27 July 2011

Ganti

Puasa tahun lepas pun belum habis ganti,


kau dah buka tempahan kuih raya....



Agak2 lah kakak oiii~~





-End-

23 July 2011

Harimau

Aku kena mengaku,

tonton bola malam ni memang sangat emosi.

Aku syak, aku memang tak boleh tonton bola selalu.




Kalau hari2 macam ni, boleh kena sakit jantung....


-End-

22 July 2011

CEKIK

Satu pagi.

Aku terlewat datang ke opis.
Jeling2 tengok jam. Lagi 5 minit pukul 9 pagi.
Cepat2 aku tapau makanan kat kafe, makan kat pantry.
Da janji dengan adik-baru dan brother-pakcik mahu ke site arini.
Sambil makan jeling2 henpon.
Ada miskol dan mesej dari brother-pakcik yang bertanyakan keberadaan aku.
Huhuhu, x sampai 10 minit da abes makan.
Air pon x sempat aku teguk.

Sampai kat meja baru aku teguk air.
Tanya pada brother-pakcik bila mau ke site.
Katanya, kol 10. Sbbb vendor datang kol 10.

Maka aku dgn baik hatinye tny kat brother berdua da mkn ke belum.
Lepas masing2 kata belum, aku skali lagi bermurah hati soh diorg g makan dulu.
Kot nnt site visitnya lama, lapar pulak.
Maklumlah, macam2 nak kena check kat site tu nnt.

925, diorg tinggal kan aku menuju ke kafe.
Aku siap tinggalkan pesan supaya tapau dan makan saja di pantry memandangkan kebelakangan ni bnyk aduan dari boss2 tentang makan di luar waktu rehat.
Ye, sungguh macam skolah!

Aku siapkan serba sikit keja yang bertangguh.
Kang pergi site, bertangguh lagi. Baik habiskan mana yang boleh.
Aku jeling jam besar di skrin depan.
0945.
Eh? Mana mamat2 neh? Makan ke buat makanan ni? Haiihh...

Aku sambung buat kerja.
Diorg ni bergosip ke haper ni... Lambat benoo..
Aku tunggu
Tunggu
Dan tunggu lagi.
Aku sikit punya lah makan macam kartun tadi, diorg ni sempat bersolek ke haper??

1020.
Haihhh, makcik x bole sabo lagik da neh!
Aku keluarkan henpon dan mesej ke adik-baru
Korg ni g mencekik ke dah tercekik???

Tak sampai 5 minit, terjengul mamat berdua tu.
Hah! Tau pon muncul....
Len kali kasik lagi perempuan meroyan,
kan pagi2 da dapat mesej sadis!





Seb baik tak kena carut.




-End-

16 July 2011

The Reds

Meriahnyer.....
Nisfu Syaaban kali ni, kamu-kamu sambut dengan sorakan dan riang ria.
.
.
.
.
.
.
.
.
Harap2lah tak tuang solat maghrib beramai2....
.
.
.
.
.
.
.
.
Hai lah bola~~

-End-

15 July 2011

Kamu....

Hati,


seminit pun kau dah pandai berkira dengan aku sekarang.


Belum lagi sejam, sebulan mahu pun setahun.


Macam mana lah aku nak bertahan.



-End-

12 July 2011

:D

Tengahari tadi, aku dan brother pakcik ketawa berdekah2 baca satu entri ni.
Aku fikir korang pon boleh tumpang berdekah2 bersama2........



-End-

08 July 2011

Gerimis

Malam semalam,
saya berchatting sebentar dengan Cik Ian.
Kami tak sempat bercerita tentang hal ehwal gosip tingkap kami seperti biasanya akibat kekangan masa dan peluang.
Cik Ian tinggalkan saya dengan petua supaya saya cuba tidur dengan beralas bantal di kaki bagi mengurangkan bengkak dan rasa sakit yang belum berkurang.
Saya cuba untuk menurut nasihat Cik Ian.

Malangnya,
malam tadi juga saya mengalami hidung tersumbat.
Abah pesan, jika hidung tersumbat tidurlah dengan bantal di kepala lebih tinggi dari biasa.
Untuk memudahkan bernafas ketika lena.
Saya serba salah.
Bantal sudah jadi taruhan antara kaki dan kepala.

Akhirnya kaki menang.
Saya tak mahu terus-terusan berjalan dengan langkah yang tempang yang sungguh tidak cool dan chomel itu.
Saya harus kurangkan bengkak di kaki.
Tambahan kepala asyik menikmati empuknya bantal.
Sesekali, kaki juga mahu beralaskan bantal itu.

Jadinya tidur saya tidak begitu nyenyak gara2 hidung yang tersumbat.
Juga disebabkan kedudukan kaki yang lebih bongkak dari biasanya.
Pagi ini saya terjaga dari tidur bukan disebabkan azan Suboh mahupun alarm yang berbunyi.
Saya terjaga gara2 hidung yang tersumbat serta bersin yang tidak henti2.

Saya ke pejabat juga hari ini.
Cukuplah bercuti sakit selama dua hari ini.
Sudahlah baru pulih dari kecacatan kaki
Hari ini saya datang membawa penyakit lain pula.
Bila asyik dilanda sakit begini, barulah sedar betapa nikmatnya sihat itu.
Hu3.....

Dan untuk Cik Ian,
Terima kasih atas nasihat kamu itu.
Bengkak di kaki berkurang dengan jayanya hari ini...
Yeay! :)

07 July 2011

Malam ini saya pakai baju kuning, so what??

Seorang teman pernah beritahu saya.

Dunia, adalah tempat manusia menunaikan segala hak.
Manakala akhirat, adalah tempat di mana kau menuntutnya.

Tapi,

Manusia sekarang terlalu tamak dan pentingkan diri.
Dunia, dijadikan tempat untuk menuntut segala hak.
Tanpa diri sendiri menunaikan hak sebagai manusia dan hambaNya.

Aku fikir,
katanya2 nampak relevan sekarang.


-End-

Doctor Love

Dah dua hari asyik hadap makan ubat.
Tekak naik mual2 dan selera makan bagaikan tersekat.
Yang bencinya, makan ubat selalu buat perut selalu je kelaparan...
Asyik nak melantak je walau selera tak berapa bagus....
Hu3... Macam ni pon ada orang dalam dunia ni kan??
Perut lembu~

Tapi mujurlah masih ada ubat tambahan lain.
Ia dari doctor love-doctor love yang saya sayang.
Dan saya sangat sukakan ubat2 ini.
:) :)




Hati saya, ada doktor2 yang menjaganya.... Awww~~

06 July 2011

*Magik!*

Arini doktor buat silap mata kat saya...
Walaupun merah dan bengkak pada kaki saya langsung tak surut,
tapi rasa sakit sudah hilang dalam masa yang singkat.
Terel sungguh!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
(sebab telah tido a.ka. pengsan separuh hari dengan jayanya~)

Tsk3..... (-_-')