04 May 2009

Cuti-cuti Malaysia_Port Dickson

Ya, setelah sekian lama meninggalkan blog bersawang akhirnya aku kembali menghapdetnya.
Buntu wey nak tulis aper.
Terlalu banyak perkara terjadi dalam hidup.
Cewah, ayat!

Mula2 aku bizi kerja luar.
Asyik berulang merentas negeri.
Walaupun penat, tapi sesekali 'lari' jauh sikit dari pejabat memang seronok woo...

Lepas tu diserang sakit kepala melampau.
Aku syak 'tulah' dari boss sebab terlalu banyak mengelak kerja dan boss.

Minggu lepas aku balas dendam.
Amik cuti straight seminggu.
Biarlah dituduh balik bertunang sekali pun.
Ader aku kesah?!
Aper ingat orang bertunang je boleh cuti panjang??

Aku start cuti 27hb.
Jumaat 24 hb tu aku dah siap2 pack barang nak balik JB.
Petang tu tepat pukul 5 kalut ribut aku gerak.
Aku singgah tidur malam tu kat Melaka.
Kasik rehat urat2.
Sabtu pagi2 aku cabut, sebab nak makan tengahari kat rumah punya pasal.
Hehe, lorat betul kan?

Aku stay JB dari Sabtu sampai Khamis.
Punyalah penat.
Rumah buat sikit renovation, tapi habuk bukan men lagik.
Kitorang ubah sikit kedudukan perabot dalam rumah. Takde kena mengena dengan fengsui atau yingyang. Kami juga buat operasi 'pembersihan'.
Memandangkan tinggal seorang je lagi 'putera bongsu' yang masih bersekolah, jadinya banyak lah nota2, buku2 rujukan yang di hapuskan dari rumah.
Samada diberi pada anak2 jiran dan sedara mara, atau terus dibakulsampahkan seandainya nota atau buku2 tersebut lebih menyerupai kertas balut nasik lemak sahaja.


Khamis pagi aku gerak balik Sri Kembangan. Aku bawak Ana sebagai peneman memandangkan dia pun tengah cuti matrik sekarang.

Jumaat pagi kitorang gerak ke Gombak.
Jemput Amad pulak untuk terus ke PD.
Orang Malaysia memang suka dapat cuti agaknya.
Cuti melambak sepanjang tahun pun, asal ada cuti panjang sikit, berpusu2 lah orang keluar memenuhkan jalan raya.
Bayangkan lah, dari Gombak ke PD, perjaalanannya lebih lama dari masa yang kau amik untuk balik dari JB ke Sri Kembangan.
Dah rasa kebas dah dok dalam kete.
Separuh jalan, kakak aku call.
Ketenya yang dari Melaka nak menuju ke PD terlibat eksiden la pulak.
Takde lah kecederaan apaper, tapi kemek jugak lah depan kete nya.
Hmm, hilang sikit perasa nak bersuka ria time2 cuti.

Aku cadangkan pada mereka2 yang sedang stress bekerja atau belajar, bawa2 lah bercuti.
Ia adalah terapi yang terbaik bila berada di samping orang2 yang kau sayang.
Tapi, jangan salahkan aku kalau lepas cuti panjang kau jadi macam aku.
Sampai sekarang takde mood nak bekerja.
Hadoi!

No comments: