30 January 2014

Two.Underweight.Ladies.

Opis aku sejak dua menjak ni dilanda fenomena angin kelucahan selak2 kain gituw.
Angin kuat.
Habis terbang daun2, pasir2 bagai.
Maklumlah dok coastal area kata orang putih.

Tadi, masa nak pegi breakfast dgn opismet sekali lagi kena tiup angin kuat dekat pondok guard.
Habis kelam kabut kaver tudung depan belakang, kaver baju.
Mujur pakai seluar harini.
Opismet aku extra gelabah sebab pakai kain pulak.

Balik sarapan singgah pondok pengawal keselamatan dekat pintu pagar masuk opis.
Tau brother guard tu cakap ape?
Len kali korang ikat tali kat pinggang pastu ikat kat tiang.
Time kena tiup angin boleh buat main layang2.



Tak ke kuajo bunyiknye.


Ciss.


No comments: