29 August 2008

Untuk kesekian kalinya menipu perasaan sendiri
Berbaloikah??

27 August 2008

Hujan di hati

Permulaan pagi yang penuh durjana
Saya tidak mahu menghurai segala apa yang berlaku
Cukuplah sekadar saya katakan saya telah diPANGKAH BESAR oleh boss besar kami hari ini
Kesilapan itu milik ramai orang
Tapi saya menanggung tuduhan itu sendiri
YA, pagi ini sungguh menyakitkan
Semua orang keliling merasa tempias kemarahan boss besar itu
Saya cuba menunjuk protes di belakangnya
Sesuatu yang tak pernah saya buat di hadapan banyak orang
Saya hempas telefon pagi ini tapi saya memohon maaf kemudiannya pada semua orang atas keterlanjuran saya
Kerana saya terlalu emosi
Pagi saya penuh kalut demi memuaskan hati seseorang
.
.
.
.
.
.

Satu e-mail masuk ke inbox saya
"tqvm" - dr boss besar itu

Saya tak perlukan yang lain untuk mengembalikan hari saya

"Oiit, dah kena marah boss pun bleh nyanyi2 lagik?" - Manager (merangkap boss kecik)
"Ini yang namanye terapi....." - Saya

Saya melupakan segala yang dikatakan pada saya pagi tadi, cukuplah sedikit kata penghargaan untuk membasuh luka2 itu. Kerana saya bukan pendendam.

-End-