18 October 2011

Fuuuuhhhhhhh~~~

Lepas waktu keje semalam, pegila mengalas perut kat kedai makan dengan sorang office mate.
Masa nak order, datang la satu pasangan ni.
Yang lelaki, melayu.
Yang perempuannya, muka macam cina tapi ader gak iras2 mlayu. X sure bangsa aper.
Pakai dress. Bawak handbag.
Gaya dah ladies dah...
Sambil2 menunggu order tiba, yang lelaki keluarkan ipad.
Yang perempuan keluarkan henpon canggih.
Masing2 layan surfing.
Maklumlah, kedai ada wifi free.

Tiba2 yang perempuan keluarkan kotak rokok.
Dia keluarkan rokok sebatang.
Langsung x offer kat mamat depan dia.
Hidupkan api...sedut...hembus....
Tepat2 kat muka mamat tu.
Langsung xde usaha nk elakkan asap dari terkena kawan tuh.

Aku jeling seskali.
Mamat tadi rilek je.
Tak angkat2 muka, layan hadap ipad.
Tak lama pastu makanan sampai.
Dua2 berhenti surfing.
Layan melantak

Habes2 makan mamat tadi sambung layan hadap ipad.
Minah tadi sambung carik rokok kedua!
Sambil2 layan henpon canggih, dia hidupkan api rokok....
Sedut.... Hembus.....
Perrgghh, berkepul2 asap kena kat muka mamat tuh.
Minah tarik lagi, penuh nikmat.
Aku tgk mamat td rileks lagi.
Macam x kesah langsung kena hembus.

Tak tau la haku aper status diorg berdua.
Kalo couple, da haku reject awek macam tuh.
Hilang chomey!
Diri sendiri pon x merokok alih2 dapat awek kaki kepul.

Kalo kawan biasa pon x mau aku kuar lagi dgn membe macam tuh.
Kuang ajo!
Sukati mak bapak je kasik perasap muka orang.
Ingat ni spa buat resdung ker nak asap2 muka orang??



-End-

2 comments:

khad said...

"ingat ni spa ker buat rawatan resdung..."--- suka!

Diyana said...

hehe.. trend tue pompuan isap rokok.. teringat bestfren dulu masa keja, dia isap rokok jugak! katanya sebab nak kurus.. Apakah??