31 December 2007

Selamat Datang Tahun Baru~2008

Office aku hari ini sunyi sepi.
Macam Singapura selepas diserang todak.
Aku cuma dengar bunyi kipas (air-cond kat tempat aku rosak, aku guna kipas je.... kokak!), bunyi orang menaip (tu pun sekali-sekala saja) dan bunyi telefon yang amat sedikit frekuensi kekerapannya berbanding hari2 lain.

Suasana macam ni memang susah nak jumpa.
Aku bergaya sakan dengan kebaya hijau pucat, hehehe... sekali sekala.
Masa office kosong je aku boleh gelenyar macam ni.
Kalau tidak mesti ada suara2 sumbang yang menegur.
Aku tak sudi dengar, sumpah!

Umat yang tinggal cumalah kami yang dah kehabisan cuti tahunan.
Kalau tidak, masakan aku rela duduk di pejabat di saat penghujung tahun macam ni.
Tapi, dengan adanya orang2 macam kami inilah office tak sunyi.
Kalau tak, maunya pening bos2.
Siapa pula nak tolong 'buka kedai' hujung2 tahun macam ni.

Hujung minggu aku penuh cerita.
Mujurlah, kalau tidak mahunya aku mati kebosanan.
Sabtu, aku layan World Drums Festival 07' dekat Dataran.
Lama dah tak keluar meronggeng malam.
Saja buang masa memekakkan halwa telinga.
Ahad, aku berpoya-poya dengan Sab kat K*rinchi.
Rasanya lama dah tak naik lrt ke sana.

Esok, aku ajak geng2 rumah merayap ke zoo.
Hahahaha, dah tua2 macam ni sambut awal tahun di zoo.
Aku dah tak ingat bila kali terakhir aku pergi zoo.
Aku sangka aku sorang yang excited nak ke sana.
Tak sangka Fatin dengan Ros ikut gelenyar sekali.
Aku ajak Ika, anak makcik kat rumah tu.
Harapnya biarlah tak ramai orang ke zoo esok.
Maklumlah, cuti sekolah dah sampai penghujung.
Biarlah kami yang dah lama tinggalkan sekolah ni menikmati cuti kami sepuasnya.

Ada orang pelawa aku keluar bersama.
Aku rasa serba salah.
Nak tolak, rasanya entah buat kali keberapa.
Tapi nak terima rasanya aku tak sedia nak keluar.
Aku suka melepak di rumah.
Kalau keluar, aku suka dengan teman2 baik sahaja.
Keluar dalam istilah dating, rasanya aku makhluk yang ketinggalan.
Aku gadis konservatif.
Percaya pada adat sopan dan tatasusila gadis kampung.
Membesar di bandar tak menjamin kebebasan untuk aku.
So....... Aku tak memberi alasan.
Aku katakan dengan jujur aku tak mahu keluar.
Bukan sekarang.
Lebih mudah dan jelas rasanya dari aku cipta seribu satu alasan yang akhirnya aku sendiri terjerat.
Orang di sana menerima seadanya.
Benarkan? Lebih mudah dan jelas.

Aku mahu mulakan tahun baru tanpa tekanan.
Simple
Single
Positif
Ceria

Selamat Tahun Baru 2008!

28 December 2007

suka suka

Ada orang suka pada aku.
Tapi aku tidak suka pada dia.
Dan aku katakan aku tidak suka pada orang yang suka pada aku itu.
Sebab aku suka orang lain.
Orang yang tidak suka pada aku.

Tapi aku tidak pula kata aku suka pada orang yang tidak suka pada aku tapi aku suka itu.......
*mengeluh.......*

27 December 2007

buta, tuli dan pekak............

Batuk batuk dan batuk lagi.
Ianya mengakibatkan pendengaran aku hari ini cuma separa dengar.
Ianya tidak sama apabila engkau pekak sebelah telinga.
Sama sekali tidak sama.
Ibarat engkau rabun kedua-dua belah mata.
Tidak akan sama seperti engkau buta sebelah mata.
Sama sekali tidak akan sama.
Tetapi apabila batuk kering yang melanda ini makin menggalak, ianya tidak boleh kau namakan sakit tekak setengah atau separa.
Suara juga tiada pasangannya.
Hilang satu engkau bisa pakai yang satu lagi.
Tidak, ianya bukan begitu.
Sekali sakit, ia sakit secara total.
Kesemuanya, keseluruhannya dan menyeluruh........


*koff...koff...koffff!!!*

26 December 2007

syukur Ya ALLAH, kerana masih punya peluang untukku bernafas.........

Sempena hari memperingati pemergian saudara2 kami 3 tahun lalu.

Al-Fatihah......

ini barulah negara penuh demokrasi

Kawan aku: "....jiran dekat umah aku ritu kawen hantaran doblas ribu!..."
Aku: "Mak aih...... husband dia kaya... xpe lah...."
Kawan aku: "Dia blajo takat SPM je, tu pon jiran2 aku kater sket sgt hantaran. Camne, x kan aku nak mintak lebey dr tu plak??..."
Aku: "Hmmm...xper lah. Ikut mana yg ko mampu jer. Ni kan negara demokrasi, rakyat bebas bersuara. Abes isu tu nnt org luper lah......"

* Selamat bertunang Sab, Amir...... Moga bahagia sentiasa!

05 December 2007

aku tulis entry ni dalam bilik meeting semalam.....

Majlis Dina meriah.
Bukan sebab majlisnya yang meriah.
Tapi kami, rakan2 yang sengaja bikin meriah.
Maksudnya yang 'memeriahkan' majlis itu adalah kami.
Tanpa kami majlis langsung tidak meriah.
Hahahaha.... riak sungguh ayat tersebut!

Walaupun geng sekutu menganjing aku tentang baju Pink ayu, untuk Dina rela sungguh aku bersusah payah cari baju dengan warna koleksi unggul itu.
Siap pakat2 dengan geng Heksasianoferat yang lain.
Ko patut terharu Dina!
Khad, doktor yang keciciran itu juga borong kaler Pink hari itu.
Jadinya, ada 5 makluk bertebaran dengan warna kegemaran Dina itu.

Lihat, aku tak tipu.
Kamilah yang memeriahkan majlis itu.
Umpama mencipta fenome pada musim bola.
Peminat MU dengan warna merah.
Atau ketika musim AF2, Zahid bawa fenomena oren.

Lalu awal2 lagi aku dah khabarkan pada geng2.
Majlis aku nanti (yang entah bila zaman lah agaknye....;p!) aku akan buat fenomena juga.
Yang luar biasa.
Maklumlah, aku kan makhluk pelik.

Tema pertunangan aku berkisar hidupan liar.
Langsir bilik aku berlatarkan corak ular sawa.
Alas dulang hantaran corak harimau bintang.
Gubahan bunga?
Aku ganti dengan gubahan bulu merak.
Kalau dapat bulu cenderawasih lagi bagus.

Atau aku buat tema hidupan marin.
Maklum sajalah, pecinta alam aku ni.
Corak cadar adalah tapak sulaiman.
Langsir aku hias dengan objek kuda laut.
Bekas letak cincin dari cengkerang tiram.
Hantaran?
Aku bagi kulit2 siput.
Hahahaha......
Aku berani bertaruh, pihak rombongan akan batalkan majlis kalau tahu inilah hasilnya!

Lalu, aku tak mahu panjangkan cerita.
Cerita yang merapik.
Untuk Dina & Poie, Selamat Pengatin Baru.
Moga Berbahagia selalu.

Untuk membe2 yang lain, thanks beb!
Lama aku tak berpoya2 macam ni.
Tapi tak boleh amal selalu, buruk perangai kita kalau macam ni hari2!
;p

04 December 2007

HOROSKOP

Aku naik stress hari ini.
Gigi bongsu yang pertama mahu tumbuh.
Rahang aku rasa krem.
Telinga aku macam ada bisul di dalam.
Leher rasa tegang.

Badan aku letih.
Hasil 'ekspidisi' ke Kedah.
Majlis kenduri Dina.

Puas berjoli, puas meronggeng....Aku balik KL dengan kerja yang bertimbun.
Slide presentation masih tak siap.
Vendor ingkar arahan aku.
Meeting asyik memanggil.
Email pula bermasalah.
Lengkap penderitaan aku.

Aku baca suratkhabar Ahad lepas.
Aku baca horoskop aku.
Lucky day: Saturday. Lucky color: Pink. Lucky number: 1
Memang. Sabtu lepas di majlis Dina aku pakai baju kurung Pink. Satu2nya yang aku ada. Dan Sabtu itu tarikhnya 1hb Disember. Luncky kah aku?
Owh, tidak. Sebab Sabtu dah berlalu. Maka tiada lagi hari bertuah aku.

Aku tambah stress!

31 October 2007

yum...yum...

Tahu apa yang paling aku ingin makan sekarang?
Hmmm...Wantan Mee yang paling top kat Kolej 11 dulu......
Kalau lah dapat makan sekarang........Alahai......!