17 May 2009

Kerja Baru Saya

Saya berdebar.
Mulai 1hb jun saya akan bertugas di unit yang baru.
Biarpun dalam bangunan yang sama dan rakan pejabat juga orang yang sama, tapi ia membawa perubahan besar buat saya.
Tempat duduk saya berubah.
Staff saya berubah.
Rakan sekeliling juga orang yang berlainan.
Boss saya juga orang lain.
Vendor juga lain.
Kerja juga akan lain.

Esok bermula lah hari penyerahan tugas2 baru kepada saya.
Saya sudah mula berada di tempat duduk baru yang bukan lah jauh sangat pun dari tempat lama saya bagi tujuan pembelajaran.
Saya berdebar.
Juga sedikit teruja.
Hidup, memang sentiasa berhadapan dengan perubahan.
Setiap masa.

Saya, orang yang boleh menerima segala dengan baik.
Positif.
Dan penuh hikmah.
InsyaAllah.

13 May 2009

Selfish

Ada orang, hidupnya sangat penting kan diri sendiri.
Dia itu misalnya.
Kalau minta tolong pada kita, bukan main manis ayatnya.

Tapi, cuba kau minta bantuan dari dia.
Dengan muka yang langsung tak sudi nak pandang kita, jawabnya terhegeh2 dan ayat pun sekadar....."Entah lah, cuba awak tanya si Polan atau si Polan." Dengan SUNGGUH IKHLAS!!

Terima kasih.
SAYA AMAT HARGAINYA!
SUNGGUH MEMBANTU!

08 May 2009

Bukit Raja yang bersaiz itu.

Kerja aku, lebih banyak guna perkataan ringkas bagi mewakili tempat.
CBJ misalnya, untuk Cyberjaya.
BTH untuk Butterworth.
JKN bagi Jalan Kebun.
Atau LBN untuk Labuan.

Brother2 kat tempat aku kerja pula sekarang sudah bijak guna perkataan panjang.
Satu hari seorang brother kecil dan brother partner bercerita di sebalik partition masing2.
Sebelah menyebelah.
Aku tak berapa ambil kisah walaupun aku cuma duduk berhadapan dengan mereka.
Hal kerja barangkali.

Tapi tiba2 aku terdengar brother kecik sebut 38B pada brother partner.
Ya..... itu bukan kod, ID mahupun profile yang biasa kami gunakan.
Bukan.
Kemudian diikuti dengan ayat........ "Bukit Raja punya."
Aku terus menyampuk dengan tak agak2.
"Kau cerita pasal saper neh??!"

Brother kecil terkejut dan tersipu2.
Katanya cekap sungguh aku menangkap kata tersirat.
Aku balas....... "Helloooo... Aku ada adik lelaki, aku ada pakcik2 yang sangat suka topik tersebut yer! " Dengan penuh sinikal.
Dasar! Ingat aku hati suci kah?
Chaiitt!



Kerja aku, lebih banyak guna perkataan ringkas bagi mewakili tempat.
CBJ misalnya, untuk Cyberjaya.
BTH untuk Butterworth.
JKN bagi Jalan Kebun.
Atau LBN untuk Labuan.

Brother2 kat tempat aku kerja pula sekarang sudah bijak guna perkataan panjang.
Satu hari seorang brother kecil dan brother partner bercerita di sebalik partition masing2.
Cerita tentang Bukit Raja.
Atau perkataan pendeknya, BRA.

06 May 2009

Aku yang tidak dialu-alu

Sejak dapat tahu aku akan dipindahkan ke unit lain selepas ini aku perhatikan staff asyik tanya bilakah aku akan blah.
Lagak orang yang tak sabar2 aku pergi dari situ.
Ya, aku tahu.
Dia sangat teruja dengan pemergian aku itu.
Sabar ye, aku akan pergi juga.
Tapi pergi tak jauh mana.
Huhuhuhu.......

04 May 2009

Cuti-cuti Malaysia_Port Dickson

Ya, setelah sekian lama meninggalkan blog bersawang akhirnya aku kembali menghapdetnya.
Buntu wey nak tulis aper.
Terlalu banyak perkara terjadi dalam hidup.
Cewah, ayat!

Mula2 aku bizi kerja luar.
Asyik berulang merentas negeri.
Walaupun penat, tapi sesekali 'lari' jauh sikit dari pejabat memang seronok woo...

Lepas tu diserang sakit kepala melampau.
Aku syak 'tulah' dari boss sebab terlalu banyak mengelak kerja dan boss.

Minggu lepas aku balas dendam.
Amik cuti straight seminggu.
Biarlah dituduh balik bertunang sekali pun.
Ader aku kesah?!
Aper ingat orang bertunang je boleh cuti panjang??

Aku start cuti 27hb.
Jumaat 24 hb tu aku dah siap2 pack barang nak balik JB.
Petang tu tepat pukul 5 kalut ribut aku gerak.
Aku singgah tidur malam tu kat Melaka.
Kasik rehat urat2.
Sabtu pagi2 aku cabut, sebab nak makan tengahari kat rumah punya pasal.
Hehe, lorat betul kan?

Aku stay JB dari Sabtu sampai Khamis.
Punyalah penat.
Rumah buat sikit renovation, tapi habuk bukan men lagik.
Kitorang ubah sikit kedudukan perabot dalam rumah. Takde kena mengena dengan fengsui atau yingyang. Kami juga buat operasi 'pembersihan'.
Memandangkan tinggal seorang je lagi 'putera bongsu' yang masih bersekolah, jadinya banyak lah nota2, buku2 rujukan yang di hapuskan dari rumah.
Samada diberi pada anak2 jiran dan sedara mara, atau terus dibakulsampahkan seandainya nota atau buku2 tersebut lebih menyerupai kertas balut nasik lemak sahaja.


Khamis pagi aku gerak balik Sri Kembangan. Aku bawak Ana sebagai peneman memandangkan dia pun tengah cuti matrik sekarang.

Jumaat pagi kitorang gerak ke Gombak.
Jemput Amad pulak untuk terus ke PD.
Orang Malaysia memang suka dapat cuti agaknya.
Cuti melambak sepanjang tahun pun, asal ada cuti panjang sikit, berpusu2 lah orang keluar memenuhkan jalan raya.
Bayangkan lah, dari Gombak ke PD, perjaalanannya lebih lama dari masa yang kau amik untuk balik dari JB ke Sri Kembangan.
Dah rasa kebas dah dok dalam kete.
Separuh jalan, kakak aku call.
Ketenya yang dari Melaka nak menuju ke PD terlibat eksiden la pulak.
Takde lah kecederaan apaper, tapi kemek jugak lah depan kete nya.
Hmm, hilang sikit perasa nak bersuka ria time2 cuti.

Aku cadangkan pada mereka2 yang sedang stress bekerja atau belajar, bawa2 lah bercuti.
Ia adalah terapi yang terbaik bila berada di samping orang2 yang kau sayang.
Tapi, jangan salahkan aku kalau lepas cuti panjang kau jadi macam aku.
Sampai sekarang takde mood nak bekerja.
Hadoi!

Ayat - ayat chenta [chapter1]

Cinta bukan untuk di cuba-cuba
Ia adalah apabila dua hati telah pasti

Ewahh!! :p