28 March 2008

Hargai kehidupan

26 March 2008
22:22 pm
Rumah sewa

Aku belajar sesuatu hari ini.
Matlamat dan tujuan kita akan berubah mengikut penigkatan usia tak kira lah matlamat dalam hidup, kerjaya, percintaan atau keluarga.
Masa kecil, kita selalu fikir mahu cepat dewasa.
Bila remaja kita selalu inginkan kebebasan maksimum.
Bila menganjak dewasa kita mahukan kesenangan melimpah.
Dan bila berganjak usia emas, kita mahukan keluarga dan orang tersayang sentiasa di sisi kita.

Lalu begitu lah hidup.
Manusia memang tak akan puas dengan apa yang ada.
Aku percaya semua orang begitu sebenarnya.

Dan hari ini aku berdepan sekali lagi dengan isu matlamat dan tujuan ni.
Dulu, masa sekolah rendah.... aku selalu berharap agar dapat sampai sekolah sebelum loceng pagi berdenting (sebab sekolah aku awal2 dahulu masih guna loceng manual, pakcik tukang kebun akan goncangkan loceng).
Meningkat tahun, aku tak peduli loceng. Aku cuma berharap aku boleh terlepas dari pandangan guru disiplin (sebab pengawas bertugas di pagar biasanya kawan2 sekelas, aku bisa lolos!)
Ketika belajar di matrikulasi, aku akan pastikan aku sampai di kelas sebelum pensyarah tiba. Jadinya untuk pensyarah yang datang lambat, maka lambatlah aku ke kelas.
Bila di U, aku pastikan aku datang awal untuk pilih tempat yang paling strategik.
Barisan paling tepi tapi tidak terlalu belakang. Tempat yang aku kira 'blind spot' untuk pensyarah.
Bergelar pekerja, aku keluar awal untuk mengelak jam yang menyesakkan jiwa raga serta merah2 di punch card yang menyakitkan mata.

Hari ini aku drive ke tempat kursus.
Tak jauh, cuma di PJ. Masalah utama warga kota ialah isu di jalan raya. Sesak dan merbahaya.
Nyaris aku dihimpit laju dengan kereta hok gedabak nak mampuih. Jantung dah macam tinggal sebelah, sebelah lagi dah berhenti berdenyut!
Lalu aku sedar, matlamat aku sekarang bukan lagi nak sampai ke satu tempat on time....... Tapi aku nak sampai ke satu tempat dengan selamat!

Ya Allah, terima kasih untuk hayat yang masih ada ini.
Syukur dengan Nikmat dan RahmatMu segalanya

17 March 2008

~stress~

Aku tak tahu, aku diserang ulser mulut kerana aku stress
Atau aku stress disebabkan ulser ini.
Duh!!

11 March 2008

Hari-hari suram bagi mereka........... (msg tersirat PRU12)

Dua hari ni aku online YM.
Semalam aku letak status busy walaupun tak banyak mana pun kerjanya.
Aku tiada mood berchatting dengan siapa2.
Hari ini aku invi sahaja, itu pun sekadar nak view siapa yang online.
Aku berniat mengelakkan diri dari seseorang.
Dalam masa yang sama aku mula perasan ada seseorang juga seperti mengelak setiap kali aku online.
Sebab setiap kali aku online aku tengok status nya available.
Tapi tak berapa lama aku online, dia akan letak status awayyy.....
Aku perasan hal ni berlaku 2-3 bulan kebelakangan ni.
Memang dia mengelakkan diri dari aku kah?
Atau memang dia sebenarnya kebetulan busy dan aku yang sebenarnya terover emo kebelakangan ini?

10 March 2008

Sedang aku menikmati air teh hijau kegemaran aku sambil membaca blog2 kesukaan, aku temui karya ini.....

PUISI SECANGKIR TEH 5
OLEH FAISAL TEHRANI
Dewan Sastera Mac 2006


Selepas menciptakan bumi, bintang-bintang dan bulan
Tuhan menciptakan bermacam-macam kejadian
Alangkah luar biasanyaTuhan,
Kau ciptakan teh, daun-daun terserpih sisih
dan Kau tambahkan padanya keajaiban,
haruman supaya nanti untuk kami
teh bukan hanya rezeki
tapi menyatu cinta wangian
Maha Suci Tuhan.
~
Musim Panas 2004
Bartin, Turki.

04 March 2008

Dear Bos......

Ada hari saya rasa nak cuti sangat, sebab terlalu banyak kerja.
Ada hari saya rasa nak cuti sangat, sebab terlalu banyak masa senggang!
Bos...... beri saya cuti hari ini, saya sangat bosan kerana tiada kerja.

-End-

03 March 2008

Kerana Tuhan lebih tahu siapa yang lebih baik diantara mereka........ (msg tersirat PRU-12)

1 message diterima.

Sent:
01:00:22
01-03-2008

maybe im a bit stupid to say dis..wish im single rite nw so dat got at least a chance 2 win ur heart but it almst impsble snce u n i got our own cmtment..hope u gonna hpy in ur future n thnx a lot fr evrytng..gonna miss u a lot..see ya..
~
Dalam terpisat-pisat aku baca sms yang diterima.
Sempat berharap andai Tuhan bisa mengundur sedikit waktu untuk kami kembali ke masa lalu.
Kira-kira sepuluh tahun yang dahulu.
Supaya aku bisa memberi hati ini padanya, atau........tidak perlu ada langsung pertemuan antara kami.
The strands in your eyes that color them wonderful
Stop me and steal my breath.
And emeralds from mountains thrust toward the sky
Never revealing their depth.
Tell me that we belong together,
Dress it up with the trappings of love.
I'll be captivated,
I'll hang from your lips,
Instead of the gallows of heartache that hang from above.

[Chorus:]I'll be your crying shoulder,
I'll be love's suicide
I'll be better when I'm older,
I'll be the greatest fan of your life.

And rain falls angry on the tin roof
As we lie awake in my bed.
You're my survival,
you're my living proof.
My love is alive -- not dead.

Tell me that we belong together.
Dress it up with the trappings of love.
I'll be captivated,
I'll hang from your lips,
Instead of the gallows of heartache that hang from above

[Chorus]And I've dropped out, I've burned up, I've fought my way back from the dead.
I've tuned in, turned on, remembered the things that you said

[Chorus:]I'll be your crying shoulder,
I'll be love's suicide
I'll be better when I'm older,
I'll be the greatest fan of your...
I'll be your crying shoulder,
I'll be love's suicide
I'll be better when I'm older,
I'll be the greatest fan of your life.
The greatest fan of your life....greatest fan of your life.
\
Aku terima lagu ini dari seorang teman lama lebih kurang setahun yang lalu. Aku sukakannya. Dan aku anggap ini lagu cinta terbaik yang pernah aku dapat. Hmmmm, aku tertanya-tanya....... mungkinkah akan ada yang lebih baik dari ini?