23 July 2008

Kami lunch bersama untuk dua hari ini

Aku melarikan diri dari kalut ribut di pejabat
Ya, 4 hari berkursus jauh dari segala arahan boss2
Kerja aku hanya 'berkoma' belum menemui noktahnya
Maka aku masih meletakkan perasaan siap sedia apabila pulang semula ke pejabat Jumaat ini

Maaf, aku tak mampu menulis panjang
Bilik kursus terlalu sejuk lalu membekukan seluruh anggota termasuk pangkal saraf otak aku

-End-

04 July 2008

Hari ini 1 Rejab

Aku tau, harusnya aku berpuasa untuk meraikan kedatangan bulan yang mulia ini
Malangnya tarikan untuk berpoya2 buat kali terakhir untuk 'Cik' yang bakal bergelar Puan itu lebih menggoda.
Makanya aku simpan saja niat suci murni aku.
Ya, 1 Rejab dan Jumaat yang mulia dicabuli tiket wayang dan parti pijama.
Aku fikir, untuk giliran aku nanti, aku akan undang teman2 untuk buat qiamulail bersama.

Cuma sekali saya terliwat, maaf...lewat!

Saya merempuh perjalanan berkali2 ganda jauhnya sekarang
Saya bersiap satu jam lebih awal berbanding dahulu
Dan pastinya perbelanjaan saya meningkat
Walaupun ruangan kerja saya juga telah dicabuli
Saya masih dalam proses menyesuaikan diri
Dan saya tetap meletakkan harapan positif untuk segalanya.