untuk warga Majalah 3 malam ni
yang dah buat liputan untuk SK Ulu Ubai, Sarawak tadi.
Suasananya tetap sama, typical sekolah luar bandar.
Ibu bapa menoreh getah, menganyam kraftangan,
kerja2 kampung saja.
Murid dan gurunya sedikit.
Hendak keluar dari kawasan kampung
sangat susah.
Kalau hujan lebat sikit, banjir.
Jalan darat tak boleh lalu,
kena ikut sungai.
Sumber elektrik pula diperoleh dari generator.
Walaupun hidup jauh dari arus kemodenan,
ia membuktikan pendidikan masih menjadi keutamaan dan tunjang
dalam mengejar kemajuan diri.
Ia menolak sama sekali imej sekolah luar bandar
yang serba serbi ketinggalan.
Murid2nya berbahasa Inggeris di sekolah,
menggunakan kemudahan komputer,
serta mengamalkan konsep study group dan tuisyen sama seperti murid2 lain amalkan.
Selain membuka mata
betapa belajar boleh menjadi sesuatu yang menyeronokkan,
ia juga mengubah persepsi negatif kepada masyarakat
bahawa apabila guru2 'terpaksa' mengajar di kawasan pedalaman seperti itu
ianya seolah2 menerima hukuman penjara seumur hidup
yang mana kau hilang segala life kau.
Mengajar murid dalam kuantiti yang sedikit
tidak langsung menjejas semangat mengajar.
Malah, jasa yang kau taburkan sama maknanya
seperti kau mengajar di sekolah besar.
Syabas cikgu2!
Dan aku sangat terkesan bila ibubapa pelajar juga
sama2 menyumbang dalam meningkatkan imej sekolah yang dah
banyak menerima anugerah akedemik dan kokurikulumnya itu.
Mana ader sekolah yang mak bapak boleh datang pagi2
kemaskan kelas, sapu lantai, lap habuk2 macam tuh?
Mesyuarat PIBG sekolah aku dulu,
kedatangan ibu bapa pun ala2 mahu tak mahu saja.
Okay, mungkin tu dulu.
Sepuluh sebelas tahun dahulu.
-End-
3 comments:
ada satu citer indon lebih kurg cam ape yg majalah 3 tunjuk..citer peberet aku LASYKAR PELANGI..kesah 10 bdk miskin berjuang untuk terus bersekolah..movie yg berjaya buat aku nangis & kagum dgn roh semangat jln citernye..
mesia x tayang movie ni..yg dorg suke citer indon macam kesah cinta dugong dan si peri,ular jadian ke, kelinchi dan labu ke, air mata marsyanda ke, alisa ke bla bla bla..
novel movie ni p0n aku ade ..sungguh syok !!
yup..aku dulu di sk kubong, limbang, sarawak..situasinya hampir sama..kagum dengan semangat mereka2 yang serba kekurangan ini...
Khad: Mesia mmg mcm tu, filem bagus yg sejam stengah tu tak mau ditayang. Yg citer khurafat, hasad dengki, bunuh2 org, sampai 300 episod masih x abes sanggup depa kasik tayang kat tv!
Na: Masa aku tgk rancangan tu terua kuar mentol tringat kat mung. Syabas Na, bukan mudah nak jadik pendidik mcm tuh!
Post a Comment