15 February 2011

Benarkah menunggu cinta ibarat menunggu bas? Part 2

Satu masa dulu.

++ "Pegi Taman ******* berapa?"

+-+ "RM3.40....."

Hulur sekeping RM 5.


+-+ "Takde duit kecik?"

++ "Takde bang...."

+-+ "Pi tukar dulu. Kalau tak, saya tak balikkan baki!"
*Muka sombong*


Mak aihh, drebar lain takde pon berkira macam tuh~
.
.
.
.
.
.
.

Cinta,
Kadang2 boleh jadik terlalu materialistik.



Ceh, bleh blah lah brother!!

09 February 2011

Melentur buluh uols.....biau dari rebungnya kay!

Harini, ada training kat Ibusawat luar.
Tengah2 bandar KL.
Betul2 sebelah sekolah rendah, belakang shopping mall.

Masa rehat, ahli2 training yang lain menonong pergi makan tinggalkan Senah dengan sorang lagik ciki.
Nasib baik kan ader member training kali ni.
Kalau selalu2 jadik bunga tunggal tunggul yang ditinggal aja lah Senah ni.

Sebab dah kena tinggal dgn brother2 budiman yg pegi makan kat shopping mall, kami malas nak memandai2 ber'explore race' ke sana.
Kami makan kat kantin sekolah rendah sebelah aja.
Pukul 1230, kantin lenggang.
Sekolah rehat pukul 1000, pulang jam 1300 kalau tak silap Senah.
Sekolah sangat sunyi. Takde bunyi suara murid menjerit2, takde suara cikgu mengajar sambil pembaris mengetuk2 papan hitam.
Malah bunyi berdecit pun tak kedengaran.

Sekolah Senah dulu memang LANGSUNG tak macam nih!

Habis waktu sekolah ada beberapa orang murid duduk di kantin.
Senyap jer.
Makan perlahan2.
Borak pon perlahan.
Beli makanan pun teratur jer.

Sekolah Senah dulu,
habis waktu sekolah je boleh dengar bunyik suara menjerit2.
Berlari2 macam kambing lepas kandang.
Beli makanan kat kantin siap berebut2 pastu gelak2 main tolak2.
Borak pun kuat2. Gelak lagilah kuat.
Senah ingat sejak sekolah rendah kelompok kawan2 Senah memang otak suku semuanya.
Sampailah habis sekolah menengah.

Patutlah.....



Sampai sekarang hasilnya boleh nampak dengan jelas.
Hmm.....
.
.
.
.
.
.
.
.

Cekedis jaman sekolahan~~ :p ;p (sekadar gambar hiasan)

Dah buang tebiat hagaknyer aku neh.

Haih..... Dua tiga minggu ni, kepala otak memang sangat caca marba. Satu hari tu Senah mesej pada Adik Baru, 'Jgn lupe buang sampai sblm blik nnt. Tq' Untuk remind pada dia tentang kotak2 kosong yang dok menimbun kat lorong muhibah kitorang. Ntah malaun mana yang pedajal letak sampah2 kat situ. Balik2 kat umah dapat sms dari Boss Kecik 'Tak faham > Jgn lupe buang sampai sblm blik nnt.Tq' Arghhh, dah lah nak taip 'sampah' jadi 'sampai' pastu bleh plak nak send ke Adik Baru tersend kat Boss Kecik. Seb baik Boss Kecik, kalau Boss Besar malu nak mampuss.... Kes kedua, Masa nak pegi panjat Bukit Broga bulan lepas. Senah dapat izin pegi pun lepas mak kata kalau tak hujan boleh pegi, kalau hujan jangan pegi. So, malam sebelum kejadian, Senah mesej salah sorang membe opis yang tinggal kat area Semenyih. 'Along, semenyih hujan x? mak xbagi pegi panjat broga kalo mlm ni hujan.Tq.' Lamaaaaa Senah tunggu. Padahal dia tau kitorg geng2 opis nak pegi panjat bukit esoknya. Last2 tak reply. Kena sms membe lain pulak mintak ramalan kaji cuaca. Isnin minggu depannya, pegi opis jumpalah membe yang Senah sms tu. Senah tanya, apsal tak reply sms Senah. Dia kata takde dpt sms apape. Senah cek2 nombor phone. Rupanya selama ni Senah save nombor phone ex-Boss Kecik Senah atas nama dia! Kantoi! Patut lah tak balas sms Senah. Hadoi lah!! Seb baik macam kes pertama, ayat Senah boleh kira sopan santun lah jugak. Biasanya, Senah kalau sms Adik Baru main pakai baby baby je panggilannyer. Kalo dengan Along tu plak selalu Senah selitkan sekali ayat2 kutuk-mengutuk kalau berborak dengan dia. Haih, mujur sungguh kanz...... Kes ketiga, masa kat opis. Masa tu Senah bertembung dengan sorang menejer ni. Ternampak je muka dia, Senah terus teringat Senah ada 'hutang' email dengan dia. Sebab otak Senah serabut kan, Senah terus je minta maaf pada dia sebab lupa send email tu. Malangnya, Senah tak call nama dia. Senah terpanggil nama bapak dia! Cth: namaya Ali bin Dolah. Senah tercakap, "Sori En Dollah, terlupa nak send email yg haritu..." Tak ke kuang ajau benau bunyiknyer?!! Serta merta dia melenting. Katanya, "Selamba awak panggil saya Dollah. Awak tau tak Dollah tu nama bapak saya. Nama saya Ali!" Duh duh duh!!!! Walaupun dia tau Senah tersilap dan dia pun cakap dalam nada bergurau, tetap saja rasa diri sungguh dowh! Terpaksa Senah minta maaf lagi pada dia. Dem!! Sebelum cuti panjang Chinese New Year haritu, Senah ada pelbagai meeting. Namanya pun cuti panjang. Nak buat meeting lepas cuti lama sangat nak kena tunggu. So, masing2 buatlah sebelum cuti. Tengah2 meeting, dapat call dari sorang mamat yang keje sebumbung dengan Senah. Call guna nombor opis. Andaikan namanya Zikri dan dia bertanya tentang equipment jenis A. Seminit lepas tu Senah dapat call satu lagi. Nombornya lebih kurang nombor yang baru sebentar call Senah. Andaikan nama pemanggilnya Fikri. Juga bertanya tentang equipment jenis A. Bezanya bertanya tentang hal lain dari hal yang ditanya Zikri. Tak berkaitan langsung. Habis meeting Senah semak semula apa yang diminta Fikri dan Zikri. Senah select last answered number pada phone. Lepas beri salam, Senah dgn tak menyempat2 terus tanya soklan bertubi2. Malangnya, Zikri jawab macam sure tak sure jer. Lor, bukan tadi ko yang beria2 tanya ker? Dia tanya Senah ni jenis equipment apa? Senah cakaplah, equipmnet A. Hmm, betullah kan? Tapi dia masih confius2..... Dah lama Senah cakap macam2, dah keluarkan fakta itu ini, last2 Senah baru sedar Senah call Fikri bukan Zikri!! Sebab masa lepas bagi salam tu Senah cakap hello Zikri, bunyiknya lebih kurang sama je dengan hello Fikri kan?? Sape soh nama korang lebih kuang sama........ Hadoiiiiilah~~ Senah.... Senah....... Apa nak jadik neh??? *geleng kepala* -End-

Benarkah menunggu cinta ibarat menunggu bas? Part 1

Satu masa dulu.

"Kak, lama lagi ke bas nak sampai?" Muka resah gelisah. Mata jeling2 pada jam tangan.

"Dik, tunggu bas bukan depan kaunter tiket. Tunggu kat platform. Nombor platform ada tulis kat tiket." Muka menyampah. Mata jeling2 kat kita.
.
.
.
.
.
.
.

....

Cinta,
Kalau tunggu di tempat yang salah memang tak sampai ke destinasi.
Haih.

07 February 2011

Benarkah menunggu cinta ibarat menunggu bas? - Intro

Satu hari
Dalam kesesakan di kawasan Bangsar
Sedang duduk melangok dalam kereta
Terpandangkan LRT melintas atas kereta
Ntah da berapa kurun tak naik LRT

Hmm,
Dolu-dolu
Masa ada Friendster
Ada jugak lah tulis kisah2 yang berlaku dalam LRT
Sebab dulu pengguna LRT tegar

Tiba2 terfikir
Sebelum jadi pengguna LRT
Terlebih dulu jadi pengguna bas tegar

Apa salah imbau kenangan kan?

:) :)

Esok ulangtahun abah saya... :)

Dah lama tak update blog.
Terlalu banyak cerita sebenarnya yang nak dituliskan.
Tentang piala AFF, tentang percutian ke PD, tentang trip ke Broga, tentang Datuk Lee Chong Wei yang tewas untuk sekian kalinya dengan Lin Dan, tentang seseorang, tentang cuti Tahun Baru Cina, tentang JB yang banjir, tentang preview The Green Hornet.
Haihh....

Tapi, saya dalam mood patah hati.
Terlalu patah hati.
Dan, sudah terlalu lama patah hatinya barangkali.

Masa lapang terlau sedikit sekarang.
Kemalasan juga menjadi faktor penyumbang.
Tapi yang paling membuat saya menjeruk rasa...
.
.
.
.
Harap je kerja di syarikat komunikasi,
tapi internet rumah sendiri pun masih makan diri hingga kini.
Haih~~



*sambung patah hati*