26 February 2009

Eh ....!!!

Aku suruh kau buat, selamba kau suruh aku balik...........

Sekarang saper boss??
Aku ke kau?!

Dasar!

-End-

Lari-lari anak v5

Cuba teka di mana kami?


Ngeh3.......



260209 : 1005 am
Zamani - Kala Hujan
XXXXXX

24 February 2009

Beep...Beep....

Jikalau u boleh tahan tengok video aksi hebatku,
sila tulis ON GIL dan hantar ke 32338 untuk mendapatkan lebih 100 koleksi videonya!
Pdftrn FREE!

+6019*5*2728

______________________________________________________

Brother2 dekat office baru cerita pasal SMS-SMS sesat ni.
Eh, tak sangka malam ni aku 'orang yang bertuah' dapat SMS yang sama...

Apakah??

Kau boleh cuba siasat kalau kau nak.
Nombor yang diasterisk kan itu nombor yang sama.
Tak susah, hanya 10 nombor pilihan 0-9

Esok aku nak suruh penyiasat peribadi aku bongkar siapakah pemilik nombor keparat ini.
Silap besar.....Siapa suruh dia pakai line Celcom. Muaha3!
Lepas tau siapa dalangnya, aku nak panggil Mazidul Akmal buat liputan dalam 360.
Barulah aku nampak berjasa.
Kalau tak pada negara dan bangsa, sekurang2nya pada brother2 di pejabat.

Kita selongkar permasalahan ini........ Ewah!
;p ;p

Lari-lari anak v4

Yeay.....
Cuti approved!

Tata........


240209 : 1311 pm
M2M - The Day You Went Away
Cyberjaya Exchange

23 February 2009

Kecemasan...kecemasan....

Astagfirullahhal'azim.......
Macam mana boleh lupa nak sidai baju neh??
Dah dua jam dok dalam mesin....
Sampai esok pun takkan kering.
Harus sidai segera!

Neeenooo...neeeenooo.....
Tumpang lalu......

Cargas Senah.....cargas! Haiikk!

Update lah ni......

Pertama2 sekali, aku bukan saja malas nak update
Tapi aku sangat sibuk kebelakangan ni
Sibuk yang betul2 sibuk juga sibuk yang pura2 sibuk
Internet kat rumah pulak problem
Dah 2 minggu malam aku sunyi
Ntah modem yang problem, ntah equipment yang problem atau setting yang silap
Aku pun tak tahu, bukan pandai sangat pun
Harap je keje syarikat tuut itu
Dah bosan2 duduk sorang2 aku pun menggodeh bagai2
Eh, tiba2 pulak boleh online malam ni
Berkat baca Bismillah barangkali..... ;p

Akibat terlalu lama mengabaikan blog, aku jadi kekok nak update
Apa nak tulis neh?
Aku mulakan dengan perkara2 yang aku ingat berlaku dalam bulan ni mengikut turutan hari

Pernah tak kau rasa sakit hati yang amat sangat pada seseorang sampai kau rasa tak mahu tengok muka dia, hatta dengar suara dia?
Aku rasa dah terlalu lama aku tak rasa benci yang macam tu sekali sekarang.
Sehinggalah pada satu hari yang bertarikh 4 Feb 2009, bertempat di dalam sebuah bilik mesyuarat yang sangat sejuk hingga boleh membekukan paler otak orang2 bijok pandai.
Pernah tak pada satu masa ketua kau datang bertanya pada kau dan rakan sekerja kau tentang sesuatu yang mustahil kemudian bila kamu menjawab tidak mungkin boleh berlaku seperti itu tapi kamu masih disuruh juga berbuat demikian?
Percaya lah, ianya berlaku.

Aku, masa mula2 ketua aku tanya tentang kerasionalannya kenapa perkara itu mustahil untuk dilaksanakan.... Aku menghuraikan dengan pelbagai hujah dan disokong dengan segala bagai fakta.
Kemudian, ketua aku cakap....
"Saya akan bincang semula dengan orang yang bijok pandai itu semula"
Kemudian, orang bijok pandai itu tak puas hati dengan kami atas sebab kami cuma tahu cakap saja, tak bijok pandai macam dia.
Dia mahukan bukti mengapa ianya sangat mustahil untuk dibuat.
Maklumlah, idea orang bijok pandai sepertinya di reject oleh budak2 kecik yang bengap macam kami ini.
Haruslah tercalar kredibilitinya sebagai orang bijok pandai.
Jadinya dia mengarahkan kepada ketua kami supaya kami buat dahulu apa yang diarahkan.
Kemudian tunjukkan padanya apakah perkara yang sangat mustahil itu kerana dia percaya tiada apa yang mustahil dalam dunia ini.

Maka, bertungkus lumus lah kami sekumpulan budak2 kecik yang bengap ini menyediakan pelbagai slide untuk dipersembahkan sebagai bukti pada orang bijok pandai ini.
Ya, pada mesyuarat besar-besaran yang dipengerusikan sendiri oleh orang bijok pandai ini.
Iyalah, orang bengap macam kami mana layak mempengerusikan mesyuarat.
Kami cuma layak mempengerusikan mesyuarat meja dan mesyuarat tingkap sahaja.

Kau tahu apa berlaku pada hari kejadian?

Mula2 sang bijok pandai berbahasa-basi dengan semua yang hadir.
Tunjuk muka manis, buat ayat manis.
Umpama dia lah sang bijok pandai yang tahu mengambil hati semua orang.
Merendah diri, bergurau senda serta sederhana wataknya.
Taniah, dia bukan saja sang bijok pandai otaknya, malah bijok berlakon.
Kemudian dia suruh ketua kami mulakan presentation
Dan, ketua aku yang kadang2 sengal itu dengan selambanya memberitahu pada semua orang dalam bilik sejuk beku itu bahawa aku sang budak kecik yang bengap inilah yang akan menerangkan segalanya pada semua orang
Terima kasih banyak2, sebab sudi mempergunakan aku!
Sumpah akan aku ingat sampai bila2.

Kau nak tahu apa jadi?

Baru satu slide aku present, sang bijok pandai dah cantas ceritera aku
Katanya depan semua2 orang
"Awak rasa possible tak benda ni nak dilaksanakan?"
.
.
.
*Of course lah tak!! Awal2 lagi aku dah kata tak boleh kan??!! Bangang! Tunggulah aku keluarkan hujah2 aku.... Kau jugak yang nak sangat dengar kan?!*
.
.
Aku cuma boleh jawab tak.
Kemudian sang bijok pandai itu dengan tak menyempat2 terus meninggi suara.
"Saya dah nampak dari awal awak tunjuk slide lagi, perkara ni memang tak logik nak dibuat. Patutnya, bla....bla....bla....." Sambil menunjuk kebijokpandaiannya beserta hujah2 yang dah memang tentu2 kami fikirkan dari awal.
Persembahan aku umpama persembahan badut sarkas sahaja.
Aku rasa nak berdiri masa tu sambil tunjuk dua2 jari tengah pada dia!
*Ia hencek, 20 tahun dulu lagi saya dah bagi tahu tak boleh kan? Hencek jugak yang tak percaya kan? Hencek jugak yang suruh semua ni kan?!*
MONYET! Bukan dia monyet, tapi aku tak boleh sabar lagi.
Dia buat kami macam orang2 bodoh yang sikit pun tak boleh berfikir panjang.
Kami hanya tahu buat perkara2 mustahil.

Itu bukanlah pengalaman paling babi yang pernah aku alami.
Tapi cukup memberi aku rasa paling celaka sepanjang aku berada dalam organisasi ni.
Terima kasih hencek! Hencek telah mengajar kami perkara paling berharga.
Kita boleh buat apa saja pada orang2 yang kita suka nak perlakukan, syaratnya muka mesti manis, ayat mesti manis.
Biar semua orang nampak kita baik, nampak kita berkarisma, nampak kita betul.
Kemudian dengan ayat bijok pandai, kita jatuhkan lah saja air muka orang2 yang kita suka nak perlakukan itu.
Barulah bertambah bijok pandai kita di mata orang lain.
Kami ingat sampai bila2 pengajaran berharga ini.
Sumpah!

-End-


230209 - 21:15 pm
Scorpion - Send Me an Angel
Sri Kembangan

19 February 2009

12 February 2009

Naga kecil

Dear Brother Jiran

Mengertilah bahawa saya menyukai kamu seadanya
Sama seperti bro2 yang lainnya
Tapi tolong hidarkan diri kamu seusai kamu menjadi naga di tangga
Saya benci aroma yang kamu bawa
Sekaligus membuah rasa benci untuk kamu juga

Berada di sisi perokok membuat saya merasa tidak disayangi
Sungguh.
Ianya perasaan yang tiba dengan tiba-tiba......

-End-


120209 : 1518 pm
The Pussycat Dolls - Stickwitu
Cyberjaya

02 February 2009

Tiga Segi yang Segi Tiga

Kalau lah kami masih bekerja di bangunan lama, mesti sekarang aku sedang berpoya2 sakan di rumah
Maklumlah, kami tidak lagi bergelar warga wilayah
Tapi takpe.... hari ini juga hari poya2 kami
Wah, sakan sekali hari ni
Kerja sambil lewa
Time rehat pula......Makan dengan seranah
Gelak penuh puaka
Borak2 yang haramjadah
Pasal menatang tigasegi
Aku tak ingat asal usul bermulanya topik kejadian tigasegi ni
Tau2 dah jadi bahan lawak kami
Tentang menatang tigasegi yang salah parking
Kau tahu penghabisannya aper jadik?
Opismet2 aku buka cerita
Ex-boss nya dulu selalu betulkan segitiga yang salah parking ni depan diorang
Ok, opismet2 aku ni perempuan
Dan Ex-bossnya lelaki
Masalahnya,
Ex-boss ni bukan betulkan parking yang dibelakang
Dia betulkan parking yang di depan
Eeeuuuuwwwwww.......!!

Ko paham tak aper aku citer ni?
Segitiga tu adalah menatang kecik yang ko pakai di bawah seluar atau kain
Istilah salah parking tu, bilamana menatang tigasegi itu tak berada di tempat sepatutnya
Errr, terselit misalnya........
Ha3!!
Haramjadah!

020209 : 1602 pm
Meet Uncle Hussein - Pari2 di Bawah Angin
Cyberjaya