurang pasti.
Aku bukan cakap ikut emosi, aku cakap ikut pengalaman.
Aku bukan sekali dua terkena.
Membe, dok call ajak minum2...konon lama tak borak2.
Alih2 datang bawak sekumpulan orang untuk mendengar kisah2 kekayaan golongan jutawan segera itu.
Kawan2 aku bukan seorang dua terpedaya. Siap sindir2 aku sebab tak rebut peluang. Pengecut. Tak berani tanggung risiko.
Aku pekak kan aja telinga. Tahan hati.
4-5 bulan lepas tu, kau jumpa balik membe2 yang dok nyindir2 kau sebelum ni mengadu.
Duit lesap, hasil langsung xde.
Rugi je lebih.
Kalau kau tak boleh komited, jangan join ende2 macam ni.
MLM hanya untuk mereka yang tekad, komited, muka tebal dan berhati jutawan.
Kalau kau tak cukup disiplin, jangan join!
Maka, aku seru sekali lagi...
Elakkan menghantar email2 cepat kaya ini kepada aku.
Aku mohon sangat-sangat!

Oh ya, juga jangan send pada aku email2 kurafat.
Misalnya, email berantai.
Atau email yang membawa nasib malang jika kau tidak forward kepada orang lain.
Atau, kau bakal bertemu jodoh jika ada 15 orang memulangkan semula email tersebut kepada engkau.
Atau apa saja yang semusim dan sewaktu dengannya.
Kau tahu bila kurafat... ia membawa ancaman pada akhlak dan akidah kau.
Jangan percaya.
Nasib kita bukan ditangan email yang kau boleh delete, forward atau reply itu.
Nasib kita semua di TanganNya.

1 comment:

salfarina said...

puteri hangin selatan bertiup dengan kelajuan 60km/j...pttla gugur daun2 di limbang..