21 November 2011

:D

Malas nak tulis panjang2....
Habes emosi menunggu game tamat.

Yang penting menang!
Yeaayyy!!
5-4, bangga Senah!

1-1

Ni game paling lama aku hadap dalam 5 tahun kebelakangan ni.

Gigih Senah!






=.="

Run!

Kalau bab speed, pemain kita memang x boleh lawan diorang.
Aku suggest lepas ni kena train pelumba lari negara main bola.
Baru boleh kejar laju macam pemain Indonesia.
Huhuhu......



-End-

20 November 2011

Sosial

Lepas ni kena slalu update blog dan FB.
Pastu nak buka akaun twitter.
Update sini sama.
Follow itu ini.

Boleh jadik candidate untuk BN.
Kater PM, ada extra point kalau calon aktif di alam maya.
Winnable, boleh tawan hati rakyat.
Perghhh, usaha lebih la Senah pasni nampaknye.


-End-

18 November 2011

DON play with my heart

Rabu lepas kami sekumpulan keluar makan lunch beramai2.
Sebab ada vendor baik hati nak belanja makan setelah kami bertungkus lumus siapkan testing equipment baru di pejabat.

Masa lunch tu macam biasalah kalau dah kumpul ramai2,
macam2 cerita la yang keluar.
Nak hujung2 tu kami bercerita tentang ustaz Don.
Yang sekarang tengah glamor kat tv AlHijrah.
(sila google kalo tak tahu)
Sebab aku ada mention yang ustaz tu agak la cute bila tgk kat tv,
alih2 ada sorang opismet dok cakap kuat2 kat meja makan tuh.....
"Ya lahh, kalo ustaz tu bujang kami doakan hang kawen dgn ustaz tuh...."
Ye, walaupon x nampak aper kaitannya aku balas la jugak kata2 dia.
"Alhamdulillah... Ameeennn, kot nanti anak2 kitorang semua nama start dari Don. Don Wori, Don Play-play, Don Try This At Home....."

Satu meja pakat gelak besar dengan aku cakap.
Nasib baik lah masa tu tinggal kami sebelas orang je kat restoran tuh.
Kalo x mesti dah kena pandang serong ngan orang keliling....
Aku pon x tau mana datang idea bongok jawab cenggitu.

Moral yeh, kawan2....
Don try this at any restaurant....
:p :p

Entri panjang tentang hati dan rezeki.

Ini satu kisah tentang rezeki.
Ianya tentang diri sendiri.
Tentang ketidakpuasan hati makhluk bernama manusia.

Beberapa bulan lalu,
aku suarakan rasa kecewa aku pada beberapa orang teman.
Pada brother pakcik, pada housemate, pada teman sekerja.
Aku katakan pada mereka,
betapa penatnya aku bekerja tapi jauh di sudut hati
aku sangat terasa dengan management di tempat kerja
sebab seolah2 segala yang aku buat x memberi impak pada mata mereka.
Walaupun x diberitahu, tp aku sendiri terasa macam dipinggirkan.
Tak tau la nak explain macam mana situasi yang sebenarnya.
Tapi tahun ni memang tahun yang paling buat aku menjeruk rasa dengan kerja2 aku.

Aku diamkan je.
Sebab aku rasa kalau aku dok kecoh2 pon confirm xde orang nak layan dengar.
Takde orang nak hirau apa yang aku nak komplen.
Jadiknya aku buat jugaklah kerja aku.
Walaupun tanpa perhatian dari boss2.

Last week pula, datang satu membe sekerja.
Pada dia aku pernah juga mengadu serba sikit hal kerja.
Setakat kongsi2 cerita, luahan perasaan.
Selebihnya, aku dan kakak ni lebih banyak share info2 tentang agama.
Tentang ceramah2 yg kami dengar.
Tentang buku2 atau blog2 yang kami baca.
Tentang video2 ceramah yang kami tonton,
mahupun tentang CD yang kami dengar.

Jadi di sinilah bermula detik yang mengubah luka di hati.
Kakak ni datang share satu ceramah yang dia hadiri baru2 ini.
Katanya bertajuk tentang rezeki.
Tentang takdir.
Juga tentang sejauh mana sebenarnya kita sebagai hamba menerima setiap ketentuan Tuhan.
Kata dia lagi, manusia selalu silap dalam konsep percaya kepada rezeki Tuhan.

Diberi contoh dari ustaz yang memberi ceramah,
andainya pada diri kita sekarang ada 50 ringgit dan kita perlu survive dgn duit tu utk tempoh seminggu sebelum tiba gaji yang seterusnya adakah kita yakin duit itu cukup?
Duit tu la yang akan diguna untuk isi minyak kereta, untuk makan, untuk keperluan belanja anak2.
Katanya, hadirin semua jawab tidak.
Kata ustaz, sebab kita cuma yakin dengan kemampuan yang ada pada diri kita.
Tapi kita tak yakin dengan Allah.
Siapa berani kata x cukup sedangkan kita tak tahu pun rezeki kita.
Sepatutnya kita berserah, cukup atau tidak bukan terletak pada kemampuan kita.
Tapi rezeki yang Tuhan nak beri.
Kita tak tahu dalam seminggu tu tiba2 ada orang bayar hutang, dapat rezeki orang beri atau apa sahaja bentuk rezeki yang Allah nak datangkan untuk kita.
Sejak tuh, kalau hati ni terdetik nak merungut duit tak berapa nak berkepuk2 dalam poket,
aku mesti akan teringat cerita kakak ni.
Ingat, rezeki bukan apa yang ada dalam kemampuan kita.
Ia datang dari apa juga bentuk yang Tuhan nak beri.

Kaitan antara kisah hati luka dan rezeki di atas.

Hari ini aku dapat perkhabaran baik tentang kerja.
Nama aku telah tercalon dapat anugerah cemerlang kategori berkumpulan.
Seriously aku langsung-langsung x pernah nak ambil tahu apekah anugerah2 semua ni.
Lebih2 lagi bila kerja2 aku x pernah dipandang serious dr management.
Tiba2 rezeki aku dapat dari kerjasama dengan unit lain.
Ada hikmah aku selama ni dok diam diri buat kerja dengan unit lain kat office tu.
Kalau pon management sendri dok pandang sepi hasil kerja aku,
siapalah sangka ada management dari unit lain nampak impak kerja aku.
Alhamdulillah.... Syukur Ya Allah......

Aku belajar untuk sematkan dalam-dalam.
Yang rezeki memang bukan datang dari kemampuan yang kita ada.
Ia datang bila Allah nak beri.
Hasil dari usaha kau yang sedikit itu.



Alhamdulillah.......

:)

17 November 2011

Garuda

Harap2 la kita menang
Kurang sket stress hakku....




*update: satu da masuk~ :):)

11 November 2011

Bila kemeja biru saya bertukar menjadi sari biru....

Drive dari KL dalam hujan lebat, tiba2 DJ radio mainkan lagu Hindustan syahdu2.
Eh, tak pernah dengar pon lagu neh? Hmmm, nampak sangat kan lama dah x follow Hindustan.....

Boleh lah, seskali kasik layan best jugak....
Volume kasik up sket~








Tiba2 background bertukar jadik tepi bukit dengan angin sepoi2 bahasa.






Depan ada Arjun Rampal tengah depang dada sambil muka dongak ke langit.
I'm comingggg~~



Fuuhhh Senah!! :p

07 November 2011

Selsema.

Nak tido tapi hingus meleleh jer.
Sumbat hidung dengan tisu boleh?

Dok molek ookk?

Senonoh la sket prangai tuh~~

04 November 2011

Kisah cik amoeba dan puan paramecium....

Tgh2 rancak chatting tiba2 terkeluar cerita amoeba.
Terus teringat nama panggilan dulu2 dgn puan Dina.
Kalo 'surat2 chenta' masa kat universiti dulu masih ada dah haku tunjuk buktinya.

Puan Dina, masihkah kau ingat??




Atau harus saya panggil Puan Paramecium?


Yang benar,
Cik Amoeba.

Hehehe.

03 November 2011

Ini punya orang pon ader ker???

Berita Harian Online | Wanita lahir anak perempuan didenda


Aper lah nk jadik....
Aku kalo jadik bini dia aku tempeleng muka laki dia.

Pertama, anak tu pemberian Tuhan. Ko x berhak pertikaikan.
Kedua, kalo x sebab ko xdenye bini ko mengandung. Kalo tau jadik mcm tu bek ko jgn sentuh bini ko.
Last skali, ko x blajo sains eh dulu? Tau x jantina anak tu ditentukan dari gen bapak, bukan mak?? Buduss...... Buduss... Budus.....!

22 degree.

Duduk kat opis dah macam duduk dlm peti sejuk.
Tak cukup baju dan shawl biru hari ni.
Aku tengok kuku kaki pon sama2 warna biru dah.......

Brrrrrrr~~~

Sugar cravings

Lately ni asyik nak makan makanan manis je.
Pulak tuh kat rumah banyak coklat2.
Tak dapat nk tahan nafsu....



Huhuhu~~

02 November 2011

Kesian badak...... Mereka x bersalah.

"Nasik goreng septemberrr!!" <-- Kakak kafe


"Hah?? Kak Mas dengar dia jerit nasik goreng september tadik..." - Kakak opiz
"Aah, saya pon perasan mcm tu lah" - Aku.


"Nasik goreng septemberrrr!!" <--Kakak kafe sekali lagi.


"Hahh! Ye la. Telinga saya pon dengar nasik goreng september kak..." - Aku.



"NASIK GOREENNGG BLACKPAPERRRRRRR!!!!!!" <--Kakak kafe ilang sabo.



"Blackpaper la Kak Mas......." - Aku.
"Laaa, pekak badak upernyer kite ni......" - Kakak opis.

HAHAHAHAHAHAHA!!




*Agaknya yang order x datang2 amik kat kaunter sebab dengar nasik goreng september jugak kot~~ :P