28 June 2009

Hmmm....

Aku, sekarang jauh nun di utara.
4 hari lagi aku balik.

Cek nak makan pasembor....
Nanti cek bawak balik jeruk salak untuk hang....
Muahahhaha!

Lawatan sambil kerja memang menyeronokkan!


28062009 : 2257 pm
Tomok - Rindu Terhenti
Seberang Jaya

23 June 2009

Aku kembali, geng!

Yeah...setelah sekian lama berkubur bertapa dalam perasaan malas yang membuak2 aku kembali menulis.
Itupun setelah diracun baeekk dengan Cik Zati yang menyindir2 bilakah aku nak menyapu sawang2 blog ini.
Terima kasih minah.......kerana mu aku bertekad. Malam ni jugak tanpa bertangguh! Cayalah Senah!

Aku bukan setakat malas, perasaan aku pelbagai sebenarnya.
Ada rasa letih, rasa menyampah, merajuk hati, suka terlebih (terlebih sudah - kata Stacy!), sayu, miang2 gatal, rasa bodoh, marah dendam segala bagai lah pendek kata.
Aku janji pada diri sendiri, aku tulis blog adalah sebagai ingatan untuk diri sendiri untuk setiap apa yang terjadi dalam hidup aku.
Supaya aku tak lupa.
Supaya aku sentiasa ingat perkara2 yang istimewa dalam hidup aku.
Perkara2 tragis.
Mahupun perkara2 lagha.
Setiap satu perasaan memberi erti yang besar untuk aku teruskan hari2 mendatang.
Tapi aku jugalah yang melanggar janji pada diri sendiri.
Macam manalah nak tunaikan janji pada orang lain macam ni?
Haaaiiihhh.........

Banyak perkara berlaku akhir2 ni.
Dari kisah kenduri yang salah tarikh, kenduri kahwin Wani sebagai tapak pertemuan ahli2 Heksasianoferat, cuti2 Malaysia, pertukaran unit di tempat kerja hinggalah kekalutan di opis akibat audit yang menjengah.

Tapi hal terbesar yang berlaku of coz lah, trip ke Terengganu dengan opismet2 hampir sebulan yang lepas.
Walaupun cerita dah agak basi, tapi kesannya amatlah mendalam.
Trip nya pendek.
Jumaat malam 29hb May tu kitorang berkumpul kat perkarangan opis.
Pagi esok sampai ke jeti, bertolak ke Pulau Kapas, then petang turun laut untuk mencandat.
Pagi Ahad mandi manda, kayak, snorkeling then balik ke jeti semula. Lepas shopping batik kat Arfah Batik dan Pasar Payang, dan borong keropok di Losong, kami bertolak balik ke opis.
Isnin, 1hb June..... Masing2 amik cuti..... Haha!
Tapi..........
Perghh pengalaman beb.... Mabuk laut!
Hahaha...... Akibat nak sangat join geng2 lain pergi mencandat, aku tekad kan je hati nak turut sekali petang tu.
Belum masuk maghrib dah tumbang!
Macam mana lah nak tunggu sampai subuh??
Sotong pun dah tak berapa nak banyak, tapi berbaloi.... dapat sekor ikan layaran yang sebesar badan aku...
Pergh, bukan senang nak dapat......masak sedap tuh!
Kitorang beramai2 kenduri ikan seminggu tu. Sakan.
Bergambar kat sana tak payah cakaplah...
MasyaAllah banyaknya..... Habis semua sudut di amiknya.
Bukan aku, opismet aku.
Well, yang bujang hanya 3 ketul, haruslah gambar kami yang banyak kanz...
Dan sebagai seketul bunga sahaja di situ haruslah gambar aku yang mendominasi kamera2 mereka.... Hahahhaa!
Korang boleh check kat friendster aku kay! Aku akan upload secepatnya.... InsyaAllah!

Minggu depannya, aku ke Melaka.
Balik kampung untuk ke majlis kenduri Na, satu2nya teman Heksasianoferat yang tiada di kenduri Wani bagi persiapan majlis sendiri. Kami faham Na......sungguh!
Yang lucunya, aku dengan semangat berkobar2 balik ke kampung tanpa membawa balik kad jemputan kawen Na.
Dan..... aku, sekali lagi dengan konfidennya menyangkakan majlis Na berlangsung hari Sabtu.
Ini kali kedua aku tersalah tarikh majlis perkahwinan orang... Aku cuma berharap majlis aku sendiri nanti aku tak terlupa!!
Mujur Na, mujur sekali aku teringat....
Majlis Ros, ex-rumet aku di Keramat itulah yang berlangsung hari Sabtu sebenarnya.
Dan demi nak pergi kenduri kau Na, aku terpaksa melepaskan kenduri Ros di Kelantan itu. Kau patut terharu kerana aku memilihmu berbanding dia.... Ahaks!!
Ketika itulah aku sedar yang kenduri kau hari Ahad sebenarnya.
Dan macam yang aku beritahu, aku terlupa bawa balik kad jemputannya.
Macam mana nak cari rumah pengantin??
Biarpun tanpa teman Heksasianoferat yang lain, aku tekad kan saja diri pergi sendiri.
Mujur sekali lagi Na, Alhamdulillah.... kebetulan adik aku pun ader kat kampung dengan kawan matriknya. Maka, aku angkut sajalah gadis2 sunti itu bersama.
Aku minta Cik Yan sms kan pada aku alamat umah husband mu......
Dan beruntunglah kerana aku tidak mudah panik dalam mencari arah ketika kesesatan (sebab dah biasa sesat kanzzz.... ;p) senang saja rupanya.
Maaf Na, aku tak sempat beli hadiah untuk kau..... Aku kalut berpindah unit selepas sakan berpoya2 di Terengganu, tanah tumpah darah mung! Yang penting kesungguhan aku untuk datang ke majlis mung, tak gitu Na?? ;p ;p

Di unit baru pula, aku punya 2 orang staff.
Kami duduk selorong.... Ya, tiada lagi ruang privacy berpatition segala bagai itu! :(
Tempat duduk kami bagai bursa saham. Sangat besar. Berlatarkan skrin besar dikelilingi cermin kaca bagai akuarium yang mana orang2 di tingkat atas boleh mengintai setiap gerak geri kami.
Apa saja laman web yang dibuka, umat di tempat duduk belakang boleh tumpang membaca sekaki. Setiap perkataan yang kau tutur di telefon sangat lah boleh turut didengar makhluk sebelah. Kau boleh bayangkan?
Itulah sebabnya kenapa aku tak lagi menghapdet blog ini di opis. Aku kerja komited sekarang!!
Berbalik isu staff aku tadi.
Kedua2nya lelaki.
Aku gelar lorong kami lorong muhibah.
Kerana seorang berbangsa india, beragama Islam. Bujang (agak berumur sebenarnya), kaki bowling dan suka speaking dengan aku....
Dan seorang lagi berbangsa iban-cina, beragama Kristian, orang Sarawak tapi wife dia minah Siam. Kaki karaoke lagu2 Melayu terutama lagu rockapak.
Dan percayalah, kedua2nya boleh berbahasa dengan pelbagai bahasa.
Jadi dengan selambanya kadang2 mereka berbahasa luar ini di sambil aku buat muka 'aku tak paham korang cakap haper neh!' di sebelah.
Ini, kalau dikupas cerita sepanjang aku duduk selorong dengan depa ni (yang belum sampai sebulan pun) saaaannnngggggaaaaat lah banyak cerita yang menarik! Pergh, bukak mata lah kater orang duduk dengan depa neh! Nampak donia sebenar dowh!

Nampaknya, aku telah dirasuk semangat tak munasabah.
Aku terpaksa hentikan di sini sebelum aku menulis dengan lebih panjang lagi.
InsyaAllah aku akan updet lagi dari masa ke masa.
Chow dulu geng!


230609 : 2147 pm
Jamrud - Maaf
Sri Kembangan

08 June 2009

S.O.S

Aku, terlalu banyak perkara yang nak diceritakan.
Tapi, disebabkan aku teramatlah rajin nak menghapdet blog ini... Maka bersawang lagilah ia.

Maaf, akan aku usahakan mendapatkan semula kerajinan aku yang sudah hilang.

080609 : 2025
Afgan - Entah
Sri Kembangan