24 May 2010

Saya suka hari ini.

Aku tahu... aku tahu....
Setelah berpenat lelah 5 hari 4 malam di pantai timur aku wajar dapat book off hari ini.
Tapi aku tetap gigih gagahkan hati pergi jugak kerja walau badan masih kejang urat.
Kau harus tahu, selama berulang-alik Cyber-Jerangau-Kuantan-Jerangau-Kuantan-Jerangau-Cyber tu hanya aku seorang yang memandu. Giler kental.
Brother apek takde lesen kereta.
Sebab lupa renew lepas lebih setahun lesen expired.
Dia kata dia lelaki tak guna. Dia kata, bukan aku.

Pagi2 aku bangun dengan semangat baru.
Ya, usia juga sudah masuk baru.
Sempat dapat 'hadiah' paling awal dari diri sendiri.
Luka dan lebam di lutut akibat langgar bucu katil masa kelam kabut bersiap ke opis.
Ya, aku syak katil pun dah mula benci aku. Asyik meninggalkan dia sepi di malam2 hari.
Akibatnya, aku 'tempang' untuk sehari ini.

Aku terima ucapan.
Dari adik2.
Dari kakak.
Dari abah.
Dan dari mak.
Cukup.
Tak perlu ucapan dari yang lain, aku dah cukup gembira.

Brother apek juga wish.
Ya, aku terkejut dia juga tak ambil book off hari ni.
Gigih simpan book off untuk cuti minggu depan.

Aku dapat staff baru.
Bakal menggantikan brother seorang lagi yang bakal pergi.
Pakcik tu pindah tak jauh.
Masih di bawah satu unit besar, cuma bertukar boss. Dan aku bertukar staff.
Walaup sedih dan terkilan, aku pasrahkan hati.
Manusia memang datang dan pergi dalam hidup kita.
Macam umur juga.
Lepas ni takde lah orang nak menjeruk kat sudut hujung lagik.
Huhuhu, i'm gonna miss him!

Apape pun, syukur banyak2....
Dipanjangkan usia untuk setahun lagi.
Semoga beroleh kebahagian dunia dan akhirat.....
Amin~~

*untuk yang wish, tq banyak2!*

23 May 2010

Finally u ols! Finally!

Akhirnya, setelah 5 hari tersadai di negeri2 pantai timur dapat jugak aku jejakkan kaki ke rumah terchenta.....
Yeah, rumah ku sorga ku!
hmmmm huuuuuhhhhh
hmmmm huuuuuhhhhh
*hembus napas dalam2, pastu lepas.....*

Aku rindukan kau bilik!
Aku rindukan kau katil!
Aku rindukan kau bantal!
Walaupun dah 4 malam aku layan tido kat hotel dengan katil besar siap bercomforter bagai, sejuk nyaman aircond, mana boleh lawan layan lena dengan kalian!
*kiss kisss*

Serba sedikit tentang apa yang berlaku kat aku beberapa hari ni.


19/05/2010

Sejak dapat call dari orang Terengganu pagi semalam, aku pergi kerja hari ini dengan dah siap2 pack baju untuk ke sana.
In case kalau orang sana call, rayu kami ke sana lagi hari ni aku dah siap sedia dengan pakaian untuk dua hari dua malam.
Pukul 10 pagi aku dengan brother apek terus bergegas ke Felda Jerangau after buat pertimbangan. Sepatutnya kami bergerak dari semalam lagi, tapi sebab aku macam teragak2 so aku buat janji paling cepat kitorang boleh bertolak adalah hari ini.
Dalam buat keputusan, abah aku selalu pesan.... Kalau teragak2 baik jangan buat.
Sebab tu lah ye kawan2, kenapa aku tak kawen lagi..... *aper kaitan ntah??!!*
Kitorang sampai sana lebih kurang pukul 3-4 petang.
Dengan ditemani 3 orang di site, kitorang tak berlengah2 terus buat kerja sampai pukul 7 malam.
Kami berhenti untuk makan malam dan solat Maghrib sebelum check in di Hotel UITM Dungun untuk malam itu.


20/05/2010

Pagi, kitorang bergerak semula ke Felda Jerangau.
Sampai pukul 4 petang, circuit masih tak up.
Risau tak payah cakaplah..... Dah lah kitorang datang tak bawak spare. Ilmu di dada pun ibarat budak tadika masuk sekolah. Haram tak de basic. Ini kali pertama kitorang attend breakdown untuk system dan brand dari Isreal ni.
Dalam buntu, kitorang cari bantuan dari orang2 site lain.
Setelah susah payah mencari, akhirnya dapat tahu orang di site Bentong ada cd untuk software system ni.
Alhamdulillah....
Kebetulan yang terindah, orang Bentong sedang bermesyuarat di Kuantan hari ini.
Jadi, tak perlu susah payah ke Bentong, kitorang janji nak pinjam laptopnya dulu dan ambil hari ni jugak kat Kuantan.
6 petang, aku pecut kereta dari Jerangau ke Kuantan.
Kusss semangat!
Macam ni rupanya orang2 pantai timur travel malam2....
Dasat....dasat.....
Selamba ayam je lori potong lori kat double line, dekat selekoh maut, kat jalan yang tak berapa luas dan berlampu tu!
Korang memang tak sayang nyawa!
Sampai kat Kuantan kitorang pegi makan dulu.
Alahai, tak sangka, boleh jumpa membe2 seopis kat tengah pekan Kuantan. Siap layan makan ikan bakar ramai2!
Lepas makan kitorang teruskan misi yang belum selesai.
Kitorang ke Ibusawat Alor Akar, test software. Maklumlah, equipment lama, jarang down pulak tu..... Takut2 software dah korup.
Sampai 0100 pagi, kami masih gigih (dan gigil kesejukan!) belajar meng'access' dan meng'explore' software tersebut.
Suksess!
Kitorang check in di Seri Malaysia Kuantan pagi tu.....
*and sori Dina.... aku sangat penat malam tuh!*


21/05/2010

Pagi2 dengan mata rabak dan badan yang letih kitorang berdua bergegas balik ke Felda Jerangau.
Jalan agak lenggang memandangkan Terengganu bercuti pada hari Jumaat.
Kami call vendor untuk backup hari ini.
Lepas Jumaat vendor sampai dengan tanpa spare juga.
Alahai, kecewa bukan main lagi.
Tapi, dapatlah juga belajar serba sedikit ilmu troubleshooting yang tak habis kitorang belajar selama beberapa jam semalam.
Alhamdulillah, lebih kurang pukul 5~6 petang equipment dah up.
Kami semua bersiap bungkus balik dengan hati senang.......
Sekali lagi, sebab tak nak rushing2 (memandangkan esok Sabtu, cuti.... ) kitorang check in sekali lagi di Hotel UITM Dungun.
Siap aku belanja brother apek makan ikan bakar tepi pantai lagi.
Konon2 sempena meraikan kejayaan kami selama 3 hari ni.


22/05/2010

Pagi2, masa nak check out hotel aku dapat perkhabaran burok dari brother apek.
Katernyer, eqmt tu down semuala semalam.
Orang site pagi2 dah call dia minta jangan pulang ke KL dulu.
Alang2 dah datang jauh macam ni, takkan lah kitorang nak balik dengan misi yang tak selesai.
Dari Dungun, kitorang bergegas ke Felda Jerangau semula.
Dah macam kampung sendiri gamaknya. Ulang-alik.
Buntu dengan keadaan, kitorang call membe opis.
Minta tolong carikkan kad2 spare di opis kalau ader.
Maklumlah, masa pergi hari tu memang takde dalam pengetahuan kitorang macam manakah equipment ni punya rupa.
Kitorang guide membe, beritahu nama2 kad yang patut dicari dalam store.
Alhamdulillah... ada!
Kitorang janji bertemu di Kuantan untuk ambil spare.
Kuantan boleh dikata titik tengah antara Cyber dan Jerangau.
Kali ni, pukul 4 petang kitorang dah gerak ke Kuantan.
Serik nak drive dengan driver2 lori yang kamikaze, kitorang diuji dengan hujan lebat sepanjang jalan ke Kuantan.
Allahuakbar! Hebat dugaan kali ni....
Dengan tak lunch lagi, kami makan cikedis2 je sepanjang jalan.
Kepala otak masing2 dah mereng. Stress campur letih. Kitorang layan karaoke berdua dalam kereta.
Kami tunggu sahabat berjasa sampai hantar kad di hentian rehat Gambang.
Sebab tak mahu paksa badan bekerja diluar kemampuan, kitorang pakat untuk sekali lagi stay di Hotel Seri Malaysia Kuantan.
Huuhhh..... hari yang panjang............!


23/05/2010

Hari minggu.
Sepatutnya hari bermalas2 di rumah.
Kini kitorang sedang bergegas kembali ke Felda Jerangau dengan tekad yang bulat. Harus berjaya hari ini!
Walau letih dan rasa busuk (sebab dah pakai baju recycle!) aku gigih gagah kan hati dan diri untuk terus berjuang... Chayok!!
Dan, setelah pelbagai usaha.... Dengan kitorang berdua dah tergolek, terlentang, terlungkup, bersila, bersimpuh, menyangkung, mengiring...... Akhirnya berjaya!
Alhamdulillah..... Belum pernah Dia kecewakan dalam setiap apa yang aku minta.....
Sujud syukur ya Allah!
Lebih kurang pukul 1500 petang kitorang bergerak pulang.
Kitorang sampai di Cyber hampir pukul 2100 malam.
Lepas solat kat opis aku dengan tak berlengah2 terus balik rumah.
Lepas mandi, terus dumm!

*Shutdown~~*

22 May 2010

Krem....

Kaki kanan aku krem.
Bahu kiri aku krem.
Katil berbau minyak angin.
Baju dah bau hangit.
Masuk ni hari ke-5 aku terkandas.

Huhuhu....
Rindu katil kat rumah sendiri (walaupun rumah sewa cuma!)


22052010 : 2337 pm
SeriMalaysia, Kuantan.

18 May 2010

Lima S

Semalam, lepas separuh hari aku berhempas pulas dengan opismet semua buat aktiviti pembersihan sempena kempen 5S (sampai tertoreh jari sendiri masa nak potong kotak2 lama! Duh!) aku terus attend meeting sampai petang. Kiranya sepanjang hari tak menghadap kerja.
Masa balik tu, time aku nak simpan laptop ngan barang2 lain dalam beg aku baru perasan.....
Betapa 5S nya lah beg aku selama ini

Semak
Sesak
Sepah
Sampah
Senah!
.
.
.

Cemerlang!!

15 May 2010

Abang, jangan mengilai.....i takut.......

Satu malam di hujung minggu (beberapa minggu yang lalu) aku di sapa di YM oleh seorang membe.
Anyway, tak lah member sangat pun.
Kenal pun memang dalam YM jer.
Sebab dia ni member pada salah seorang ex-vendor aku dulu yang mana ex-vendor aku dulu tu adalah ex-hosmet pada membe yang aku kenal masa kursus induksi masa nak masuk keje dulu.
Yang mana membe yang aku kenal masa kursus induksi kerja tu adalah 'ala2 skandal' aku di waktu itu.
Pening? Sila abaikan saja. Tak penting!

Sebab lama dah tak online, maka sesi bertanya khabar pun bermula.
Macam2 update. Ayat tak boleh tak standard...
Sihat ke tak?
Keje kat tempat lama lagi ker?
Tinggal mana skrg?
Bla bla bla......
Dan tak terkecuali soalan
Hujung2 minggu macam ni tak keluar ker?
Aku macam biasa lah jawabnya,.
Lately ni banyak keje, wiken pun sibuk.
Masa2 mcm ni lah nak dok rumah.

Dia tanya lagi, dok rumah sepanjang hari pun boleh buat aper? Tak boring tengok tv ker?
Macam lah aku hidup untuk tgk tv semata2... Ceh!
Aku jawab, lebey kurang macam ni lah.....
Macam2 boleh buat,
basuh baju
lipat baju
kemas bilik
layan internet
skodeng abam bilik bawah flat main gitar sambil nyanyi lagu chenta
bla bla bla.......

Dalam banyak2 ayat aku taip, dia boleh copy balik ayat 'skodeng abam bilik bawah flat main gitar sambil nyanyi lagu chenta' then buat ayat gelak 'hahahahhaha' sambil ader 'ikon gelak golek2' kat tepi.
Dia kater, ayat tak menahan.
Apehal?
Betul aper?
Lucu ker?

Sebab kalau korang nak tau,
memang ada mamat kat bilik bawah ni yang selalu2 pagi minggu aku dengar bunyik orang main tembak2 game Zuma ,
bila tengahari atau malam2 sikit dia akan main gitar.
Tak pastilah orang yang sama ke orang lain2.
Aku tak check pulak ader berapa ramai tinggal kat rumah bawah ni (terutama yang bilik bawah bilik aku ni!)
Untuk orang yang sukakan hiburan halwa telinga macam aku ni kira macam bonus jugak lah kan.
Suara boleh tahan lah untuk hiburan ringan2......
Kalau tahap nak lawan suara Faizal Tahir memang jauh lah kan.

Tiba2......
Malam ni dari bilik bawah terdengar suara mengilai daaaa.....
Sangat burok itu suara sampai aku rasa cam nak jerit dari celah tingkap minta dia berhenti gelak.


Nyanyi sumbang takpe lagi bang, lu gelak tahap mengilai wa memang tak boleh blah!

Wishlist.

Office Senah adakan perlawanan bowling hari ni.
Senah tak join tahun ni. Adahal lain.
Lagi pun selama ni main manjang ke longkang je.

Senah singgah MidV, saja nak tengok2.
Datang sekejap je. Tunjuk muka, bagi support pastu balik.

Sebelum balik ada terserempak membe opis yang dah lama tak jumpa.
Katanya pada seorang lagi member
"Senah ni makin kurus kan?"
Membe sebelah mengiyakan saja dengan bersungguh2.
"Mana ada, berat dah naik sekarang ni...."
"Ye ker? Tak percaya lah..."
"Iye kak, dulu 40 kg jer. Skarang dah 43kg."
"Tang mana yang bertambah kau nie?" Sambil kedua2 kakak memandang atas ke bawah kemudian ke atas semula.
"Hehe, makin tinggi kot....."
"TAKDEE MAKNEEEENYEERRR!!"
"Owwhh, ye ker?"
"HAHAHA.....!"

Untuk orang macam saya, tambah tinggi seinci dua pun besar maknanya pada saya kak........;p



15052010 : 1722pm
Alicia Key - No One
Sri Kembangan

FBBFFBBF

14 May 2010 15:03



Dina: salam dah, lm xde citer. ko dpt x jemputan kwin syai?

Aku: Slm. Xdpt pn. Maklumlah, xde bf.

Opppss, aper kaitan kanzz..... delete balik 2 huruf di belakang..........

Aku: Salam. Xdpt pn. Maklumlah, xde fb.



Hahahaha, baru betul!

Fuhh kiri fuhh kanan........

Dear Bro,
Bila lu berada dalam sekumpulan ramai orang pada satu tempat dan lu terasa ingin merokok, wa nasihatkan lu agar mencari ruang yang sesuai untuk berasap.
Kalau pun lu tak mampu bergerak jauh dari tempat tersebut sekurang2nya jangan lah berperangai sangat bangsat dengan menghembus asap sewenang2nya ke muka orang tanpa rasa bersalah.
Tolong fikirkan perasaan orang lain terutama orang2 yang sayangkan nyawa mereka.

Bro,
Wa tau menunggu result tepi kabinet di petang hari yang panas denting seramai 12 orang ini memang sangat bosan.
Tapi lu kelihatan sangat durjana bila lu menghembus tepat2 pada muka satu2nya ciki yang ada di situ.


'Gentleman' sungguh!!


-End-

14 May 2010

Bergabung berkabung.

Atas segala usaha penat lelah aku merempit sambil mencilok kiri kanan dari Bangi semata2 nak sampai rumah sebelum pukul 7 tercapai bila mana aku berjaya melangkah masuk ke pintu rumah lagi seminit sebelum pukul 7.
Tapi apa aku dapat? Dia bagi 0-3 kat aku.....
Huhuhuhuhu..................

Anyway, aku rasa Tabah kena fikir panjang sebelum ucap ayat....
"Kalau ada bomoh2 di sekitar Lembah Klang ni harap bantu lah."
Sampai Abu Bakar Atan tak terkata aper.
Bro, nama je Tabah..... hati tak tabah langsung.....
Bawak mengucap banyak2 bro!

Huhuhu........
Aku berkabung malam ni~~

*emo*

-End-

05 May 2010

(~__~)

Dalam hidup ni, kita takkan selalu dapat apa yang kita mahukan.
Manusia takde yang sempurna, maka banyaklah perkara yang dimahukan sebab manusia memang takkan puas dengan apa yang dah sedia ada.
Ada orang punya motor, selalu berharap2 satu hari akan punya kereta.
Untuk yang sudah punya kereta, selalu berharap untuk punya kereta yang lebih besar dan mewah.
Mahu itu, juga mahu ini.

Saya juga punya banyak kemahuan.
Banyak cita dan harapan.
Tapi saya percaya konsep rezeki yang Tuhan berikan.
Saya mencuba untuk tidak mengeluh.
Mencuba melihat dari sudut, rezeki bukan hanya pada wang ringgit dan materi.
Ia juga ada pada kesenangan hati, kesihatan tubuh badan, masa lapang, keluarga dan teman2 juga manusia di sekeliling saya.
Sehingga kini saya masih mencuba. Ya, mencuba.

Mungkin selama ini saya terlalu selesa dengan apa yang saya ada.
Sama ada Dia menarik nikmat atas keselesaan saya atau memang saya sedang diuji dalam situasi sekarang saya tidak tahu.
Mungkin juga sebagai ingatan buat saya bahawa selama ini saya terlalu berlapang dada dengan semua orang di sekeliling saya.
Saya tak tahu. Saya tiada pengetahuan untuk itu.

Ianya sungguh mengajar saya.
Dalam dunia, bukan semua orang jujur dengan kita.
Masih ada orang bermuka2.
Masih ada yang mahu menikam dari belakang.
Masih ada juga yang suka melihat kejatuhan orang lain.

Saya insaf.
Mungkin selama ini saya juga tak ikhlas dengan sesetengah perkara pada sesetengah orang.
Atau saya sendiri selalu berpura2 baik dihadapan orang.
Juga saya gembira melihat orang lain tak berjaya.
Lalu saat diduga sebegini saya baru tersedar.
Boleh jadi semua yang berlaku adalah sebagai ingatan, atau sebagai balasan.

Hati ini runsing, tapi tak punya kekuatan untuk berkongsi setiap perkara kepada semua orang.
Ia tak semudah yang di sangka.
Andai berkongsi cerita, ia hanyalah sekadar untuk melepaskan rasa beban di dada.
Namun ia tak membawa pergi bersama masalah. Ia tak selesai di situ.

Pinjamkan satu semangat untuk terus mengharungi hari mendatang.
Ia tak semudah menaip tulisan ini, tapi tetap cuba. Ya, akan terus mencuba.


-End-