31 January 2008

Dia yang bernama 'seorang ternama'........

Aku berpendapat kalau engkau ada niat untuk berubah menjadi lebih baik, tak perlu engkau war2kan pada satu dunia tentang niat suci murni engkau itu.

Sebab bila orang sekeliling mula giat mendesak dan bertanya bilakan engkau tunaikan janji2 engkau itu sedang engkau belum bersedia, engkau akan tertekan lalu menjadi seorang yang macam........ ntahapahapantah seperti berpakaian seperti robin hood atau cicakman dalam majlis anugerah misalnya..........

Aku tak rasa dia mula berubah
Aku rasa dia baru jumpa dirinya

Dan kau tahu siapa orang yang aku maksudkan!

29 January 2008

Langit tak selalu cerah

Kalau baca title mesti rasa macam..... ewah ewah....... Tak menahan!!
Bukan apa, saja mau kasi dramatik sikit
Eloklah, cuaca kat luar pun hujan lebat...... siap angin menderu2......ala-ala penuh emosi gitu!

Semalam memang hari yang tak gembira untuk aku
Aku dengar kisah pasangan muda bercerai
Orang yang aku kenal, walaupun setakat kenalan pada nama dan rupa
Lalu, nak hilang kan perasaan tak seronok itu aku call teman rapat aku masa belajar kat U*M dulu
Duh..... satu lagi berita tak gembira aku dengar
Teman aku yang satu ini putus tunang pula
Sangka aku pasangan ini cukup bahagia
Dikhabarkan juga pada aku seorang lagi teman kami (teman serumah kawan yang putus tunang ini) sedang frust putus kasih.....

Aku terfikir, kalau Febuari menjadi bulan berkasih sayang (kononnya lah!!) takkan Januari bulan bercerai kasih??

Dalam pada aku sedang menimbang2 hasrat mengikat kasih dua hati, kenapa perlu aku dengar cerita yang buat aku psycho sendiri?

Lalu aku buat kesimpulan dari peristiwa yang berlaku
Tempoh perhubungan tidak menjamin kuatnya ikatan hati dua insan
Belajarlah menerima orang di sekeliling kita seadanya
Dan yang paling penting, jodoh itu memang bukan dalam pengetahuan kita.
Semuanya dalam pengetahuanNya sahaja.......

25 January 2008

kisah uniform III

Masa aku belajar tahun 3 kat U*M dulu aku ada rumet untuk sem satu.

Lepas tu dia blah sebab nak teman kan membe course dia yang dah takde rumet sebab dah habis belajar. Senang kata rumet membe dia tu budak yang extend belajar untuk satu sem. Aku tak kisah sangat sebab aku memang prefer duduk seorang.

Lebih privacy.

Kami bukan bergaduh.

Masam muka pun tak pernah.

Hubungan kitorang baik2 saja.



Cuma ada satu hal yang aku tak berapa nak 'masuk' dengan rumet aku ni sebab dia.... Hmmmm, boleh lah aku istilahkan main kayu tiga.

Duh, memang berani mati punya orang.

Ada kekasih dah, tapi ada berani main jiwa2 sama abang uniform.....

23 January 2008

Cuti-cuti di office

Sepatutnya aku duduk bermalas2 di rumah hari ini .
PM kita yang baik hati itu sudah beri cuti kepada rakyat kota tanda kita masyarakat majmuk yang prihatin serta boleh diajak berkompromi.
Tapi bila aku terpaksa harus datang ke pejabat pada masa cuti (sekali lagi!) aku rasa tiada ertinya cuti2 yang hanya mencantikkan ruangan 'Public Holiday' pada diari aku.

Aku sudah jadi hamba kerja nampaknya sekarang.......
Huuuhh......

18 January 2008

foto-foto anak dara


Model-model kacamata rekaan terkini Musim Panas 2008



17 January 2008

kisah uniform II

Ada seorang senior. Mungkin tua 2-3 tahun dari aku.
Orangnya pemalu. Tak faymes. Lone Ranger.
Kami (aku dan membe2 baik) gelarnya abang Superman.
Sebab wajahnya agak kacak. Tapi terlindung di balik kacamatanya.

Tapi sebab dia salah seorang ahli Kadet Bersatu, kami kenal dia.
Sebab dia kacak dalam pakaian uniform itu.
Sangat kacak.

Satu hari abang Superman ini datang ke gerai kami.
Beli setin air. Sebungkus kacang.
Dia mencari syiling dalam poket mini di celah pinggang seluarnya.
Lama.

Kami menanti dengan senyuman sinis dan berbalas pandangan nakal.
Abang Superman ni lama dah dalam pemerhatian.
Memang salah timing lah brother!

"Simpan duit dalam spender ke bang?"

Porak bunyi ketawa anak2 dara.

Putus asa, akhirnya brother tu keluarkan duit kertas seringgit dari poket depan.
Lepas ambil duit baki dia terus blah!
Dan anak2 dara bermuka tebal terus ketawa sampai berair mata.....

Sejak trajedi tu abang Superman yang kacak tapi pemalu itu jarang datang lagi ke gerai kami.

Tapi itu cerita dulu. Sebelum terjadi kisah yang akhirnya buat aku berubah fikiran tentang warga uniform ini....

bersambung.......

16 January 2008

kisah uniform I

Sekolah menengah aku letaknya di luar bandar.
Sekolah buruk.
Atas bukit, tapi kalau musim hujan sekeliling luar sekolah akan banjir. Ironi sungguh!
Memang sangat tak faymes.
Masuk pertandingan jarang menang.
Warganya pula ada pemegang rekod polis. Hahaha, sungguh hebat.

Tiada mamat yang segak2. Kalau ada pun hanya lah secebis dua.
Stok sangat terhad untuk direbuti.

Sekolah dulu, aku ahli kelab usahawan.
Memang muka tebal betul dulu.
Bila ingat2 balik, rasanya aku takkan seselamba itu sekarang.
Hari sekolah kami berjualan dekat tangga sebelah kantin.

Hari Sabtu kami beroperasi di astaka sekolah.
Depan pintu masuk.
Dekat dengan parking kereta cikgu2.
Dekat dengan tapak kawad untuk warga Kadet Bersatu sekolah.

Rasa2nya masa tu lah aku nampak kaum adam yang segak2.
Sungguh.
Mungkin itulah faktor utama kenapa kulit muka aku tebal sangat nak berjualan kat sekolah masa tu.
Kadet2 bukan semuanya yang aku kenal.
Tapi kalau terserempak tengah jalan dalam pakaian sekolah mungkin lah aku masih cam.
Kebanyakan kadet2 adalah pelajar kelas belakang.
Ada yang dari kelas tercorot.
Penuh rekod dalam buku cikgu kaunseling.
Pelajar cemerlang mana nak masuk kadet2 ni semua.
Diorang layan masuk St John, Persatuan Bulan Sabit Merah paling2 pun Kadet Remaja Sekolah.
Sebab trend dalam Kadet Bersatu setiap tahun ialah budaya ragging.
Budak cemerlang tak cukup tebal kulit mukanya.

Kami para2 usahawan moden yang cilik inilah saksinya setiap minggu.
Pernah satu masa seorang senior kena denda cakap I Love U pada tiang sebelah meja kitorang berjualan.
Ada juga disuruhnya jalan straight jangan pusing2.... Sampai depan pintu library, dah nak buat macam mana?
Mana ada orang berkawad sambil buka pintu library??
Kalau setakat kena pumping tu, hal biasa dah.
Dua belah tangan, sebelah tangan.
Kadang2 disuruhnya pumping sambil tangan menggenggam penumbuk. Sadis!

Tapi ahli2 Kadet sekolah aku memang sporting.
Lucu.
Biasanya pelajar2 kelas belakanglah yang selalu bikin gamat.
Sebab kulit muka diorang berganda.

Dan aku sangat kagum pada umat yang beruniform ini masa sekolah.
Ada juga minat pada senior seorang dua.
Hasil dari aktiviti skodeng, time diorang kawad.

Tapi itu cerita dulu.
Sebelum terjadi kisah yang akhirnya buat aku berubah fikiran tentang warga uniform ini....

bersambung.......

14 January 2008

Dunia tanpa sempadan....... kononnya lah!

Duh, kena block lagi.....
Selepas meebo tidak boleh di akses, apalagi hiburan yang tinggal untuk kami????

11 January 2008

no subject, no title.....

Aku kerja pada hari semua pekerja diberi cuti.

Patutnya aku boleh duduk berfoya-foya di rumah

Sambil layan TV.

Sampai mata lebam.

Atau qada' tidur selama yang aku mahu.

Dalam cuaca yang memang memaksa aku untuk terus bergulung dalam selimut.

Sampai mata rabak.

Tapi aku memilih untuk pergi kerja.

Bukan, itu bukan azam tahun baru aku.



Nasib jugaklah ada Sri ngan wife dia masa aku datang tu.

Kalau tidak sunyilah aku sorang2 kat belakang office yang terceruk.

Nak harapkan budak2 shift yang duduk depan, takde lah meriahnya.

Separuh jalan Ijan pulak datang.

Kiranya berteman lah aku petang semalam.

Sempat lagi aku mengusiknya.

Kononnya aku tahu sebab musabab dia begitu tekun mengumpul OT sekarang.

Hajat aku tahun ini biarlah dapat rasa nasi minyak kenduri dia nanti.

Tapi dia dengan confidentnya menyangkal.

Bukan tahun ini, katanya.

Tiba-tiba aku pulak yang disakat.

Mungkin tahun ini kenduri aku gamaknya.

Hahahaha...... ameenn doa2kanlah, kataku.

Hmmm, mungkin boleh jadikan azam tahun baru tuh!

:P



Balik, aku terus beli makanan.

Lapar gile!

Betullah kata iklan dalan KFC, kita mesti makan nasi!

10 January 2008

Blues Tahun Baru (Salam Maal Hijrah 1429)

Blues #1
2 hari lepas
Terserempak dengan orang yang hampir setahun aku elak
Rasanya seperti bertemu orang yang tidak dikenali
Kosong
Hati aku betul2 sudah beku


Blues#2
Aku dengar MP3 di PC
Semua lagu2 membawa ingatan aku pada Jejaka PeTunjuK
Kebetulankah??


Blues#3
Terkilan sungguh rasanya
Aku sambut malam tahun baru dalam jam di Jalan Tun Razak

Seorang diri
Dalam kereta
Dalam hujan lebat
Gelap
Lapar
Selamat menjadi warga KL sejati!



Blues#4
En Bintang Tiga hantar pesanan ringkas malam tadi
SMS nya ringkas, tp sweet
Fikiran aku tidak tenteram
Tenangnya hidup andai boleh memberi hati semudah membalas satu kiriman SMS

Tuhan, kenapa orang sesimple aku boleh punya hati yang rumit?


Blues#5
Pagi Tahun Baru
Dalam doa
Dalam tangis
Dalam harapan
(untuk Jejaka PeTunjuK)

Ya Allah,
Hati aku menginginkannya
Sepenuh jiwa
Seikhlas hati
Yang amat dalam
Tapi aku tiada jalan menuju ke sana
Andai bukan rezeki ku
Tarik lah perasaan ini perlahan2
Agar tiada hati yang tersiksa
Andai tertulis jalan kami seiring
Pandulah kami Ya Allah
Di bawah lindungan Rahmat dan petunjukMu
Kerana kami insan kerdil
Tidak punya ilmu sedalamMU
Yang Maha Mengetahui atas tiap2 sesuatu
Ameennn......

Blues#6
Aku bekerja pada hari orang lain diberi cuti
Tiada mood nak stay di rumah
Ros balik Kelantan
Fatin bawa Ika berjalan2
Makcik masih tak sihat
Apalah yang ada di rumah untuk aku berhibur?
Dari aku layan blues kat rumah lebih baik aku pergi office

Ya, mungkin tak boleh buat kerja aku yang berlambak ini siap
Sekurang2nya aku memanfaatkan waktu2 senggang aku dengan aktiviti yang lebih berfaedah dari melantak biskut kering di depan TV sepanjang hari sehingga mata lebam.

03 January 2008

**YM**
Aku layan YM dengan seorang teman lama semalam.
Dia tanya aku, Kimonomerah..... ko suka lelaki yang macam mana?
Apa patut aku jawab? Hmmm, aku suka lelaki yang macam..... yang macam-macam!

Ahaks!!


**Winter Sonata**
Aku dapat cenderahati dari En Bintang Tiga semalam.
Owhh.... Sehelai selendang kait berwarna pastel.
Aku terasa macam di oversea.
Penuh salji.
Ada lagu saduran dari Hazami mengiringi.
Sempat berangan yang aku adalah heroin dalam filem terkenal Korea itu.....
Chomel!! ;p


**2X200 ela**
Aku dan Ros memang boleh jadi satu pasukan yang hebat.
Tidak-tidak, oleh kerana kami berdua ia tidak dipanggil pasukan
Ia dipanggil pasangan.

Ya, ya....
Kami berpasangan dalam acara passing (baton) penyakit berjangkit.

Minggu lepas hidup aku agak meriah dengan penyakit-penyakit asas
Ada batuk
Ada selsema
Ada demam
Pakej lengkap untuk sambutan Tahun Baru aku

Batuk aku mulai berkurangan sementara demam dan selsema sudah mula menghilang
4 hari lepas Ros pulak ambil ubat demam dan sakit tekak di klinik
Hebat kan?
Kami bukan setakat berkongsi bilik, toilet dan katil
Kami berkongsi virus-virus (cinta) juga

Ya, ya....
Kami berpasangan dalam acara passing (baton) penyakit berjangkit

Dan aku terasa demam (kura-kura) aku datang kembali.

02 January 2008

**Zoo Negara**
Seperti yang aku beritahu sebelum ini, New Year aku sambut di Zoo Negara.
Aku jadi jakun sekejap, setelah berkurun tak tengok haiwan2.
Fatin kata dia paling suka tengok ikan, mungkin sebab ada ikan yang sama nama dengannya.
Aku?
Aku suka tengok katak2.
Wohooo.... chomel2, kiut!!


**Office Aku**
Office aku meriah.
Penuh dekorasi yang merelip.
Penuh belon2 bintang.
Penuh warna2 ceria.
Meja aku dipenuhi bunga2 dari peminat2 misteri nusantara.
Beserta kad ucapan Selamat Tahun Baru dan pelawaan lunch bersama.
Inbox e-mail aku juga dipenuhi animasi yang comel2.
Beserta muziknya yang mengasyikkan.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ok, cukup.
Hari pertama bekerja untuk Tahun Baru ini sungguh membosankan.
Tiada apa yang meriah, tiada apa yang ceria.
Tiada belon.
Tiada bunga.
Tiada muzik.
Dan aku sedang kebosanan............


**Setahun**
Aku selak diari 2007
Tak sangka genap setahun aku pindah rumah
Genap setahun kenal Ros, Fatin, Ika dan makcik
Happy Aniversarry perkenalan kita semua

Owh.... Aku masih terkenang peristiwa panjat pagar setahun yang lalu...............Asyik.....!!